X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

10 Resipi Makanan Pejal dan Snek Sihat Untuk Bayi Berusia 8 Bulan & Ke Atas

6 min bacaan
10 Resipi Makanan Pejal dan Snek Sihat Untuk Bayi Berusia 8 Bulan & Ke Atas

Setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anak mereka lebih-lebih lagi dalam pemilihan makanan yang sihat. Tetapi, ramai yang takut penyediaan makanan anak ini leceh. Sebenarnya, menyediakan menu sihat buat si kecil adalah mudah dan menyeronokan bila mempunyai kawan-kawan yang berkongsi rutin yang sama.

Apabila anak mula sudah menunjukkan mereka bersedia untuk makan, kita sebagai ibu mulalah ingin mencuba pelbagai resepi. Di sini, kami akan kongsikan resepi snack bayi 8 bulan yang padat dengan nutrisi dan khasiat bermanfaat.

Dalam kumpulan ‘Our Baby Love Homemade & Natural – by SS‘ di Facebook, para ibu berkongsi pelbagai tips dan resipi menu sihat untuk si kecil dari pelbagai lingkungan umur. Dua ibu daripada kumpulan ini, Puan Noraini dan Puan Salina dengan bermurah hati telah berkongsi resipi snek bayi.

10 Resepi Makanan Pejak & Snack Bayi 8 Bulan 

1# Snack Bayi 8 Bulan: Pisang bakar keju (8 bulan ke atas)

snak bayi 8 bulan

Resipi ringkas ini sesuai untuk bayi berusia 8 bulan dan ke atas.

Bahan-bahan:

  • 1 biji pisang
  • puri kurma
  • keju rendah sodium

Cara-cara:

  • Bakar pisang bersama kulit selama 10 minit
  • Kupas dan buang kulit pisang
  • Tuangkan puri kurma
  • Sagat kejut di atas pisang dan puri tadi

2# Snack Bayi 8 Bulan: Sira labu versi bayi (8 bulan ke atas)

snack bayi 8 bulan

Kredit: cookpad.com

Resipi ini sesuai  untuk bayi berusia 8 bulan dan ke atas.

Bahan-bahan:

  • labu
  • puri kurma
  • daun pandan
  • 1 cawan air

Cara-cara:

  • Masukan semua bahan di dalam periuk
  • Biarkan seketika sehingga labu masak dan kuah menjadi pekat
  • Siap dihidang

3# Snack Bayi 8 Bulan: Biskut butang aprikot (8 bulan ke atas)

snack bayi 8 bulan

Kredit: popshopamerica.com

Resipi ini sesuai  untuk bayi berusia 8 bulan dan ke atas. *gambar sekadar hiasan

Bahan-bahan:

  • 100g butter (unsalted)
  • 150g tepung gandum yang belum diluntur (unbleached)
  • 100g tepung jagung
  • 50g puri aprikot kering
  • 100g puri kurma
  • 2 biji telur

Cara-cara:

  • Pukul butter dan telur sehingga gebu
  • Ayak bahan kering bersama kemudian masukan sedikit demi sedikit ke dalam adunan butter – gaul sebati
  • Masukan puri aprikot dan puri kurma – gaul sebati
  • Masukan adunan ke dalam peti sejuk dan biarkan selama 30 minit.
  • Keluarkan dari peti sejuk dan canaikan adunan tadi. Terapkan bentuk kesukaan.
  • Bakar pada 170°C selama 15-20 minit sehingga masak.

4# Snack Bayi 8 Bulan: Puding Jagung Kurma (8 bulan ke atas)

snack bayi 8 bulan

Kredit: rotinrice.com

Resipi ini sesuai  untuk bayi berusia 8 bulan dan ke atas.

Bahan-bahan:

  • 1 cawan jagung manis
  • 1/2 cawan santan/susu cair
  • 1 sudu besar tepung jagung/kastard
  • 1/2 cawan puri kurma

Cara-cara:

  • Kisar jagung bersama santan/susu cair sehingga hancur
  • Tapis ke dalam periuk
  • Masukan puri kurma dan tepung jagung/kastard
  • Kalau di atas api perlahan sehingga pekat
  • Masukan ke dalam acuan dan biar sejuk

5# Snack Bayi 8 Bulan: Lasagna roti versi bayi (1 tahun ke atas)

10 Resipi Makanan Pejal dan Snek Sihat Untuk Bayi Berusia 8 Bulan & Ke Atas

Kredit: rasa.my

Resipi ini sesuai  untuk bayi berusia 1 tahun dan ke atas.

Bahan A:

  • 1 cawan daging kisar
  • 1 biji bawang holland(cincang)
  • 2 ulas bawang putih (cincang)
  • 5 biji tomato ceri belah dua *tomato biasa pun boleh
  • 1 sudu besar serbuk kari/kurma
  • 1 bekas dadih pes tomato
  • keju blok

Bahan B:

Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
  • 12 keping roti (bilangan mengikut besar acuan)
  • 200ml susu segar
  • 3 biji telur

Cara-cara:

  • panaskan minyak dan tumis bawang sehingga naik bau, masukan serbuk kari/kurma, daging kisar, tomato dan pes tomato. Biar sehingga masak dan pekat, tutup api
  • pukul susu segar dan telur sehingga sebati. Celupkan roti ke dalam adunan susu dan susun di atas loyang. Kemudian letak separuh daging yang dimasak tadi ke atas susunan roti serta taburkan parutan keju.
  • ulang proses yang sama untuk lapisan seterusnya. Lapisan akhir tuangkan semua susu dan bakar pada suhu 170°C selama 20-30 minit atau sehingga masak.
  • setelah masak, taburan keju di lapisan atas dan bakar sekali lagi selama 5-10 minit bagi mencairkan keju.

6. Jejari keju jagung manis (1 tahun ke atas)

10 Resipi Makanan Pejal dan Snek Sihat Untuk Bayi Berusia 8 Bulan & Ke Atas

Kredit: cookpad.com

Resipi ini sesuai  untuk bayi berusia 1 tahun dan ke atas.

Bahan-bahan:

  • 1 cawan jagung manis (rebus dan cincang)
  • 1 biji kentang (rebus dan lenyek)
  • 1/4 biji lada benggala (capsicum)
  • 1/2 cawan kejut di sagat
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 1/4 cawan tepung gandum belum diluntur (unbleached)
  • 1 biji telur
  • serbuk roti

Cara-cara:

  • satukan semua bahan kecuali telur dan serbuk roti
  • bentukan mengikut suka hati
  • celup di dalam telur dan gaul dalam serbuk roti
  • goreng dengan api perlahan sehingga kuning keemasan

7. Tauhu berlauk versi bayi (1 tahun ke atas)

10 Resipi Makanan Pejal dan Snek Sihat Untuk Bayi Berusia 8 Bulan & Ke Atas

Kredit: gedungresepi2u.blogspot.com

Resipi ini sesuai  untuk bayi berusia 1 tahun dan ke atas.

Bahan Kisar (A):

  • 1 bekas tauhu lembut organik
  • 4 ketul tauhu biasa
  • 2 biji telur

Bahan Cincang (B):

  • 1/2 cawan isi ayam
  • 1/2 biji lada benggala merah (capsicum)
  • 1 pokok daun sup
  • 1 pokok daun bawang
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 1 sudu kecil serbuk ikan bilis (organik)

Bahan Celup (C):

  • 1 biji telur

Cara-cara:

  • kisarkan bahan A tanpa perlu tambah air.
  • campurkan bahan A dan bahan B, kukus selama 30 minit.
  • kemudian potong mengikut bentuk pilihan
  • celup ke dalam bahan C yang sudah dikacau, gorengkan

8. Jejari ayam (1 tahun ke atas)

10 Resipi Makanan Pejal dan Snek Sihat Untuk Bayi Berusia 8 Bulan & Ke Atas

Kredit: gethealthyu.com

Resipi ini sesuai  untuk bayi berusia 1 tahun dan ke atas.

Bahan-bahan:

  • Ayam kisar
  • Keju blok (sagat)
  • Serbuk roti
  • Lada sulah
  • Telur
  • Sayur kisar (boleh pilih seperti lobak merah)

Cara-cara:

  • Gaulkan ayam kisar bersama keju, serbuk roti dan lada sulah.
  • Bentukan, celupkan ke dalam telur yang sudah dikacau, salut dengan sebuk roti.
  • Simpan sejuk beku atau terus goreng.

9. Bergedil keledek dan ayam (1 tahun ke atas)

10 Resipi Makanan Pejal dan Snek Sihat Untuk Bayi Berusia 8 Bulan & Ke Atas

Kredit: resepimudah.com

Resipi ini sesuai  untuk bayi berusia 1 tahun dan ke atas.

Bahan-bahan:

  • Keledek (oren atau ungu) – rebus lenyek
  • Tepung jagung
  • Isi ayam kisar
  • Biji habatussawda
  • Daun bawang cincang
  • Serbuk ikan bilis / Garam himalayan
  • Telur

Cara-cara:

  • Gaul sebati semua bahan kecuali telur dan bentukan
  • Celup telur dan gorengkan
  • Jika mahu buat sejuk beku, goreng sekejap, sejukan dan simpan dan peti sejuk beku.

10. Jemput – jemput nasi (1 tahun ke atas)

10 Resipi Makanan Pejal dan Snek Sihat Untuk Bayi Berusia 8 Bulan & Ke Atas

Kredit: keluarga.my

Resipi ini sesuai  untuk bayi berusia 1 tahun dan ke atas.

Bahan-bahan:

  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1/4 cawan tepung ubi kayu
  • nasi (dikisar)
  • labu – sagat halus
  • kucai – cincang halus
  • bawang holland – potong dadu
  • serbuk ikan bilis
  • garam himalaya (himalayan pink salt)

Cara-cara:

  • Campurkan semua bahan. Masukan tepung perlahan-lahan. Lihat tekstur adunan supaya tidak terlalu pekat.
  • Gaul sebati dan goreng

Hasil perkongsian menarik Puan Noraini dan Puan Salina telah memberikan anda pilihan menu snek yang ringkas dan berkhasiat untuk bayi anda. 

Sekiranya anak anda masih tidak mempunyai gigi atau belum mahir mengunyah, pastikan makanan betul-betul lembut atau lenyekkan makanan. Ini bagi mengelakkan bayi tercekik.

Selamat mencuba!

Baca juga: Kepentingan Finger Food Untuk Bayi, 5 Resepi Finger Food Yang Sedap & Berkhasiat

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Resepi
  • /
  • 10 Resipi Makanan Pejal dan Snek Sihat Untuk Bayi Berusia 8 Bulan & Ke Atas
Kongsikan:
  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

  • Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

    Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

  • Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

    Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham