Wah, bahagianya anak tersayang melalui perkembangan kanak-kanak 6 tahun 8 bulan di hadapan mata.
Pasti ibu ayah teruja melihat mereka kerana pada tahap ini anda akan mendapati anak boleh menulis nama pertama dan terakhir mereka dengan baik. Mereka juga menonjolkan sikap aktif dan penuh bertenaga.
Tetapi untuk mengelakkan sesuatu yang tidak diingini terjadi, anda perlu meningkatkan nilai-nilai keselamatan ketika berada di rumah.
Dalam usia ini juga anak mula akan memahami perbezaan antara realiti dan imaginasi yang membuatkan mereka menikmati aktiviti harian mereka pada setiap masa.
Jom kami kongsikan sepenuhnya untuk ibu ayah agar dapat menyokong anak-anak membesar dengan lebih ceria.
Perkembangan kanak-kanak 6 tahun 8 bulan, adakah anak berada pada landasan yang tepat?
foto: momlovesbest
Perkembangan fizikal
Memasuki perkembangan kanak-kanak 6 tahun 8 bulan, anak akan lebih terdedah kepada kemahiran fizikal yang baru dalam hidup mereka.
Dari aktiviti tae kwon do dan bola sepak, melambung serta menangkap bola, pastinya anak memiliki kekuatan fizikal yang tinggi.
Bukan itu sahaja, kemahiran motor kasar dan motor halus yang dimiliki oleh mereka akan sepenuhnya berkembang pada ketika ini.
Mereka juga akan mempunyai perangai yang sedikit cerewet ketika bermain. Antaranya mereka menangkap bola dan membalingnya jika sudah bosan menggunakannya.
Jadi, ibu ayah perlu memastikan agar menggunakan setiap peluang untuk meningkatkan aktiviti fizikal anak.
Pada usia ini, anda akan mendapati purata ketinggian dan berat anak adalah:
-Lelaki
Ketinggian: 119.9 cm (47.2 inci)
Berat: 22.4 kg (49.3 lb)
-Perempuan
Ketinggian: 119.6 cm (47.1 inci)
Berat: 22.0 kg (48.5 lb)
Anda juga akan mendapati anak sudah mula pandai menggunakan tali skipping. Semakin kerap anak berlatih menggunakan motor koordinasi kompleks, semakin baik keupayaan mereka.
Jadi, anda perlu sentiasa menyokong mereka dan jangan biarkan anak mula berasa putus asa ketika mereka berjuang dalam hidup agar menjadikan mereka anak yang baik.
Ketika usia 6 tahun 8 bulan, anak berupaya untuk:
- Membina ingatan melalui permainan blok bangunan
- Melukis permata dan bentuk
- Menulis nama awal dan akhir
- Menggerakkan badan seiring bunyi muzik
- Peningkatan kemahiran motor kasar dan halus
- Mematuhi arahan permainan luar rumah dengan baik
- Menjaga penampilan diri
- Melihat kiri dan kanan jalan
- Mengingati barang kepunyaan ketika ingin keluar
Tips
- Memastikan anak melakukan sekurang-kurangnya satu jam aktiviti fizikal pada setiap hari.
- Menggalakkan aktiviti keluarga. Sentiasa pastikan anak melakukan aktiviti fizikal yang aktif dan menyeronokkan bersama-sama.
- Biasakan anak untuk menulis dengan kerap. Anda boleh mencipta untuk mereka sebuah cerita pendek.
- Lakukan pembacaan secara bergilir dengan anda baca terlebih dahulu kepada anak dan minta pula membaca di hadapan anda. Dengan cara ini anda dapat membantu meningkat perbendaharaan kata, meningkatkan koordinasi mata tanga dan memperbaiki kemahiran motor.
- Cipta ‘mini ejaan’ setiap kali selesai aktiviti membaca.
- Lindungi anak dari sebarang kemalangan dengan menjauhkan anak dari peralatan rumah yang bahaya.
- Anak pada usia ini akan mempelajari mengenai bunyi, jarak dan kelajuan. Jadi anda perlu menjauhkan mereka dari jalan raya kerana mereka tidak tahu risiko bahaya kenderaan.
- Ia adalah waktu kritikal untuk mengembangkan keyakinan dalam setiap sudut hidup. Mereka akan mempelajarinya melalui rakan sebaya, rakan di sekolah dan sukan. Anda perlu menaikkan semangat anak dengan sentiasa memuji kejayaannya.
- Nyatakan sebab anak perlu menghadiri ke sekolah dan majlis sekolah. Ia adalah sangat penting untuk mencapai kejayaan.
Bila perlu jumpa doktor
-Kerap membuang air di atas tilam tidak kira siang atau malam
-Tidak dapat mencapai kejayaan di setiap penglibatan sebelum ini
-Tidak menunjukkan minat untuk menulis nama sendiri
Perkembangan kognitif
foto: cambridge
Pada usia 6 tahun 8 bulan, anak akan mengalami peningkatan dalam memerhatikan sesuatu. Mereka berupaya berfikir secara kritis dan bersedia dengan pelbagai soalan.
Mereka juga lebih baik dalam melihat pandangan orang lain yang mendorong kepada pemikiran yang abstrak.
Ketika persekolahan mereka bakal berakhir, kanak-kanak 6 tahun 8 bulan perlu:
- Memahami hubungan antara kesan dan akibat. ‘Pemikiran magik’ kebiasaannya berlaku dengan cepat bagi kanak-kanak usi ini.
- Melukis 12 hingga 14 bahagian manusia
- Mencipta dan menulis cerita pendek
- Memahami konsep nombor sehingga 20
- Perkembangan kemahiran penaakulan
- Perubahan pembelajaran secara pemerhatian kepada pembelajaran bahasa dan logik
- Anak mahu segalanya dan kesukaran membuat pilihan
- Membaca sebanyak 200 patah perkataan
Tips
- Menggalakkan anak meluahkan pandangan dan perasaan dengan menanyakan ”Apakah perasaan awk?” atau ”Apakah pandangan awak?”
- Ajar anak menghormati perasaan orang lain ketika mereka mengatakan sesuatu.
- Anak perlu memahami bahawa mereka tidak boleh mendapatkan segalanya dan perlu belajar untuk memilih. Ibu ayah perlu mengajar mereka tentang cara membuat pilihan yang terbaik.
- Anak 6 tahun 8 bulan akan mempunyai banyak soalan, jadi anda perlu bersabar dan memberikan mereka jawapan.
Bila perlu jumpa doktor
- Kesukaran membaca atau menunjukkan tanda-tanda tidak mampu melakukannya.
- Menunjukkan sikap agresif seperti menendang atau melanggar orang.
- Masalah mental dan tekanan
- Mengalami kebimbangan
- Seronok bermain seorang diri
- Tidak berminat dengan aktiviti sosial
Perkembangan sosial dan emosi
foto: enfagrow
Sentiasa bermain membolehkan anak membina ikatan persahabatan dan sosial. Ketika usia ini, anak mula memperoleh kawan rapat dari jantina yang sama.
- Menikmati persekolahan kerana mempunyai kawan
- Mahu menggembirakan kawan-kawan
- Lebih berdikari dalam masa yang sama kurang pengawalan
- Memerlukan perhatian dari guru dan ibu ayah
- Menunjukkan kelemahannya kepada rakan sebaya
- Mahukan kemenangan sehingga sanggup menukar peraturan yang ditetapkan olehnya.
- Mula menyalahkan atau memberi hukuman
- Mula menjaga perasaan orang lain
Tips
- Galakkan permainan bersama anak seperti ular dan tangga.
- Anda perlu berhubung dengan ibu bapa kepada kawan-kawan anak
- Galakkan mereka membuat pilihan
- Sentiassa membaca buku bersama anak
- Muat turun kawalan ibu bapa pada televisyen dan komputer
- Jangan takut untuk bercakap mengenai kes buli, keganasan, dadah dan seksual.
- Adakan sesi berenang dan latihan kebakaran
- Galakkan anak untuk memberikan pandangan.
- Berikan pujian setiap kejayaan
- Bantu anak meningkatkan keyakinan diri
Bila patut jumpa doktor
- Menghadapi kesukaran mematuhi arahan
- Sukar memperoleh kawan
- Bersikap agresif dengan kanak-kanak lain
Perkembangan bahasa dan pertuturan
Ketika anak usia 6 tahun 8 bulan, mereka akan menjadi periang dan banyak cakap. Bukan itu sahaja, anak akan sentiasa menumpukan perhatian untuk berfikir dan memastikan dirinya menyampaikan sesuatu pandangan.
Anda juga akan mendapati anak berupaya untuk memanjangkan cerita dan boleh meramal perkara yang seterusnya berlaku.
Mereka juga boleh mengenal dan mengeja lebih banyak perkataan serta mengulangi 8 hingga 10 patah ayat lengkap.
Tips
- Galakkan anak untuk membaca dan mengulangi bacaan tersebut di hadapan anda
- Membetulkan setiap kesalahan penggunaan kata
- Sokong anak untuk menonjolkan kreativiti dan perkembangan menulis
Bila perlu jumpa doktor
- Mengalami kesukaran untuk mengikuti dua arahan seperti ”Letakkan bag dan bawakan ibu uniform sekolah kamu.”
- Tidak berminat untuk menulis dan membaca
- Terdedah kepada banyak tingkahlaku yang mencabar
- Tidak mampu mengeja walaupun perkataan mudah
Perkembangan kesihatan dan pemakanan
Perkembangan kanak-kanak 6 tahun 8 bulan memerlukan kira-kira 1 800 kalori dalam sehari bagi mengekalkan tabiat pemakanan yang sihat.
Dalam hal ini, anda perlu menekankan makan bersama keluarga tanpa adanya gangguan sebarang gajet.
Bukan itu sahaja, anak juga perlu melakukan senaman selama sekurang-kurangnya 60 minit setiap hari seperti berjalan ke sekolah mahupun kedai.
Berikut kalori yang diperlukan mengikut jantina anak:
- Lelaki: 1 812 Kcal/hari
- Perempuan: 1 700 Kcal/hari
Produk tenusu
Disyorkan untuk memberi anak yang berusia 6 tahun 8 bulan dengan produk tenusu yang mengandungi kurang lemak seperti susu, yogurt dan keju.
Berikan anak sebanyak 17 hingga 20 aun tenusu setiap hari bagi membekalkan kalsium yang diperlukan.
Protein
CDC menyarankan agar anak diberikan sekurang-kurangnya 36 gram protein dalam sehari seperti telur, yogurt, ayam dan buah-buahan.
Buah-buahan dan sayur-sayuran
Pada peringkat ini, anak perlu diberikan 3 cawan buah dan 2 cawan sayur pada setiap hari bagi memperoleh nutrisi yang optimum.
Bijian
Pada peringkat ini, anak perlu diberikan 4 aun bijirin setiap hari. Atau tukar dengan satu keping roti atau 1/2 cawan pasta yang dimasak.
Anda juga boleh memilih bijirin penuh seperti oat, quinoa, roti gandum, popcorn atau beras perang.
Ringkasnya, inilah keperluan anak anda setiap hari:
- Buah: Tiga cawan untuk kanak-kanak lelaki dan tiga cawan untuk anak perempuan.
- Sayur-sayuran: dua cawan untuk anak lelaki dan perempuan.
- Bijirin: empat auns untuk anak lelaki dan perempuan
- Protein: 32.4 gram untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan.
- Susu: 17 – 20 aun untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan
- Air: 1500 ml untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan.
Tips:
- Simpan buah yang telah dibasuh, dipotong dan diletakkan ke dalam bekas sebelum dimasukkan dalam peti sejuk
- Sentiasa sediakan salad sekurang-kurangnya dua kali setiap hari
- Ibu cuba sediakan menu vegetarian dan letakkan banyak sayur setiap kali waktu makan
- Tukar protein dari daging kepada protein berasaskan sayuran
Bila perlu jumpa doktor
- Anak terlebih atau kurang berat badan
- Mengalami masalah ruam, benjolan atau lebam
- Demam melebihi 39 darjah celsius
- Sering muntah ketika makan
Vaksinasi dan penyakit umum
Kebanyakan kanak-kanak pada usia ini menerima suntikan vaksin bagi melindungi dari sebarang kuman penyakit.
Namun, disebabkan oleh waktu usia ini banyak diluangkan dengan berada di tadika dan bercampur dengan kanak-kanak yang lain menyebabkan mereka terdedah dengan masalah demam dan batuk.
Dalam hal ini, galakkan kanak-kanak untuk meluahkan rasa ketidakselesaan agar anda dapat membawanya untuk pemeriksaan lanjut.
Merawat penyakit umum pada kanak-kanak usia ini
– Demam: Jika suhu anak 38 darjah celcius ke atas biarkan dia berehat dengan lebih lama. Anda juga boleh tuam dengan kain di atas dahi, ketiak dan kawasan pangkal paha. Ia bantu mengurangkan suhu badan.
– Batuk: Jika anak selsema, cuba masukkan halia dan madu ke dalam segelas air suam dan minta anak minum. Jika berterusan batuk, segera bawa mereka berjumpa doktor.
– Kesejukan: Jika anak kesejukan disertai sakit badan dan demam yang tinggi kemungkinan dia terkena influenza. Dalam kes sebegini anda harus rujuk doktor dengan segera.
Bila patut berjumpa doktor
- Demam melebihi 39 darjah celsius
- Mempunyai ruam, benjolan, lebam di sekitar kulit badannya
- Mengadu sakit kepala
- Mengalami muntah atau diarrhoea lebih dua hari
Semoga bermanfaat untuk ibu dan ayah!
Kredit foto: Raising Children Network, Baby Bonus
Sumber: Penulis asal Ayeesha. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapura untuk diterjemah.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Baca juga:
https://my.theasianparent.comperkembangan-kanak-kanak-6-tahun-7-bulan
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!