X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Wawa Zainal Gembira Akhirnya Anak Makan Ayam,Mak-Mak Anak Picky Eater Je Faham Perasaan Ni!

4 min bacaan
Wawa Zainal Gembira Akhirnya Anak Makan Ayam,Mak-Mak Anak Picky Eater Je Faham Perasaan Ni!

Bila anak picky eater tiba-tiba mahu makan sesuatu yang mereka tak pernah makan, memang ibu bapa akan jadi sangat gembira. Yang alami saja faham!

Memiliki anak picky eater bukan suatu yang mudah. Mencabar sebenarnya mengendalikan anak yang begini. Hanya mak-mak yang ada anak jenis ini saja yang tahu jika tiba-tiba dia mahu makan sesuatu! 

Ramai yang cakap paksa saja anak-anak ini makan. Hakikatnya bukan semudah itu. Paksa mereka makan ibarat sedang berperang dengan anak-anak ini.

Boleh jadi moody seluruh harinya apabila dipaksa makan lebih-lebih lagi makanan yang memang mereka tidak suka. Kalau dipaksa tantrum jadinya.

Anak picky eater uji kesabaran ibu bapa

picky eater

Kredit: abbottfamily

Seorang artis wanita tempatan. Wawa Zainal baru-baru ini berkongsi bahawa selepas tujuh tahun akhirnya anak sulungnya mahu makan ayam. Selama ini dia hanya makan nasi putih dan sup kosong sahaja!

Perkongsian Wawa Zainal di laman media sosialnya mendapat maklum balas daripada ramai ibu bapa lain. Ramai yang meluahkan mengatakan mereka memahami apa yang dirasakan Wawa itu apabila anaknya mahu makan makanan yang selama ini tidak dimakan.

Malah ada juga yang meluah perasana mengatakan, hanya ibu yang ada anak picky eater saja yang faham perasaan itu. Bertahun-tahun runsing dengan perangai anak yang tidak mahu makan, tidak salah kiranya untuk ibu itu berkongsi kebahagiaan.

Mereka ini biasanya akan perlu dirujuk kepada pakar nutrisi kerana biasanya anak-anak ini akan mengalami masalah kekurangan berat badan berbanding umur mereka.

Apakah punca anak jadi picky eater?

Picky eater sering dilihat terutamanya dalam kalangan kanak-kanak yang mempunyai masalah perkembangan namun boleh juga dilihat dalam kalangan kanak-kanak normal.

Mereka yang mengalami masalah perkembangan akan mempunyai isu dari segi sensori dan tekstur, rasa terhadap sesuatu makanan dan juga menghadapi masalah untuk mengunyah dan menelan makanan.

Secara kasarnya mereka akan menjadi seorang yang kurang fleksibel terhadap sesuatu perkara dan apatah lagi apabila berkaitan dengan makanan.

Apakah punca kanak-kanak menjadi picky eater ini? Pernahkan anda mendengar mengenai ‘neofobia’? Neofobia merupakan sejenis perasaan takut dan tidak suka kepada perkara yang baru atau perkara yang tidak familiar dalam kehidupan seharian.

Bagi kanak-kanak, neofobia dapat dilihat apabila mereka menolak makanan baru yang diperkenalkan. Sebenarnya neofobia merupakan satu mekanisma pertahanan diri daripada memasukkan benda berbahaya di dalam mulut namun fobia ini akan hilang apabila kanak-kanak sudah tahu membezakan sesuatu benda.

Mereka yang mempunyai fobia ini sekiranya tidak diberi pendedahan yang betul akan menyebabkan tidak suka kepada makanan baru yang diperkenalkan dan membawa kepada picky eater.

Cara tarik anak picky eater makan

Buntu walaupun sudah cuba pelbagai cara tapi anak tetap tak mahu makan. Kali ini kami kongsikan cara tarik anak ini makan berdasarkan saranan pakar.

#1. Biarkan mereka bermain dengan makanan

picky eater

Kredit: newshub

Kanak-kanak mempelajari sesuatu dengan cara bermain dan meneroka sesuatu perkara yang baru. Oleh itu, ibu bapa perlu memberikan peluang agar kanak-kanak dapat meneroka makanan dengan cara menyentuh, bau, bermain, memasuk dan mengeluarkan semula makanan di dalam mulut.

Sebagai contoh, ibu bapa boleh meletakkan makanan dalam pinggan yang kecil dan sekiranya anak tidak mahu makan janganlah memaksa tetapi biarkan sahaja anak memegang makanan tersebut.

Lama kelamaan mereka akan mendapat keyakinan untuk makan dan menelan makanan tersebut.

#2. Pendedahan terhadap makanan baharu

Kajian menunjukkan bayi dan kanak-kanak memerlukan 8-15 kali pendedahan (termasuk pegang, lihat dan rasa) sesuatu makanan sebelum mereka dapat menerima makanan baru.

Pendedahan terhadap makanan penting untuk memberi keyakinan kepada anak bahawa tiada apa yang perlu ditakutkan atau geli kepada makanan. Oleh itu penting untuk ibu bapa memberi pendedahan walaupun memberi rasa dan makan dalam kuantiti yang kecil.

#3. Mulakan dengan finger food

picky eater

Kredit: bloom

 Sebagai permulaan, ibu boleh menyediakan makanan jejari kerana makanan ini senang untuk dipegang dan dibawa masuk ke dalam mulut.

Ibu bapa janganlah memberi harapan yang terlalu tinggi terhadap anak dengan mengharapkan anak mampu menghabiskan nasi sepinggan lengkap namun cukuplah sekadar anak dapat merasa makanan tersebut.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Wawa Zainal, aishahkassim

Kredit foto: parentmap

Stories Rakan Kongsi
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini

Baca juga:  Panduan menyediakan makanan untuk anak berusia 1-3 tahun

Baca juga: Makanan Untuk Minda Anak, Kenali Jenis-Jenis Makanan Yang Dapat Membantu Tingkat IQ Si Kecil Anda!

Baca juga: 8 perkara ibu bapa harus fikir dulu sebelum sediakan makanan untuk anak

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Wawa Zainal Gembira Akhirnya Anak Makan Ayam,Mak-Mak Anak Picky Eater Je Faham Perasaan Ni!
Kongsikan:
  • Susu Badan Terlalu Banyak/ Oversupply Hingga Basah Baju, Ibu Ini 5 Cara Mengatasinya

    Susu Badan Terlalu Banyak/ Oversupply Hingga Basah Baju, Ibu Ini 5 Cara Mengatasinya

  • Bayi Makin Membesar, Patutkah Ibu Pertimbangkan Hantar Ke Pusat Jagaan/ Day Care?

    Bayi Makin Membesar, Patutkah Ibu Pertimbangkan Hantar Ke Pusat Jagaan/ Day Care?

  • Bayi Gigit Puting Ibu Ketika Menyusu Badan, Ini Cara Elak Rasa Sakit & Melecet Teruk

    Bayi Gigit Puting Ibu Ketika Menyusu Badan, Ini Cara Elak Rasa Sakit & Melecet Teruk

  • Susu Badan Terlalu Banyak/ Oversupply Hingga Basah Baju, Ibu Ini 5 Cara Mengatasinya

    Susu Badan Terlalu Banyak/ Oversupply Hingga Basah Baju, Ibu Ini 5 Cara Mengatasinya

  • Bayi Makin Membesar, Patutkah Ibu Pertimbangkan Hantar Ke Pusat Jagaan/ Day Care?

    Bayi Makin Membesar, Patutkah Ibu Pertimbangkan Hantar Ke Pusat Jagaan/ Day Care?

  • Bayi Gigit Puting Ibu Ketika Menyusu Badan, Ini Cara Elak Rasa Sakit & Melecet Teruk

    Bayi Gigit Puting Ibu Ketika Menyusu Badan, Ini Cara Elak Rasa Sakit & Melecet Teruk

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.