X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Anak Comel & Bijak Sebenarnya Ikut Genetik Ibu @ Ayah? Ini Jawapan Yang Sebenar!

4 min bacaan
Anak Comel & Bijak Sebenarnya Ikut Genetik Ibu @ Ayah? Ini Jawapan Yang Sebenar!Anak Comel & Bijak Sebenarnya Ikut Genetik Ibu @ Ayah? Ini Jawapan Yang Sebenar!

Tahukah anda genetik manusia akan sentiasa diwarisi oleh setiap anak yang dilahirkan? Bukan itu sahaja, akan ada persamaan anggota badan dari ibu ayahnya!

Genetik manusia yang bergelar ibu ayah akan mempunyai pengaruh tersendiri dalam menurunkan kepada anak-anak. Sudah semestinya anda pernah tertanya-tanya tidak kira sama ada pada awal kehamilan atau selepas bersalin, wajah si manja nanti akan ikut siapa?

Hal ini sebenarnya secara tidak langsung boleh mencetuskan pertelingkahan kecil apabila si ibu dan ayah mahukan anak mengikut kriteria diri masing-masing.

Genetik manusia akan ikut ibu atau ayah?

Persoalan ini menjadi perdebatan hebat antara ibu ayah yang mungkin tidak akan pernah habis. Jika sebelum ini tular dalam media sosial tentang pernyataan bahawa anak bijak akan mewarisi IQ dari si ibu, tapi kali ini ramai tertanya-tanya siapakah yang menentukan kebanyakan genetik bayi.

#1. Bahagian mata

genetik ibu ayah

Menurut kajian, dikatakan bahawa kebanyakan genetik mata adalah mengikut genetik si ibu. Bukan mata sahaja, hidung, bibir dan bentuk wajah juga dikatakan mewarisi genetik ibu.

#2. Bulu mata

Cuba perhatikan pada bulu mata si anak dan ayahnya, ada persamaan atau tidak? Hal ini kerana genetik bulu mata si anak dikatakan mewarisi daripada bulu mata si ayah.

#3. Bahagian telinga

Tidak hanya bulu mata sahaja, bahagian telinga turut diwarisi daripada si ayah. Tetapi anda jangan risau kerana ada juga genetik telinga yang datangnya dari ibu.

#4. Ketinggian anak

Berbeza pula dengan ketinggian di mana genetik ini diwarisi secara separuh oleh ibu dan ayah. Jadi anda tidak perlulah berebut mengatakan bahawa anak-anak mewarisi anda seorang kerana semuanya sudah dibahagikan sama rata, ya!

#5. Kecerdasan

Anda memiliki anak-anak aktif dan banyak mulut? Hal ini kerana tahap kecerdasan mereka diwarisi daripada seorang ibu. Maknanya jika anak merupakan seorang yang aktif dan bijak, mereka sebenarnya mewarisi kecerdasan ibunya.

#6. Sikap dan tingkah laku

mewarisi genetik bapa

Kalau dari segi sikap dan tingkah laku anak-anak, ibu ayah mungkin akan mengatakan ''ha itulah ikut perangai mak dia.'' Tetapi sebenarnya perangai anak-anak kebanyakannya datang dari genetik ayah.

Kalau anda perasan, anak-anak akan mudah dipengaruhi sekiranya mereka melihat ayah melakukan sesuatu perkara. Sebab itulah ada pepatah mengatakan, ''bapak borek, anak rintik.''

Justeru, bahagian anggota badan dan keperibadian diri anak-anak merupakan hasil gabungan genetik manusia bergelar ibu dan ayah. Anda tidak perlulah menunding jari kepada pasangan sahaja sekiranya anak memiliki perangai kurang baik kerana tiada manusia yang sempurna.

Rahsia personaliti anak mengikut kategori

#1. Anak pertama

Anak pertama atau sulung merupakan cahaya mata nombor satu dalam sesebuah keluarga dan menjadi tumpuan kasih sayang ibu ayah sehinggalah dia memperoleh adik baru. Namun, apabila sudah membesar dan meningkat remaja, mereka lebih pandai membawa diri masing-masing dan sanggup berkorban demi adik-adiknya.

Ciri-ciri yang ada pada anak sulung:

  • Sering dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur dan mengurangkan ego.
  • Kemungkinan berjaya dalam hidup sangat tinggi.
  • Lebih pandai mengambil hati orang tua.
  • Mempunyai nilai tanggungjawab yang tinggi.

#2. Anak tengah

genetik keturunan manusia

Biasanya anak tengah memiliki perangai yang sedikit pelik berbanding adik-beradik yang lain. Mereka tidak suka dihalang dan lebih suka berdikari dalam melakukan halnya sendiri.

Golongan anak tengah juga banyak mengalah kepada si sulung atau dengan si bongsu kerana tidak ingin mengeruhkan lagi keadaan. Sebab itulah anak tengah kadang kala mudah dilanda pelbagai tekanan. Jadi mereka akan cuba melakukan yang terbaik buat diri sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

#3. Anak bongsu

Stories Rakan Kongsi
Champs & NASOM Bekerjasama Untuk Meningkatkan Kesedaran Tentang Autisme
Champs & NASOM Bekerjasama Untuk Meningkatkan Kesedaran Tentang Autisme
Ini Rupanya Cara Untuk Ajar & Latih Anak-Anak Makan Secara Sihat, Mudah Sahaja!
Ini Rupanya Cara Untuk Ajar & Latih Anak-Anak Makan Secara Sihat, Mudah Sahaja!
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
5 Kriteria Penting Pemilihan Produk Penjagaan Kulit Bayi Supaya Kekal Lembap Sepanjang Hari
5 Kriteria Penting Pemilihan Produk Penjagaan Kulit Bayi Supaya Kekal Lembap Sepanjang Hari

Selalunya ramai yang menganggap anak bongsu akan mengada-ngada dan memperolehi apa sahaja diinginkan. Malah sering digambarkan sebagai anak manja, besar kepala dan mahukan orang lain mengikuti kehendak mereka sahaja.

Bukan itu sahaja, anak bongsu memerlukan orang lain untuk melakukan apa sahaja dalam hidupnya. Dikatakan mereka kurang berjaya dalam hidup memandangkan sikap ibu ayah yang tidak percayakan kebolehannya.

Mungkin ibu ayah sentiasa berasakan anak bongsu memerlukan perlindungan untuk selama-lamanya.

#4. Anak tunggal

Mungkin ramai yang sangka bahawa menjadi anak tunggal adalah sangat seronok memandangkan hanya mereka satu-satunya anak dalam keluarga. Tidak perlu berebut, malah menjadi tempat sepenuhnya tumpuan, perhatian dan curahan kasih sayang ibu ayah.

Dari sudut hubungan bersama ibu bapa, tidak dinafikan bahawa hubungan anak tunggal lebih kukuh dan erat. Mereka saling memerlukan antara satu sama lain, saling menyokong dan menggalakkan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu & Ayah, Berhentilah Ucap 2 Kata-Kata Ini, Ia Beri Kesan Sangat Buruk Kepada Emosi Anak!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Anak Comel & Bijak Sebenarnya Ikut Genetik Ibu @ Ayah? Ini Jawapan Yang Sebenar!
Kongsikan:
  • Kembar Pertama Dunia Lahir Dari Genetik Yang Diubah Suai Sejak Embrio, Ramai Tergamam!

    Kembar Pertama Dunia Lahir Dari Genetik Yang Diubah Suai Sejak Embrio, Ramai Tergamam!

  • Isteri Tanggung Sakit 33 Jam Untuk Lahirkan Bayi Cacat Yang Sudah Mati Dalam Kandungan

    Isteri Tanggung Sakit 33 Jam Untuk Lahirkan Bayi Cacat Yang Sudah Mati Dalam Kandungan

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

app info
get app banner
  • Kembar Pertama Dunia Lahir Dari Genetik Yang Diubah Suai Sejak Embrio, Ramai Tergamam!

    Kembar Pertama Dunia Lahir Dari Genetik Yang Diubah Suai Sejak Embrio, Ramai Tergamam!

  • Isteri Tanggung Sakit 33 Jam Untuk Lahirkan Bayi Cacat Yang Sudah Mati Dalam Kandungan

    Isteri Tanggung Sakit 33 Jam Untuk Lahirkan Bayi Cacat Yang Sudah Mati Dalam Kandungan

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.