X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Cara Power Pumping Yang Betul Untuk Meningkatkan Bekalan Susu Ibu

4 min bacaan
Cara Power Pumping Yang Betul Untuk Meningkatkan Bekalan Susu Ibu

Ibu-ibu tahu tak tentang cara power pumping yang terbukti mampu membanyakkan bekalan susu ibu ini? Kalau tak tahu, jom belajar sama-sama.

Sekarang, keadaan sudah berubah. Ibu moden kini turut sibuk bekerja mencari sesuap nasi untuk membesarkan anak-anak. Namun begitu, bekerja bukanlah alasan untuk tidak menyusukan bayi. Kan ada cara power pumping untuk meningkatkan susu badan?

Bagi para ibu yang kekurangan susu badan, terdapat cara power pumping yang mungkin boleh membantu anda dalam meningkatkan penghasilan susu ibu.

Cara power pumping kini semakin sinonim dengan dunia ibu dan anak.

Apa Itu Cara Power Pumping?

cara power pumping, cara power pumping yang betul, cara perbanyakkan susu badan, power pumping, teknik power pumping

Power pumping adalah satu teknik unik yang boleh membantu meningkatkan penghasilan susu ibu.

Teknik ini berkesan apabila pam susu digunakan untuk memaksa susu keluar seakan-akan sedang menyusukan bayi dan secara tidak langsung akan meningkatkan penghasilan susu ibu dengan banyak.

Penghasilan susu ibu bergantung kepada tindak balas hormon dan rembesan hormon bergantung kepada “arahan” daripada otak. Hormon-hormon yang terlibat ialah hormon prolaktin dan hormon oksitosin.

Jika bayi anda semakin kuat, lebih kerap dan lebih lama menyusu. Ini secara tidak langsung akan merangsang kelenjar pituitari untuk merembeskan hormon prolaktin yang membawa mesej untuk menghasilkan lebih banyak susu.

Bagaimanakah Cara Power Pumping Ini Berkesan?

Cara Power Pumping Yang Betul Untuk Meningkatkan Bekalan Susu Ibu

Kredit: Verywell Family

Cara power pumping ini tidak akan membantu untuk meningkatkan susu ibu jika penggunaannya terlalu kerap. Sebenarnya, teknik ini sangat sesuai jika digilir-gilirkan ketika menyusukan bayi.

Ini kerana apabila payudara ibu dihisap dan bekalan susu ibu semakin berkurang, maka tubuh akan mendapat isyarat untuk menghasilkan lebih banyak susu dengan lebih cepat.

Terdapat 2 jenis pam susu yang terkenal di kalangan ibu kini. Ini saranan penggunaanya:

Jika anda menggunakan pam susu tunggal

  • Pam payudara kanan selama 10 minit kemudian tukar pam payudara sebelah kiri pula selama 10 minit.
  • Tukar semula ke payudara kanan 10 minit dan begitulah seterusnya untuk kedua-dua payudara selama 1 jam.

Jika anda menggunakan pam dwi

  • Pam kedua-dua belah payudara secara serentak selama 10 minit. Kemudian berhenti mengepam selama 10 minit dan sambung semula pam kedua-dua belah payudara selama 10 minit dan rehat semula 10 minit.
  • Teruskan sehingga 1 jam.

Anda boleh memilih 1 jam masa pada waktu pagi dan malam untuk mengepam susu berpandukan saranan berikut:

Pam untuk 20 minit; rehat 10 minit

Kemudian pam lagi 10 minit; rehat untuk 10 minit

Terakhir kalinya, pam sekali lagi untuk 10 minit

Cara ini memerlukan lebih kurang 40 minit untuk mengepam susu.

Seelok-eloknya, pam pada waktu malam menjelang ke subuh. Ini kerana pada waktu ini hormon untuk penghasilan susu adalah tinggi.

Pelbagai cara boleh diikuti, tetapi terpulang kepada masa dan keselesaan para ibu. Ada antara kita yang merasakan cukup 2 kali sehari dan ada pula yang berpendapat 3 kali sekali.

Untuk mendapatkan kesan peningkatan susu yang baik, bolehlah diamalkan lebih pada 7 hari.

Cara Lain Untuk Membanyakkan Susu Ibu 

cara power pumping, cara power pumping yang betul, cara perbanyakkan susu badan, power pumping, teknik power pumping

 1. Tingkat kekerapan penyusuan

  • Susukan bayi anda setiap 2 jam pada waktu siang
  • Kejutkan bayi anda jika bayi anda tidur melebihi 2 jam dan berikan susu

2. Berikan puting payudara anda lebih kerap kepada bayi

  • Ini akan menggalakkan bayi untuk hisap dan sekaligus membantu untuk pengeluran susu dengan banyak
  • Pastikan sentuhan kulit-ke-kulit kerana ini boleh menggalakkan pengeluran susu ibu

3. Susukan dengan lebih lama dan jangan sekat masa penyusuan

  • Pastikan bayi anda menghabiskan hisapan pada sebelah payudara terlebih dahulu sebelum menukarkan ke sebelah payudara lain

4. Susukan ketika tidur

  • Keadaan yang selesa dan relaks membantu stimulasi penyusuan dengan berpanjangan dan lebih kerap. Justeru, pada ketika ini peningkatan rembesan  hormon adalah tinggi

5. Mencuba herba-herba yang diperakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

  • Sebenarnya, terdapat tumbuhan dan herba-herba yang dijadikan amalan oleh ibu-ibu kita terdahulu dalam meningkatkan pengeluaran susu
  • Boleh juga mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar perubatan untuk meningkatkan pengeluaran susu ibu

Kesimpulannya, pelbagai cara boleh membantu untuk meningkatkan penghasilan susu ibu. Cara power pumping adalah salah satu teknik berkesan yang semakin popular digunakan kini.

Pilihlah masa terbaik dan sesuai untuk melakukan teknik ini bagi memenuhi keperluan dan kehendak bayi anda.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga:  9 Petua Meriahkan Susu Badan, Jangan Percaya Jika Orang Cakap Anda Tiada Susu!

Baca juga: 9 langkah mudah pam susu dengan tangan, susu pasti melimpah ruah! (panduan bergambar)

Baca juga: Ibu Ini Berjaya Mengepam 8 Gelen Bekalan Susu Badan! Bagaimana Dia Buat?

Stories Rakan Kongsi
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
LactoMomma, Biskut Milkbooster Yang Membantu Penyusuan Ibu Dengan Rasa Yang Lazat!
LactoMomma, Biskut Milkbooster Yang Membantu Penyusuan Ibu Dengan Rasa Yang Lazat!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

theAsianparent

  • halaman rumah
  • /
  • Penyusuan
  • /
  • Cara Power Pumping Yang Betul Untuk Meningkatkan Bekalan Susu Ibu
Kongsikan:
  • 9 Petua 'Meriahkan' Susu Badan, Jangan Percaya Jika Orang Cakap Anda Tiada Susu!

    9 Petua 'Meriahkan' Susu Badan, Jangan Percaya Jika Orang Cakap Anda Tiada Susu!

  • Power pumping: An alternative way to increase milk supply (Infographic)

    Power pumping: An alternative way to increase milk supply (Infographic)

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • 9 Petua 'Meriahkan' Susu Badan, Jangan Percaya Jika Orang Cakap Anda Tiada Susu!

    9 Petua 'Meriahkan' Susu Badan, Jangan Percaya Jika Orang Cakap Anda Tiada Susu!

  • Power pumping: An alternative way to increase milk supply (Infographic)

    Power pumping: An alternative way to increase milk supply (Infographic)

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.