X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Rasa Bersalah Untuk Kembali Bekerja Selepas Bersalin, 5 Tips Ini Dapat Bantu Ibu!

5 min bacaan
Rasa Bersalah Untuk Kembali Bekerja Selepas Bersalin, 5 Tips Ini Dapat Bantu Ibu!

Berkerja selepas cuti bersalin membuatkan ramai ibu dilanda rasa sedih dan serba salah kerana perlu meninggalkan bayi kepada orang lain

Mula berkerja selepas bersalin boleh menjadi perkara yang agak sukar memandangkan sudah beberapa bulan anda tinggal di rumah bersama bayi. Kemudahan cuti bersalin 98 hari yang diberikan juga dianggap begitu pantas berlalu.

Menurut kajian yang dilakukan, sebanyak 57 peratus ibu berkerja mengatakan mereka tiada pilihan selain kembali bekerja dan 84 peratus daripadanya mengakui faktor kewangan mendorong keputusan mereka.

Perasaan ibu mula berkerja selepas cuti bersalin

kembali bekerja selepas bersalin

Kembali atau mula bekerja boleh membuatkan ibu berasa serba salah, seolah-olah seperti memilih kerjaya daripada bayi. Keadaan ini sekaligus membuatkan anda dilanda perasaan yang tidak pernah dialami sebelum ini seperti:

#1. Kebimbangan

Meninggalkan bayi dengan orang lain boleh menimbulkan rasa bimbang. Selain itu, jika menghadapi kemurungan dan kebimbangan selepas bersalin, anda mungkin mempunyai pemikiran yang tidak diingini tentang keselamatan anak.

#2. Rasa bersalah

Selain rasa gugup atau teruja untuk kembali berkerja, anda mungkin rasa sedikit bersalah memikirkan keadaan anak apabila ditinggalkan kepada pengasuh atau pihak taska.

Lebih-lebih lagi jika usianya masih kecil kerana sifatnya begitu fragile. Bagi menghadapi situasi ini, dapatkan sokongan daripada orang sekeliling seperti pasangan atau ahli keluarga.

Anda juga boleh bertanyakan padangan daripada ibu ayah lain yang menghantar anak mereka ke pengasuh atau taska yang sama.

#3. Kesedihan

Kesedihan adalah perkara biasa bagi ibu baru yang sedang menyesuaikan diri kembali atau mula berkerja.

Untuk beberapa hari awal masuk ke pejabat, anda mungkin berasa dilema dan terlalu rindukan bayi. Bagi mengatasi perasaan ini, anda boleh menghubungi pengasuh atau pihak taska bertanyakan keadaan semasa anak.

Jika si manja dalam keadaan baik dan tidak menangis, ibu bolehlah berhenti bersedih dan fokuskan sahaja pada kerja anda.

#4. Berasa teruja

Adalah sesuatu perkara yang biasa jika anda berasa tidak sabar-sabar untuk kembali atau mula bekerja. Kembali kepada pekerjaan yang anda sukai atau kerja yang biasa dilakukan boleh membantu ibu berasa lebih seimbang dalam kesibukan menjadi ibu baru.

Mengharungi tempoh berpantang dan berada di rumah bersama bayi untuk beberapa bulan sememangnya membuatkan ibu bekerja berasa agak ‘tepu’ dan tertekan.

Apabila mula berkerja, waktu inilah anda dapat melihat dunia luar dan berkomunikasi dengan rakan sepejabat.

Tips untuk ibu kembali bekerja selepas bersalin

tips kembali bekerja selepas bersalin

Hampir setiap ibu baru menghadapi cabaran yang tidak dijangka apabila kembali bekerja. Hal ini kerana ia memerlukan lebih banyak pertimbangan daripada yang anda jangkakan.

Dengan membuat persediaan semasa cuti bersalin, anda boleh berasa lebih bertenang dalam membuat pilihan untuk diri dan bayi.

Berikut beberapa tips dan persediaan bagi ibu yang akan kembali bekerja selepas cuti bersalin:

#1. Cari penjaga anak yang boleh dipercayai

Mendapatkan pengasuh atau taska untuk anak adalah salah satu aspek yang paling penting sebelum anda kembali bekerja. Justeru lebih awal ibu ayah mula mencari, adalah lebih baik.

Untuk memilih taska, ada beberapa tips berguna buat ibu ayah kali pertama iaitu:

  • taska berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • hubungi taska yang sudah disenarai pendek
  • lakukan site visit, perhatikan tahap kebersihan dan bilangan anak jagaan
  • bayaran yuran menepati bajet anda
  • lokasi lebih baik berdekatan dengan rumah

#2. Buat rancangan penyusuan untuk anda dan bayi

Tentukan sebelum kembali bekerja sama ada anda bercadang untuk menyusukan bayi sepenuh masa, sambilan atau memilih susu formula.

Jika ingin meneruskan penyusuan, ibu perlu mengepam di tempat kerja bagi mengekalkan bekalan susu dan menyediakan susu untuk anak semasa anda tiada.

Penyusuan susu ibu memerlukan banyak pertimbangan daripada anda, jadi penting untuk merancang pemakanan harian agar dapat mengekalkan tenaga dan bekalan susu.

#3. Pertimbangkan waktu kerja yang fleksibel

Sesetengah ibu baru memilih untuk bekerja dengan waktu yang fleksibel bagi memudahkan anda fokus terhadap kerja.

ibu bekerja selepas cuti bersalin

Bukan itu sahaja, pihak taska dan pengasuh juga kebiasaannya menawarkan pakej full day iaitu dari jam 7 pagi hingga 6 petang. Jika lebih dari jam ini, ibu ayah akan dikenakan bayaran lebih masa. 

Jika anda bekerja tidak tentu masa, pastikan berbincang dengan pasangan dan dapatkan sokongan daripadanya. Ajaklah mereka bergilir-gilir menghantar serta mengambil anak dari taska.

#4. Seimbangkan kerja dan bayi

Menguruskan bayi dan dalam masa sama anda bekerja boleh menyebabkan keletihan yang melampau, lebih-lebih lagi anda melakukannya seorang diri.

Justeru, tetapkan rutin harian mengikut kesesuaian dan paling penting pastikan anda makan dengan cukup bagi memperoleh tenaga yang mencukupi.

Stories Rakan Kongsi
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini

#5. Tugas membersihkan rumah

Kini setelah kembali ke pejabat, kerja-kerja mungkin menjadi lebih mencabar. Namun tahukah anda bahawa untuk memulakan kerja dengan tenang, ia berkaitan dengan rumah yang bersih?

Justeru semasa menyesuaikan diri dengan bekerja, buat jadual untuk kerja menguruskan kediaman. Rumah yang ada anak kecil sememangnya tidak sentiasa kemas, namun cukuplah anda memastikan setiap ruang adalah selamat dan bersih daripada sebarang bahaya.

Sekiranya tidak sempat, pertimbangkan untuk mengambil pihak yang menawarkan perkhidmatan membersihkan luar dan dalam rumah. Nanti tidaklah anda berasa tertekan dan penat melakukannya sendiri.

Semoga bermanfaat!

Better Up

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Frontliner Kembali Bekerja, Sebak Ibu Ini Hantar Bayi Kembar 3 Ke Taska Buat Pertama Kali

Baca juga: Dilema Ibu Perlu Mula Bekerja, Ini Cara Menenangkan Bayi Suka Menangis Bila Berpisah!

Baca juga: Kiddocare Kongsi 9 Perkara Penting Buat Ibu Kali Pertama Menggunakan Khidmat Pengasuh, Elak Dilema & Overthinking!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Nasihat keibubapaan
  • /
  • Rasa Bersalah Untuk Kembali Bekerja Selepas Bersalin, 5 Tips Ini Dapat Bantu Ibu!
Kongsikan:
  • Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

    Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

  • Sedih Bila Suami Terlupa Wish Birthday, Ini Cara Untuk Bagi 'Hint' Pada Tarikh Penting!

    Sedih Bila Suami Terlupa Wish Birthday, Ini Cara Untuk Bagi 'Hint' Pada Tarikh Penting!

  • Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

    Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

  • Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

    Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

  • Sedih Bila Suami Terlupa Wish Birthday, Ini Cara Untuk Bagi 'Hint' Pada Tarikh Penting!

    Sedih Bila Suami Terlupa Wish Birthday, Ini Cara Untuk Bagi 'Hint' Pada Tarikh Penting!

  • Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

    Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.