TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

5 Resipi Makanan Bayi 9 Bulan Untuk Latih Bayi Makan Sendiri, Bagus Untuk Latih Sensori

5 min bacaan
5 Resipi Makanan Bayi 9 Bulan Untuk Latih Bayi Makan Sendiri, Bagus Untuk Latih Sensori

Di sini kami ingin berkongsi 5 resipi hebat untuk makanan baby led weaning yang pasti membuka selera si manja! Jom ajar anak makan dengan tangan sendiri.

Trend makanan baby led weaning (BLW) kini semakin popular. Namun apabila memperkenalkan makanan pejal dengan cara baby led weaning, anda perlu tahu resepi makanan bayi 9 bulan yang sesuai!

Memang kita teruja anak boleh cuba pelbagai makanan, ia tak bermaksud semua makanan baik untuknya.

Di sini kami senaraikan 5 resipi makanan bayi 9 bulan untuk baby led weaning dan untuk ibu bapa yang ingin mengajar anak makan dari tangan sendiri.

Resipi di bawah ini bukan saja mudah, malah amat berkhasiat untuk anak!

Resepi makanan bayi 9 bulan

#1 French toast sirap maple

resepi makanan bayi 9 bulan

Bahan-bahan:

  • 6 biji telur
  • 1 ½ cawan susu
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1 sudu teh vanila
  • 2 sudu sirap maple, (boleh ditambahkan lagi apabila dihidangkan)
  • 6 keping roti
  • Mentega, untuk menggoreng
  • Yoghurt segar dan buah beri

Cara membuatnya:

  1. Campur susu, telur, serbuk kayu manis, vanila dan sirap maple ke dalam mangkuk. Gaul hingga sebati.
  2. Rendam roti dalam campuran ini selama 2-3 minit.
  3. Panaskan mentega dalam kuali dengan api sederhana
  4. Goreng roti hingga coklat keemasan (beberapa minit setiap sisi).
  5. Keluarkan roti dari kuali dan potong kecil supaya lebih senang dimakan
  6. Hidangkan dengan yoghurt dan buah segar yang telah dipotong. 

Resipi dan gambar dari: My Lovely Little Lunch Box.

#2 Mufin brokoli dan keju

resepi makanan bayi 9 bulan

Bahan-bahan:

  •  200g brokoli
  • 1 ½ cawan yoghurt tanpa perisa (360ml)
  • ¼ cawan minyak masak zaitun
  • 1 telur besar
  • 50g keju
  • 2 cawan tepung naik sendiri (225g)
  • ½ sudu kecil garam
  • ¼ cawan susu (50ml)

Cara membuatnya:

  1. Panaskan ketuhar ke suhu 200ºC.
  2. Kukus brokoli sehingga lembut.
  3. Masukkan yoghurt, telur, minyak, brokoli dan keju ke dalam mesin dan dicincangkan.
  4. Masukkan tepung dan garam dalam mangkuk besar dan tuangkan campuran air dari mesin pemproses makanan dan gaul bersama.
  5. Tambahkan sedikit susu sekiranya anda rasa campuran itu terlalu kering. Ia akan kelihatan sedikit basah dan berketul-ketul.
  6. Bahagikan campuran ini dengan rata dalam tin mufin.
  7. Bakar selama kira-kira 15 minit sehingga coklat keemasan.

Resipi dari Baby Led Weaning; Gambar dari Pinterest.

#3 Ayam popcorn

makanan baby led weaning

Bahan-bahan:

  • 1 sudu kecil serbuk paprika manis
  • 1 sudu kecil daun parsley kering
  • 1/2 sudu kecil daun thyme kering
  • 1/2 cawan serbuk roti
  • 1 sudu besar mentega
  • 500g daging dada ayam dipotong kecil.

Cara membuatnya:

  1. Panaskan ketuhar hingga 180 ° C.
  2. Cairkan mentega dan tuangkan ke atas daging ayam. Gaulkan.
  3. Campur semua daun herba bersama serbuk roti di dalam beg zip-lock yang besar. Masukkan kepingan ayam ke dalam beg, tutup beg dan goncang supaya daging itu ditutup dengan serbuk roti.
  4. Letakkan kepingan ayam pada dulang dan masukkannya ke dalam ketuhar. Bakar selama 20 – 30 minit atau sehingga warna keemasan dan ayam itu masak.

