X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Kelas PdPR Sudah Bermula, Ini Cara Tetapkan Folder Dalam Telegram Dengan Teratur

4 min bacaan
Kelas PdPR Sudah Bermula, Ini Cara Tetapkan Folder Dalam Telegram Dengan Teratur

Kegunaan telegram dikatakan lebih mesra pengguna berbanding Whatsapp. Memandangkan anak belajar di rumah, ini cara untuk ibu ayah cipta folder dengan mudah!

Memandangkan pandemik Covid-19 mencatatkan lonjakan angka kes baharu yang begitu tinggi, pihak Kementerian Pendidikan telah memaklumkan semua murid mengikuti sesi pembelajaran menggunakan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bermula hari ini. Justeru ibu ayah perlu menyediakan keperluan alatan seperti telefon atau komputer. Ada ramai juga memanfaatkan kegunaan telegram bagi menyimpan fail-fail penting dari pihak guru.

Meskipun ketika ini ada yang mengeluh sukar untuk anak-anak melalui proses pembelajaran secara online, sebagai ibu ayah anda hendaklah berusaha sebaik mungkin agar mereka tidak ketinggalan. Lagi bahaya jika teruskan persekolahan harian seperti biasa pada waktu getir ini.

Baca juga: Elak Anak Ketinggalan! Ibu Ayah, Jom Semak Laman Web Pembelajaran Online Yang Menyeronokkan

Kegunaan telegram: Cara menetapkan folder pembelajaran anak-anak agar lebih teratur

Selain menggunakan aplikasi Google meeting dan Whatsapp, ada sesetengah guru memanfaatkan kegunaan telegram bagi memudahkan penghantaran dokumen bersaiz besar atau kerja sekolah.

Seorang ibu, Nora's Noraziyan mengatakan kelebihan aplikasi Telegram adalah ia memiliki fungsi folder yang memudahkan sesi pembelajaran. Yang mana, folder ini memudahkan urusan guru atau ibu ayah menyimpan, menyemak kerja setiap anak atau pelajar mengikut tetapan yang telah dibuat.

''Kelas online PdPR bermula hari ini. Ibu ayah sudahkah kalian bersedia? Cikgu-cikgu pun sudah mula buat group Telegram untuk memudahkan sesi belajar.''

''Kami anak tiga ni memang ada banyak group sekolah yang kena join. Tapi mujurlah aplikasi Telegram ini ada fungsi folder. Senang nak buat group untuk setiap anak.''

Kepada yang belum tahu, Nora tunjukkan caranya. Penerangan ada pada setiap gambar. Selamat menjadi 'guru' di rumah. Harapnya mak tak jadi hijau. Hehe.

Nota kecil: Harap semua guru yang masih menggunakan aplikasi Whatsapp menukarkan kepada group Telegram kerana ia lebih mudah diurus dan efisien.

Rujuk gambar cara mudah untuk buat folder

#1. Pastikan telegram kalian sudah diupdate dalam versi terkini untuk setting folder. Jika tiada, sila update terlebih dahulu di Google Apps.

kelebihan aplikasi Telegram

#2. Kemudian, klik pada folder untuk Create Folder. Ia diibaratkan seperti kotak besar untuk menyimpan buku. Anda juga boleh create Channel untuk menyimpan kerja sekolah anak. Channel ini ibarat buku nota, boleh simpan gambar, video, fail dan lain-lain dari group yang kita sertai. 

aplikasi telegram

#3. Klik Create New Folder. Maksimum hanya 10 folder sahaja yang dibenarkan. Setiap folder, letaklah nama anak atau apa-apa sahaja yang ibu ayah suka.

fungsi telegram

#4. Klik Add Chat untuk group sekolah yang ibu ayah sudah join mengikut kategori folder yang dicipta tadi. 

Nota: Pastikan nama folder tidak terlalu panjang melebihi 12 huruf. Nanti tidak boleh nak simpan.

kelebihan telegram

#5. Group atau chats yang sudah dimasukkan di dalam folder akan kelihatan seperti di bawah. Senang untuk ibu ayah cari group anak yang mana satu, tidak perlu scroll semua chat dan boleh kurangkan sikit pening kepala tu.

telegram untuk pembelajaran

Semua pihak khususnya ibu ayah dan guru hendaklah berlapang dada dengan menjadi sistem sokongan antara satu sama lain dalam isu Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Menurut bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, dalam situasi genting kini, hampir 4.7 juta murid tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah dan lebih 413,000 guru perlu mengajar dari rumah.

Tambahnya, beliau percaya semua guru berada dalam dilema ketika ini kerana tidak semua pelajar memiliki ekosistem pembelajaran dalam talian yang kondusif. Mereka juga perlu bersedia meneruskan norma baharu dengan menyediakan bahan PdPR yang berkesan dan boleh diukur.

''Ibu ayah dan guru perlu berkomunikasi secara telus dan bekerjasama, elak menunding jari di antara mana-mana pihak,''

''Hanya dengan cara ini kita semua boleh saling bekerjasama bagi mengelakkan lost generation dalam kalangan anak-anak dengan memastikan mereka bersedia meneruskan pembelajaran.'' jelasnya.

Sumber: Nora's Noraziyan, Sinar Harian

Kredit foto: google

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Aktiviti Bersama Anak Di Rumah Semasa PKP, Waktu Inilah Ibu Ayah Kena Main Peranan!

Stories Rakan Kongsi
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Kelas PdPR Sudah Bermula, Ini Cara Tetapkan Folder Dalam Telegram Dengan Teratur
Kongsikan:
  • Wanita Ini Kongsi Idea Partition Seperti Pejabat Untuk Bantu Anak Fokus Ketika PdPR

    Wanita Ini Kongsi Idea Partition Seperti Pejabat Untuk Bantu Anak Fokus Ketika PdPR

  • Anak Bukan Bodoh @ Lembab Kalau Dia Ketinggalan, Mungkin Teknik Pembelajarannya Berbeza!

    Anak Bukan Bodoh @ Lembab Kalau Dia Ketinggalan, Mungkin Teknik Pembelajarannya Berbeza!

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Wanita Ini Kongsi Idea Partition Seperti Pejabat Untuk Bantu Anak Fokus Ketika PdPR

    Wanita Ini Kongsi Idea Partition Seperti Pejabat Untuk Bantu Anak Fokus Ketika PdPR

  • Anak Bukan Bodoh @ Lembab Kalau Dia Ketinggalan, Mungkin Teknik Pembelajarannya Berbeza!

    Anak Bukan Bodoh @ Lembab Kalau Dia Ketinggalan, Mungkin Teknik Pembelajarannya Berbeza!

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.