X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Selain Faktor Persekitaran, Anak Yang Cerewet Makan Juga Berpunca Oleh Genetik-Kajian

4 min bacaan
Selain Faktor Persekitaran, Anak Yang Cerewet Makan Juga Berpunca Oleh Genetik-Kajian

Anak cerewet makan pasti memeningkan kepala ibu ayah. Justeru adalah penting untuk anda mengetahui cara mudah bagi mengatasi masalah ini.

Selalunya anak yang cerewet makan boleh membuatkan ibu bapa hilang sabar. Susah betul nak minta si kecil itu makan sayur dan ikan, kan? Dan bila ini terjadi, ibu bapa juga cenderung menyalahkan diri mereka sendiri apabila anak itu susah untuk makan.

Menurut satu kajian terbaru yang diterbitkan dalam Journal of Child Psychology and Psychiatry (2016), Sememangnya terdapat beberapa faktor mengapa anak-anak suka memilih makan.  Tetapi, ternyata faktor genetik juga memainkan peranan dalam menentukan tabiat pemakanan kanak-kanak.

Pengaruh genetik kepada anak cerewet makan

anak susah makan

credit to sources

Andrea Smith, salah seorang penyelidik dalam kajian itu, menerangkan yang kajian ini telah melibatkan lebih daripada 1,900 pasangan kembar berusia 16 bulan.

Kajian ini menjurus kepada melihat tabiat pemakanan semua kanak-kanak ini.

Secara khususnya, kajian ini mengkaji kecenderungan mereka memilih makanan berdasarkan tekstur, rasa, dan bau makanan yang ditawarkan (dipanggil ‘cerewet makanan‘) dan penolakan mereka untuk mencuba makanan baru (dipanggil ‘nefobia makanan‘).

Penggunaan kembar seiras (yang berkongsi 100% daripada gen mereka), dan kembar bukan seiras (yang berkongsi 50% daripada gen mereka) dalam kajian ini membantu melihat kepentingan faktor genetik daripada faktor lain.

Pasukan penyelidik juga mengkaji bagaimana gen dan persekitaran rumah (seperti tingkah laku ibu bapa), memainkan peranan dalam sikap anak-anak terhadap makanan.

Mereka mendapati bahawa “terdapat pengaruh genetik yang ketara terhadap kecerewetan makanan dan neophobia (ketakutan makanan) dialami oleh kanak-kanak dari kecil,” kata Smith.

Secara umum, faktor genetik boleh menjejaskan kesukaran makan bagi kanak-kanak sebanyak 46% dari segi memilih makanan, dan 58 peratus dari segi neophobia makanan.

Ibu ayah yang memaksa anak cerewet makan buat mereka tertekan

Jadi, jika ibu bapa itu adalah sejenis yang suka memilih makanan dan sukar untuk mencuba makanan baru, maka kecenderungan ini akan ada pada anak-anak mereka juga.

Faktor lain termasuklah bagaimana ibu bapa mengendalikan kanak-kanak pada waktu makan. Terutama sama ada mereka cuba memaksa anak-anak mereka makan atau tidak.

“Apabila waktu makan itu penuh dengan negativiti, anak menjadi tertekan sehingga kemungkinan reaksinya akan semakin teruk setiap kali dia diminta untuk makan,” jelas Smith.

“Memaksa kanak-kanak makan juga boleh membuatkan mereka cenderung untuk menjadi bertambah cerewet ketika waktu makan.”

Bagaimana untuk mengatasi anak yang cerewet makan?

penyebab anak susah makan

credit to sources

Dr. Alastair Sutcliffe, seorang pakar kanak-kanak di UCL, menerangkan bagaimana ibu bapa boleh mengelak anak-anak daripada menjadi cerewet ketika makan sejak mereka bayi lagi.

“Pemberian makanan yang salah dalam tempoh penyusuan adalah punca masalah,” Sutcliffe berkata, dipetik oleh CNN.

Sutcliffe juga mengatakan bahawa sesetengah ibu bapa membuat kesilapan dengan memberikan makanan manis kepada bayi yang baru lahir.

Beliau mencadangkan ibu bapa untuk menyediakan makanan yang pelbagai dan berkhasiat, dan mengelakkan makanan manis.

“Kunci untuk mengatasi kanak-kanak yang susah mahu makan adalah dengan   menawarkan atau menggalakkan, tetapi tidak memaksa, kanak-kanak untuk mencuba pelbagai jenis makanan sihat yang dimakan oleh semua ahli keluarga, dan menunjukkan bahawa anda juga menikmati makanan itu,” kata Sutcliffe.

Dengan cara ini, rasa ingin tahu kanak-kanak akan muncul dan menghapuskan rasa takut terhadap makanan baru.

“Tetapi yang paling penting, bersabarlah!” tambahnya lagi.

Cara lain bagi mengelakkan anak memilih makanan

anak susah makan

credit to sources

Sewaktu anak berusia 6 bulan, si manja sebenarnya tidak reti untuk meminta makanan yang ibu ayah tidak pernah beri. Bagi sesetengah ibu, anda mungkin teruja menyediakan pelbagai jenis puri buah dan sayur, ini membuatkan bayi perlu merasai banyak rasa dan menjadi lebih sensitif.

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!

Sebab itulah pada usia ini si manja lebih disarankan untuk mengambil bubur kosong agar apabila mereka dewasa nanti tidak memilih makanan.

Selain itu, elakkan menambah bahan penyedap rasa ketika anak masih kecil. Anda juga perlu mengajar anak mengunyah atau menggigit makanan ketika mereka mula memasukkan makanan ke dalam mulut.

Mengunyah makanan adalah salah satu latihan mulut yang baik untuk perkembangan kemahiran bercakap. Walaupun begitu, jangan terlalu lama memberikan makanan kisar sehingga si manja berumur 2 tahun ya!

Baca juga: 4 Resipi Menu Sarapan Pagi Lazat & Tidak Memakan Masa Lama Untuk Anak Picky Eater

Baca juga: Wawa Zainal Gembira Akhirnya Anak Makan Ayam, Mak-Mak Anak Picky Eater Je Faham Perasaan Ni!

Baca juga: Anak Makan Ikut Mood Bukannya Picky Eater, Ibu Wajib Tahu Bezakan Perkara Ini!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Selain Faktor Persekitaran, Anak Yang Cerewet Makan Juga Berpunca Oleh Genetik-Kajian
Kongsikan:
  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • 30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

    30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • 30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

    30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham