X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Lindungi Keselamatan Anak Ketika Dalam Talian Dengan Aplikasi Google 'Diluluskan Guru'

4 min bacaan
Lindungi Keselamatan Anak Ketika Dalam Talian Dengan Aplikasi Google 'Diluluskan Guru'Lindungi Keselamatan Anak Ketika Dalam Talian Dengan Aplikasi Google 'Diluluskan Guru'

Aplikasi Google mesra kanak-kanak boleh didapati dalam senarai Google Playstore. Kini ibu ayah tidak perlu bimbang keselamatan anak ketika melayari internet

Pandemik Covid-19 yang melanda negara telah memaksa kerajaan untuk menutup sesi persekolahan harian dan proses pembelajaran dilakukan sepenuhnya secara atas talian. Justeru ada beberapa aplikasi Google yang baru dibangunkan bagi membantu memudahkan urusan ibu ayah dan anak-anak ketika melayari internet.

Memandangkan kini hampir seluruh kanak-kanak terpaksa duduk di rumah, ia sekaligus menimbulkan kerisauan dalam kalangan ibu ayah kerana waktu mereka banyak dihabiskan dengan telefon pintar.

Aplikasi Google berkualiti tinggi diluluskan oleh guru tersedia di Google Play

google teacher approve

foto: freepik

Hampir 72 peratus ibu ayah menyatakan kebimbangan mereka terhadap sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang diikuti oleh anak-anak boleh mendedahkan mereka dengan masalah keselamatan sepanjang tempoh pandemik ini.

Antara yang menjadi kebimbangan paling utama ialah:

  • Keselamatan anak terhadap maklumat yang diperoleh seperti isu scammer dan pengodaman akaun. 
  • Kanak-kanak menjadi perhatian oleh yang tidak dikenali
  • Anak kecil cenderung melihat kandungan yang kurang sopan dalam talian

Lebih membimbangkan, seramai 40 peratus ibu ayah mengatakan bahawa mereka tidak pernah bercakap atau mendedahkan anak-anak mengenai keselamatan ketika berada dalam talian.

Memahami akan keadaan ini, pihak Google telah mengambil pendekatan dengan menyediakan Kids Tab bagi membolehkan kanak-kanak melayari kandungan berkualiti sesuai dengan usia. Ia adalah salah satu aplikasi Google ‘diluluskan oleh guru’ yang menghiburkan.

Kids Tab ini dicipta bagi membantu menyokong perkembangan kanak-kanak dan menjadi medium untuk bersenang-senang.

Pihak Google mendengar keluhan ibu ayah yang menyatakan agak sukar dalam mengenal pasti kandungan yang sesuai dengan usia anak-anak ketika dalam talian.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, kebanyakan orang banyak menghabiskan waktu di skrin. Justeru adalah penting untuk menyediakan alat yang dapat membimbing anak kecil memperoleh kandungan baik.

Kandungan aplikasi Google yang mesra kanak-kanak dan ‘diluluskan guru’

apps google diluluskan guru

Kandungan hebat untuk kanak-kanak sepatutnya memenuhi perkara berikut:

  • Adakah ia menimbulkan rasa ingin tahu?
  • Adakah ia dapat membantu anak belajar?
  • Adakah ia menyeronokkan dan sihat?

Bagi memastikan anak-anak memperoleh pengalaman yang terbaik ketika di atas talian, pihak Google telah bekerjasama dengan pakar akademik sebagai penasihat utama agar aplikasi yang dibangunkan bermanfaat untuk perkembangan kanak-kanak.

Sebelum dilancarkan, aplikasi ini dinilai berdasarkan faktor seperti kesesuaian usia, kualiti pengalaman, penggayaan dan kesenangan. Google turut memasukkan maklumat bagi mendapat maklum balas dari ibu ayah sama ada aplikasi tersebut sesuai ataupun tidak untuk kegunaan anak-anak mereka.

Bukan itu sahaja, ia turut dinilai oleh guru bagi memenuhi standard kualiti Google dalam mendapatkan lencana ‘diluluskan oleh guru.’

Cara memuat naik aplikasi ‘Diluluskan oleh Guru’ di Google Play

Ketika ibu ayah menekan butang carian pada Play Store, anda akan melihat lencana ‘Diluluskan oleh Guru’ untuk melihat aplikasi manakah yang telah disemak dan dinilai tinggi oleh guru.

Sekiranya anda ingin menyemak imbasan kandungan ini, boleh pergi ke tab ”kanak-kanak” dan jika anda pelanggan Google Play Pass, banyak pilihan kandungan ”Diluluskan oleh Guru” tersedia dalam ”Aplikasi dan permainan untuk anak-anak”.

kandungan google

Bukan untuk tujuan hiburan sahaja, Google turut membantu keluarga menikmati kemudahan teknologi bagi membolehkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang selamat sepanjang pandemik Covid-19 ini. Antaranya:

#1. Kandungan mesra kanak-kanak di Youtube Kids

Youtube Kids menawarkan persekitaran yang lebih teratur untuk kanak-kanak meneroka minat dan rasa ingin tahu. Mereka dapat menikmati rangkaian kandungan seperti Tabiat Hidup Sihat, Pembelajaran dan Aktiviti Dalam Rumah.

#2. Tetapan peraturan dengan Family Link

Aplikasi Family Link dari Google dapat membantu ibu ayah mewujudkan tabiat sihat untuk anak ketika mereka belajar, bermain dan meneroka dalam talian. Anda juga dapat mengehadkan waktu skrin mereka pada peranti Adroid serta Chromebook.

SafeSearch diaktifkan secara lalai untuk akaun anak dapat diawasi, membantu menapis hasil carian yang tidak bersesuaian.

#3. Be Internet Awesome

Ia mengajar anak-anak mengenai literasi digital dan keselamatan dalam talian. Program ini menawarkan ilmu percuma untuk pendidik serta keluarga dalam mempelajari pelbagai perkara dalam talian dengan mudah.

Stories Rakan Kongsi
Lotus’s Baby Fair Kembali Lagi! Rebut Promosi Terhebat Barangan Keperluan Bayi Anda Di Sini!
Lotus’s Baby Fair Kembali Lagi! Rebut Promosi Terhebat Barangan Keperluan Bayi Anda Di Sini!
Hanya Satu Tempat Untuk Semua Keperluan Bayi Anda - Pesta Bayi Lotus’s Malaysia!
Hanya Satu Tempat Untuk Semua Keperluan Bayi Anda - Pesta Bayi Lotus’s Malaysia!
Rangsang Pemikiran Kreatif Dan Imaginasi Anak Dengan Cara Mudah Ini!
Rangsang Pemikiran Kreatif Dan Imaginasi Anak Dengan Cara Mudah Ini!
Udara Di Dalam Rumah 2 Kali Ganda Lebih Tercemar Dari Udara Luar? Ini 5 Tips Dari Dr Amanda Untuk Anda Ubah Kualiti Pengudaraan!
Udara Di Dalam Rumah 2 Kali Ganda Lebih Tercemar Dari Udara Luar? Ini 5 Tips Dari Dr Amanda Untuk Anda Ubah Kualiti Pengudaraan!

Ia turut menampilkan permainan interaktif, Interland, yang memperkuat konsep keselamatan internet untuk kanak-kanak dengan cara menarik serta menyeronokkan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ada Unsur Negatif & Lucah, Ibu Ayah Perlu Kawal Anak Yang Gemar Layan Youtube!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Lindungi Keselamatan Anak Ketika Dalam Talian Dengan Aplikasi Google 'Diluluskan Guru'
Kongsikan:
  • Cara Simpan Duit Anak Dalam Akaun ASB, Ibu Tidak Perlu Beratur Di Bank & Pejabat Pos

    Cara Simpan Duit Anak Dalam Akaun ASB, Ibu Tidak Perlu Beratur Di Bank & Pejabat Pos

  • Koleksi Botol Susu & Puting MAM Colours Of Nature, 3 Pilihan Warna Menarik Dan 'Trendy'

    Koleksi Botol Susu & Puting MAM Colours Of Nature, 3 Pilihan Warna Menarik Dan 'Trendy'

  • Rumah Terasa Bahang Bila Panas Terik, 6 Tips Ini Bantu Sejukkan Rumah Tanpa Aircond

    Rumah Terasa Bahang Bila Panas Terik, 6 Tips Ini Bantu Sejukkan Rumah Tanpa Aircond

app info
get app banner
  • Cara Simpan Duit Anak Dalam Akaun ASB, Ibu Tidak Perlu Beratur Di Bank & Pejabat Pos

    Cara Simpan Duit Anak Dalam Akaun ASB, Ibu Tidak Perlu Beratur Di Bank & Pejabat Pos

  • Koleksi Botol Susu & Puting MAM Colours Of Nature, 3 Pilihan Warna Menarik Dan 'Trendy'

    Koleksi Botol Susu & Puting MAM Colours Of Nature, 3 Pilihan Warna Menarik Dan 'Trendy'

  • Rumah Terasa Bahang Bila Panas Terik, 6 Tips Ini Bantu Sejukkan Rumah Tanpa Aircond

    Rumah Terasa Bahang Bila Panas Terik, 6 Tips Ini Bantu Sejukkan Rumah Tanpa Aircond

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.