Selepas ini jangan beli chicken nugget dari luar lagi ye!

Resipi dan gambar dipetik dari One Handed Cooks.

#4 Kek pear dan beri biru

makanan baby led weaning

Bahan-bahan:

  • ½ cawan gula castor, dan 1 sudu besar gula untuk ditabur atas kek
  • ¾ cawan (180ml) minyak masak
  • 2 biji telur
  • 1 sudu besar pes vanilla 
  • 1 cawan yoghurt biasa
  • 2 cawan tepung biasa
  • 1 ½ sudu kecil serbuk penaik
  • secebis garam
  • 2 pears, dibuang biji tengah dan dipotong kecil
  • 1 bekas beri biru
  • 1 sudu besar serbuk kayu manis

Cara membuatnya:

  1. Panaskan ketuhar ke 180°C dan alaskan tin kek 24cm dengan baking paper.
  2. Campurkan gula, minyak, telur, vanilla, dan yoghurt dalam mangkuk besar.
  3. Tapiskan tepung, serbuk penaik dan garam ke dalam mangkuk. Gaul hingga sebati.
  4. Tuang campuran itu ke dalam tin kek.
  5. Hiaskan bahagian atas adunan kek itu dengan pear yang telah dipotong dan beri biru kemudian tabur dengan gula dan serbuk kayu manis.
  6. Bakar selama 35-40 minit atau sehingga masak (cucuk dengan lidi)

Resipi dan gambar dipetik dari My Lovely Little Lunch Box.

#5 Skon ubi bit dan keju

makanan baby led weaning

Bahan-bahan:

  • 1 1/2 cawan (250gm) tepung serba guna
  • 2 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 hingga 1  1/2 cawan keju dihiris kecil-kecil
  • 70g mentega pada suhu bilik
  • 1/4 cawan susu penuh krim
  • 1 biji telur yang telah dikacau
  • 1 ubi bit bersaiz sederhana
  • sedikit susu untuk untuk glaze

Cara membuatnya:

  1. Panaskan oven 200ºC.
  2. Potong setengah ubi bit dan kukuskan selama 15-20 minit sehingga hampir masak sepenuhnya (sedikit keras di tengah). Parut dan ketepikan.
  3. Tapiskan tepung bersama dengan serbuk penaik ke dalam mangkuk besar.
  4. Masukkan mentega dan gosok dengan hujung jari anda sehingga mendapat campuran  seperti serbuk roti.
  5. Masukkan keju, susu, telur dan ubi bit. Adun sehingga ia menjadi doh yang bulat.
  6. Tutup mangkuk yang mengandungi doh tadi dan biarkan di dalam peti sejuk selama 30 minit.
  7. Uli adunan itu sehingga ketinggian kira-kira 2.5cm dan potongkan dengan pemotong biskut.
  8. Letakkan skon yang telah dipotong di atas dulang dan berus bahagian atas dengan susu.
  9. Bakar selama 15-20 minit dan hidangkan apabila masih panas dengan mentega.

Resipi makanan bayi 9 bulan dan gambar dipetik dari Her View From Home.

Tips sediakan resepi makanan bayi 9 bulan yang ibu bapa perlu ingat:

  • jangan beri madu pada bayi di bawah 1 tahun kerana risiko botulisme
  • berhati-hati apabila memperkenalkan kacang tanah kerana risiko alahan
  • jangan beri anggur atau makanan dengan ukuran yang serupa tanpa dipotong kecil terlebih dulu kerana risiko anak tercekik
  • sentiasa potong makanan dalam bentuk dan saiz yang sesuai untuk mengelakkan risiko anak tercekik
  • baca tentang baby led weaning di sini dan jika anda ada sebarang pertanyaan mengenai amalan ini, rujuk kepada doktor anda.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bayi Makan Sendiri, Pros & Cons Untuk Ibu Ayah

Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Resepi
  • /
  • 5 Resipi Makanan Bayi 9 Bulan Untuk Latih Bayi Makan Sendiri, Bagus Untuk Latih Sensori
Kongsikan:
  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

  • Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

    Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

  • Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

    Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham