X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

8 perkara ibu bapa harus fikir dulu sebelum sediakan makanan untuk anak

3 min bacaan
8 perkara ibu bapa harus fikir dulu sebelum sediakan makanan untuk anak

Anak suka memilih makanan dan nampak macam kurang nutrisi? Ibu bapa patut fikir 8 petua makanan kanak-kanak ini dulu sebelum sediakan makanan untuk anak!

Memilih makanan kanak-kanak yang berkhasiat adalah amat penting untuk tumbesaran anak. Ini kerana nutrien memainkan penting dalam proses pertumbuhan dan perkembangan mereka.

Di bawah adalah 8 perkara penting yang perlu dipertimbangkan oleh ibu bapa sebelum anda menyediakan makanan untuk anak mereka. Jom semak apakah ia:

#1 Masa makan dan masa untuk snek 

Makanan kanak-kanak

Sediakan makanan anak yang penuh protein dan snek yang kecil pada masa yang sama. Jika anak tidak menghabiskan makanannya, dia masih boleh makan sneknya nanti.

Ini juga akan mengurangkan pembaziran makanan dan menolong ibu bapa untuk mengagak berapa banyak anak boleh makan.  

#2 Masakan rumah lebih baik

Makanan yang disediakan di rumah adalah makanan yang paling baik untuk anak. Ia jauh lebih berkhasiat dan bersih dari makanan yang disediakan di luar ataupun makanan segera.

Jadi ibu-ibu digalakkan untuk masak di rumah. Kalau anda ada pengasuh atau menghantar anak ke taska, apa kata bangun awal untuk memasak dan membekalkan makanan ini pada anak nanti?

#3 Kurangkan gula!

Makanan kanak-kanak

Walaupun kadang-kadang ibu bapa akan memberi gula-gula atau aiskrim sebagai ganjaran pada anak, tapi cuba elakkan makanan dan minuman dengan kandungan gula yang tinggi.

Makanan yang manis biasanya mempunyai nutrien dan mineral yang sangat rendah. Ia sangat tak berkhasiat untuk anak!

Buah-buahan adalah pilihan yang lebih berkhasiat.

#4 Banyakkan minum air 

Terlalu banyak snek di antara masa makan boleh merosakkan selera makan anak pula. Minuman manis juga hanya akan mengisi perut kosong anak dan tidak akan menyumbang kepada perkembangan anak.

Adalah lebih baik untuk memberi anak air supaya mereka terhidrasi dan jika ibu bapa ingin memberi jus, pastikan jus itu 100%  atau jus yang dibuat di rumah. 125-175 ml (4-6 auns) jus sehari sudah memadai.  

#5 Berikan susu penuh krim

makanan kanak-kanak

Jika ibu bapa sudah mula memberi susu lembu, anda digalakkan untuk memberi susu penuh krim sehingga anak berumur 2 tahun. 

Selepas umur 2 tahun, ibu bapa bolehlah tukar kepada susu rendah lemak ataupun susu skim yang hanya mempunyai 1-2% kandungan lemak.

Tetapi tengoklah keadaan anak. Jika ibu bapa rasa anak masih tidak cukup nutrien dan lemak dari makanan kanak-kanak atau tidak obes, susu penuh krim boleh diberikan.

#6 Biar anak pilih apa yang dia hendak makan  

Jangan paksa anak makan. Kebanyakkan kanak-kanak kecil sudah tahu berapa banyak mereka boleh makan dan tahu cara untuk memilih makanan. 

Kadang-kadang mereka akan menolak makanan tertentu. Ada yang tidak mahu cuba makan langsung.

Jadi memberi makanan kanak-kanak ini macam buat eksperimen. Sediakan makanan berlainan dan juga makanan kegemarannya. Ini supaya anak diberi pendedahan kepada pelbagai jenis makanan.

Makanan kegemarannya boleh dijadikan makanan standby.

#7 Jauhi makanan yang “diperkaya” dengan nutrien tambahan

makanan kanak-kanak

Sumber gambar: Flickr | mroach

Banyak makanan kanak-kanak dipasarkan sebagai makanan yang diperkayakan dengan nutrien penting. Tapi ini tidak bermaksud ia lebih baik untuk anak.

Makanan ini boleh dimakan, tetapi jangan jadikannya makanan utama anak. Adalah lebih bermanfaat untuk ibu bapa memberi makanan segar yang disediakan di rumah atau makanan ori seperti susu ibu.

#8 Memantau anak ketika dia sedang makan

Apabila memberi makanan kanak-kanak, pastikan ia telah dipotong kecil dan sentiasa memantau anak ketika dia sedang makan. Ini ialah untuk mengurangkan risiko anak tercekik. 

Lagipun masa makan boleh dijadikan bonding time bersama.

Ingat 8 petua ini lain kali sebelum ibu bapa menyediakan makanan kanak-kanak. Dengan petua ini anak akan membentuk tabiat dan rutin pemakanan yang lebih sihat dan tetap.

 

 

 

Artikel ini diterbitkan semula dari theAsianparent Singapore

Baca juga: 

JANGAN lakukan perkara ini jika ibu nak buat atau beri makanan bayi

Stories Rakan Kongsi
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • 8 perkara ibu bapa harus fikir dulu sebelum sediakan makanan untuk anak
Kongsikan:
  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

  • Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

    Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

  • Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

    Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham