TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu & Ayah, Berhentilah Ucap 2 Kata-Kata Ini, Ia Beri Kesan Sangat Buruk Kepada Emosi Anak!

4 min bacaan
Ibu & Ayah, Berhentilah Ucap 2 Kata-Kata Ini, Ia Beri Kesan Sangat Buruk Kepada Emosi Anak!

Selalu saja lihat anak buat perangai? Salah sikit tantrum. Emosi anak juga sering berubah-rubah dengan cepat dan kadang kala buat anda tak sabar.

Selalu saja lihat anak buat perangai? Salah sikit menjadi-jadi tantrumnya. Emosi anak juga sering berubah-rubah dengan cepat dan kadang kala buat anda tak sabar.

Kenapa perkara ini berlaku? Jangan tak tahu ya, bahasa kita sebagai ibu bapa juga memainkan peranan yang besar dalam membentuk emosi anak-anak.

Cara kita bercakap dengan anak juga boleh memberi pengaruh kepada cara mereka mengendalikan emosi mereka. Setiap individu ada emosi mereka dan jangan fikir anak kita kecil, mereka tidak beremosi ya.

Kata-kata ibu ayah boleh beri kesan besar kepada emosi anak

Emosi Anak

Menurut Ustazah Noor Laila Aniza Zakaria, katanya hati-hatilah dalam menjaga anak. Selalulah berbual dan tanya khabar mereka. Bertanyalah perihal hati anak-anak, apa yang anak-anak fikir, apa yang mereka mahu dan apa yang anak-anak tidak selesa.

Sentiasa beritahu apa yang selamat dan tidak selamat untuk anak-anak di dunia ini.

Jangan sesekali ditinggalkan doa, dan berdoalah sepenuh hati kepada maha Pencipta. 

Ayah juga perlu ambil tahu pendidikan anak-anak

Emosi Anak

Katanya, golongan bapa juga perlu campur tangan dalam urusan pendidikan anak-anak. Jangan sesekali lepas tangan jika mahu anak anda menjadi luar biasa berjaya.

Mendidik anak perlulah berilmu. Rajin-rajinkan diri membaca cara mendidik anak daripada pelbagai sumber supaya anda tidak mudah emosi jika anak buat perangai nanti.

Jika mampu, ikutilah kelas-kelas mengenai cara didik anak untuk menambah ilmu mengenai didikan kepada anak yang akan memberi kesan besar kepada cara mereka mengendalikan hidup mereka kelak.

Ibu ayah, berhentilah ucap dua kata-kata ini

Emosi Anak

Ni ustazah beri contoh ucapan ibu2 kepada anak2.

#1. “Mama dah penat sgt tegur Danial. Punyalah malas nak belajar. Solat pun liat, ntah bila nak berubah!”

Ucapan ini lebih baik ditukar kepada :

“Daniel anak mama yg rajin, Daniel ambil buku sekarang kita belajar sama2.
Daniel rajin belajar, Daniel pasti berjaya.
Allah pun syg anak yg dgr kata dan rajin.
Mama happy tengok Daniel rajin.

Dua ayat ini diulang2 setiap hari akan membawa maksud yg berbeza.
Ayat2 di atas memberi kesan kepercayaan kepada emosi dan fizikal anak sehingga anak itu mencapai dewasa.

“Ya… Betul mama cakap dulu. Aku memang malas belajar. Aku memang tak boleh berubah. Aku dah buatkan mama kecewa. Aku mmg x berguna”

Bila dewasa, anak ini membesar menjadi org yg tidak dpt berkembang ideanya sebab kepercayaan yg telah mamanya tanam sejak kecik, ya, pemalas. Malas fikir.
Malas buat.

Anak ini tak dapat melonjakkan potensi diri sebab berada dalam ruang lingkup kepercayaan yg telah dibina oleh mamanya sendiri sejak kecil.

Jika dia bos, dia takkan dpt urus syarikat dgn baik. Jika dia pekerja, dia takkan dpt beri manfaat pd company. Jika dia suami, dia suami yg tak dpt bantu keluarga sebab sifat malas ini dah sebati dlm sistem kepercayaannya.

Berbanding ayat num 2, tunjukkan apa perlu anak buat skrg. Ambil buku. Belajar sama2 bermakna ada kesediaan sistem sokongan untuk sentiasa bantu.

Ayat num 2 bermaksud mama tak putus asa. Mama sedia bantu. Mama happy.Mama yakin anak ini pasti berjaya.
Dan percayalah, anak ini akan membesar menjadi org yg luar biasa hebat!

#2. “Cukup! Cukup! Asyik bergaduh tak henti2. Pantang jumpa jer, mesti bergaduh, memang tak boleh berbaik lgsung!”

Begitulah ketika anak2 bergaduh waktu bermain bersama.
Daripada menyakitkan mereka dgn tangan kita , cubit, pukul, sebat atau mengatakan, 
Ya… membesarlah mereka menjadi adik beradik yg ada saja yg x puas hati sampai dewasa! Bahkan sampai berumur nanti.

Dan ayat ini jika ditukar kepada :
“Fatimah, sabar. Fatimah anak ibu boleh sabar dgn adik.”
“Fatimah boleh kongsi mainan dgn adik”
“Fatimah cakap lembut dgn adik”
“Adik boleh minta mainan kakak Fatimah dgn lembut”
“Adik berhenti menangis dan peluk kakak Fatimah”.

Ayat2 ini disebut ketika situasi penuh kelam kabut dgn pergaduhan dan ibu/ayah boleh tarik nafas sedalam2nya sebut dgn tenang tetapi ada penegasan. Bukan sebut dlm keadaan marah dan menjerit2. Maka, uruskan emosi ibu ayah terlebih dahulu.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Emosi Anak Terabai Bila Ibu Ayah Terlalu Sibuk, Ini 7 Benda Penting Anda Patut Buat!

Baca juga: Pakar Kongsi Cara Kawal Emosi Anak Perempuan Agar Lebih ‘Behave’ & Mudah Dengar Kata

Baca juga: Anak lelaki lebih sensitif, mereka PERLU LEBIH sokongan emosi berbanding anak perempuan

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Ibu & Ayah, Berhentilah Ucap 2 Kata-Kata Ini, Ia Beri Kesan Sangat Buruk Kepada Emosi Anak!
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham