X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Wanita Ini Kongsi Idea Partition Seperti Pejabat Untuk Bantu Anak Fokus Ketika PdPR

4 min bacaan
Wanita Ini Kongsi Idea Partition Seperti Pejabat Untuk Bantu Anak Fokus Ketika PdPR

Sistem pembelajaran online atau PdPR boleh menjadi lebih berkesan sekiranya ibu ayah memainkan peranan dalam meningkatkan mood dan fokus anak untuk belajar

Sistem pembelajaran online yang melibatkan murid dan pelajar di seluruh negara dilihat menjadi cabaran besar buat kebanyakan ibu ayah. Mana tidaknya, ketika inilah anda juga perlu belajar untuk menyusun kumpulan dan folder belajar anak-anak yang telah dimuat naik dalam aplikasi Whatsapp ataupun Telegram.

Selain itu, rata-rata ibu meluahkan mereka terpaksa menjadi lebih garang agar anak fokus ketika belajar online, menyiapkan tugasan yang diberikan serta beberapa gangguan lain.

Baca juga: Kelas PdPR Sudah Bermula, Ini Cara Tetapkan Folder Dalam Telegram Dengan Teratur

Sistem pembelajaran online memerlukan usaha dan kreativiti ibu ayah di rumah

sesi pdpr

Tidak dinafikan untuk membiasakan diri anak-anak kecil dengan sistem pembelajaran online ini memerlukan kesabaran yang tinggi dari ibu ayah. Walau bagaimanapun hal paling utama adalah menyediakan alatan serta keperluan yang lengkap bagi membolehkan mereka belajar dengan tenang.

Ibu ayah hendaklah memastikan tempat untuk belajar hendaklah selesa dan bebas dari sebarang gangguan daripada adik-beradiknya lain. Pelbagai gangguan, bunyi bising serta capaian internet yang lemah boleh menghilangkan mood dan fokus untuk anak belajar di rumah.

Menurut perkongsian seorang ibu, Hazlina Harumaini mengatakan bahawa dia memiliki anak lebih dari seorang yang bersekolah. Pada mulanya agak pening juga menguruskan proses PdPR mereka, terutamanya anak sekolah rendah kerana memerlukan perhatian dan bantuan ibu ayah.

Justeru, timbul idea untuknya untuk menyatukan anak di meja makan semasa sesi belajar online. Namun bagi memastikan anak fokus, dia telah meletakkan partition yang sekali pandang seolah-olah ruang pejabat atau cyber cafe.

Bukan itu sahaja, ibu ayah yang bekerja dari rumah (work from home) juga boleh duduk sekali. Senang untuk pantau proses belajar anak-anak sambil buat kerja.

Station online anak dengan meletakkan partition supaya lebih fokus

anak belajar online

Ini cara saya buat station online anak-anak. Sebab semua nak berkumpul dekat-dekat, terpaksalah guna meja makan untuk kegunaan empat orang. Mama pun senang nak pantau anak-anak sambil work from home.

Sebenarnya, mereka nampak lebih fokus selepas ada partition seperti di pejabat ini.

Barang untuk partition boleh beli di kedai Eco Magic Cube. Harganya cuma RM2.10 sekeping dan didatangkan dengan connector untuk disambung dan dikunci supaya ia tidak bergerak.

Anda juga boleh mendapatinya secara atas talian di Shopee.

tips anak fokus belajar online

Tips berdepan anak yang tidak fokus belajar di rumah

#1. Perhatikan kecenderungan anak

Kebiasaannya, ada sesuatu yang mendorong anak untuk memberikan perhatian pada tugas, kelas dan perkara lain berkaitan akademik. Namun ingatlah bahawa anak kecil tidak selalu memiliki kekuatan otak untuk menyelesaikan sendiri sesuatu tugasan.

''Ramai ibu ayah mudah naik angin serta berasa kecewa tanpa memikirkan diri anak. Dalam hal ini, anda perlu slow talk dengan anak dan ajukan pertanyaan mengenai masalah yang dihadapinya,'' jelas ahli psikologi, Rebecca Bransetter.

#2. Elakkan memaksa anak

anak belajar online credit to sources

Ketika ibu ayah melihat anak mula hilang fokus, jangan terus memaksanya. Lebih baik anda mencari jawapan terhadap perkara yang menghalang mereka untuk belajar online.

Misalnya, tanyakan mereka ''Adakah lampu kurang terang?'' atau ''Adakah ada suara di luar yang telah menganggu ketika belajar?'' Dengan cara sebegini, anak boleh meluahkan perasaan dan berasa diri mereka tidak keseorangan untuk melalui saat getir ini.

#3. Sediakan jadual yang seimbang

Memandangkan ibu ayah kini juga terpaksa bekerja dari rumah, mungkin agak sukar untuk mengimbangi jadual anda dan anak-anak. Justeru adalah lebih baik sekiranya anda menyusun jadual harian si manja dengan lebih jelas bagi membolehkan mereka bersedia untuk melalui sesi pembelajaran online.

Sebagai contoh, setelah bangun tidur anak-anak hendaklah disediakan dengan sarapan pagi yang simple bagi membekalkan tenaga. Kemudian barulah bersedia untuk mengikuti kelas online bersama rakan-rakan yang lain.

Stories Rakan Kongsi
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul

Pada waktu petang pula, adakan sesi riadah atau bermain di luar rumah bagi mengelakkan mereka berasa tertekan kerana terpaksa menghabiskan masa di dalam rumah sahaja. Seperti orang dewasa, anak yang bersekolah rendah juga merasai tekanan ketika belajar.

Sumber: Vanila Kismis

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Elak Anak Ketinggalan! Ibu Ayah Jom Semak Laman Web Pembelajaran Online Yang Menyeronokkan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Wanita Ini Kongsi Idea Partition Seperti Pejabat Untuk Bantu Anak Fokus Ketika PdPR
Kongsikan:
  • Akibat Belajar Terlalu Lama, Remaja Ini Selalu Bercakap Seorang Diri & Mengalami Radang Otak

    Akibat Belajar Terlalu Lama, Remaja Ini Selalu Bercakap Seorang Diri & Mengalami Radang Otak

  • Anak Kurang Fokus Ketika Kelas Online? Cuba Dudukkan Dia Atas Gymball Sambil Belajar

    Anak Kurang Fokus Ketika Kelas Online? Cuba Dudukkan Dia Atas Gymball Sambil Belajar

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Akibat Belajar Terlalu Lama, Remaja Ini Selalu Bercakap Seorang Diri & Mengalami Radang Otak

    Akibat Belajar Terlalu Lama, Remaja Ini Selalu Bercakap Seorang Diri & Mengalami Radang Otak

  • Anak Kurang Fokus Ketika Kelas Online? Cuba Dudukkan Dia Atas Gymball Sambil Belajar

    Anak Kurang Fokus Ketika Kelas Online? Cuba Dudukkan Dia Atas Gymball Sambil Belajar

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.