4 gaya beri anak cerewet makan, mana satu yang lebih baik dan berguna?

4 gaya beri anak cerewet makan, mana satu yang lebih baik dan berguna?

Kadang-kadang rasa hilang sabar bila anak susah sangat nak makan. Tapi ibu bapa boleh mencuba cara menangani anak susah makan dengan mengikut tips ini

Adakah anda salah seorang ibu bapa yang ada anak picky eater atau cerewet? Jika ya, hari ini, anda akan dapat jawapan bagaimana cara menangani anak susah makan. 

Sebenarnya, bukan kalian saja yang mengalami masalah ini. Ramai ibu bapa di luar sana yang turut berhadapan situasi sebegini. 

Punyalah payah nak bagi anak makan! Sua saja ke mulut pasti digeleng kepalanya. Paling tidak ditolak pinggan yang ada di tangan ibunya itu.

Sabar sajalah kan!

Tapi sebelum pergi lebih jauh, anda harus tahu empat gaya makan anak kecil itu terlebih dahulu seperti mana yang disyorkan oleh Jill Castle, seorang pakar pemakanan kanak-kanak dan ibu kepada empat orang anak ini.

Cara menangani anak susah makan: Gaya makan mana yang bagus? 
cara menangani anak susah makan, cara bagi anak susah makan, tips menangani anak susah makan, tips atasi anak susah makan, tips tangani anak susah makan, tips menangani anak cerewet makan, kaedah tangani anak susah makan, anak susah makan, anak cerewet soal makan, anak cerewet makan, cara buat anak senang makan

Kredit: Healthy with Stefan

Terlalu ramai anak-anak yang susah nak makan hingga menyebabkan penurunan berat badan.

Sebenarnya, cara memberi anak makan boleh menentukan kesihatan emosi dan fizikal mereka. 

Menurut Castle, gaya makan anak bukan hanya mempengaruhi berat badannya, tapi bagaimana dia berkelakuan ketika makan.

Secara logik menurut Castle, anak yang susah makan ini dinilai mengikut gaya makan mereka yang selalu diterapkan oleh ibu bapa. 

4 perbezaan gaya makan anak
#1. Gaya makan “Authoritarian

Ini merupakan salah satu gaya ibu bapa Asia yang biasa dilakukan di mana anak-anak perlu menghabiskan makanan yang ada dalam pinggan mereka.

Bahkan, ibu bapa di Asia juga cenderung menyekat anak dari makanan yang dianggap tidak sihat dan kurang nutrisi.

#2. Gaya makan “Permissive” 
cara menangani anak susah makan, cara bagi anak susah makan, tips menangani anak susah makan, tips atasi anak susah makan, tips tangani anak susah makan, tips menangani anak cerewet makan, kaedah tangani anak susah makan, anak susah makan, anak cerewet soal makan, anak cerewet makan, cara buat anak senang makan

Kredit: Parents Magazine

Gaya makan permissive ini cara beri anak makanan yang terlalu dimanjakan. Maksudnya, ibu bapa biar anak makan apa saja yang si kecil mahu pada bila-bila masa. 

Ibu bapa tersebut jarang mengatakan TIDAK jika anak-anak ingin makan sesuatu yang diingini. 

#3. Gaya makan “Neglectful

Gaya makan ini melibatkan ibu bapa yang tidak merancang untuk menyediakan makanan secara teratur.

Apabila anak tidak dihidangkan dengan makanan berkhasiat, mereka akan lebih fokus kepada makanan ringan, menghadapi masalah tingkah laku dan makan secara berlebihan. 

#4. Gaya makan yang direkomenkan buat ibu bapa ‘love with limit’ 

Gaya terakhir ini memiliki keseimbangan antara keinginan dan makanan yang terbaik buat anak. Ini adalah gaya makan yang dikaitkan dengan hasil kesihatan yang positif. 

Ibu bapa lebih berkompromi di mana ada ketikanya, ibu bapa akan bebas memberikan anak makanan yang diingini dan ada waktunya perlu dikawal. 

Gaya ini juga dapat menggalakkan anak memilih makanan mereka sendiri dalam saiz yang mereka boleh habiskan makanan tersebut. 

Menurut pakar, ibu bapa yang sebegini akan menyokong dan menghormati hasrat anak untuk memilih makanan sendiri. 

Jika anda menghadkan kawalan terhadap sesuatu makanan sekalipun, anak-anak mudah untuk patuhi. 

Bagaimana menangani anak cerewet makan?
cara menangani anak susah makan, cara bagi anak susah makan, tips menangani anak susah makan, tips atasi anak susah makan, tips tangani anak susah makan, tips menangani anak cerewet makan, kaedah tangani anak susah makan, anak susah makan, anak cerewet soal makan, anak cerewet makan, cara buat anak senang makan

Kredit: Primary beginnings.com

#1. Cara menangani anak susah makan: Susun jadual makan anak 
  • Buat jadual makan anak. Bila menetapkan cara makan yang tetap pada masa yang sama, ia akan membantu mengawal selera makan si kecil. Sebelum itu, lihat dahulu waktu bila anak itu akan berasa lapar. 
#2. Cara menangani anak susah makan: Jangan terlampau larang anak makan makanan bergula atau makanan ringan 
  • Jika anak sentiasa berdisiplin mengamalkan makanan bernutrisi dalam diet mereka setiap hari, ttak ada salahnya untuk beri sedikit kelonggaran pada anak menikmati makanan bergula atau makanan ringan. 
  • Antara contoh makanan ringan yang boleh diberikan seperti kek coklat, popcorn, ais krim, keropok lekor dan lain-lain. 
#3. Cara menangani anak susah makan: Dengar apa yang mereka inginkan 
  • Sesekali di hujung minggu, tidak ada salahnya untuk mengikut gaya makan anak. Biarkan si kecil itu buat keputusan apa yang ingin dia makan. 
  • Ia sekaligus membuatkan anak bertambah seronok untuk menikmati juadah yang telah dipilih. 
#4. Cara menangani anak susah makan: Jadi role model anak-anak 
  • Anda tidak boleh mengharapkan anak mengimbangi pemakanan mereka supaya melakukan perkara yang sama setiap hari.
  • Tetapi anda harus menunjukkan contoh terbaik buat anak-anak misalnya sentiasa mengamalkan makanan sihat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Tapi kalau anda duduk di sofa sambil makan ais krim saja setiap hari, sudah tentulah anak ikut serta! 
#5. Cara menangani anak susah makan : Tidak pilih kasih 
  • Jika mempunyai anak lebih daripada seorang, pastikan anda tidak pilih kasih kerana setiap anak perlu dilayan sama rata dan adil. 

Semoga bermanfaat.

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: Positive Parenting

Sumber: Penulis asal Sarah Voon. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Baca juga:

Kajian: Kanak-kanak Memilih Makan Mungkin Disebabkan Oleh Faktor Genetik

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner