X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Pakar Kongsi Cara Kawal Emosi Anak Perempuan Agar Lebih 'Behave' & Mudah Dengar Kata

4 min bacaan
Pakar Kongsi Cara Kawal Emosi Anak Perempuan Agar Lebih 'Behave' & Mudah Dengar Kata

Cara kawal emosi anak perempuan yang membesar bukanlah perkara sukar. Ibu ayah hendaklah memahami keadaan dan memilih pendekatan terbaik menghadapinya.

Kehadiran cahaya mata menjadi penyeri dan pembawa kebahagiaan dalam rumah tangga. Sama ada anak lelaki mahupun perempuan, kedua-duanya pasti memiliki perbezaan sikap serta tingkah laku. Oleh itu ibu ayah perlu mengetahui cara kawal emosi mereka agar tidak menjadi keterlaluan.

Anak yang diberikan perhatian dan didikan sejak kecil kebiasaannya akan lebih mudah dijaga apabila mereka besar. Mana tidaknya, mereka menjadi lebih peka dengan masyarakat sekeliling dengan menjaga air muka ibu ayah.

Cara kawal emosi anak perempuan

cara kawal emosi anak perempuan

credit to sources

Anak perempuan sememangnya dikenali dengan sikap manja, cerewet serta sensitif dengan perkara di sekeliling. Apabila menyentuh tentang emosi pula, mereka lebih mudah marah, menangis dan resah. Namun jika ibu ayah hanya membiarkan tanpa mengambil pendekatan terbaik, ia akan memberi kesan buruk terhadap fizikal.

“Kemarahan yang tidak dapat diselesaikan menyumbang kepada tekanan, ketegangan, kegelisahan, kemurungan dan kegelisahan berlebihan. Kini dianggarkan bahawa 30%  gadis remaja mengalami gangguan keresahan (anxiety disorder).”

Kemarahan anak perempuan akan meningkat setelah mereka semakin dewasa kerana hasil kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak perempuan dan wanita lebih cenderung berasa marah. Hal ini kerana mereka berdepan ketidakadilan, tidak berdaya dan tidak bertanggung jawab terhadap orang lain.

“Mereka mula mengalami impak berganda yang menguji kebolehan dan potensi diri apabila diganggu kanak-kanak lain di sekolah ataupun serangan seksual. Dengan sedaya upaya, emosi menjadi tegang untuk melindungi diri.” jelas pengarang Rage Becomes Her: The Power of Women’s Anger, Soraya Chemaly.

Dalam erti kata lain, ramai mengatakan ketika emosi anak perempuan berlebihan digambarkan tidak rasional, namun ia sebenarnya benar-benar nasional. Oleh itu, bagaimana cara kawal emosi anak perempuan dengan kaedah yang betul dan lebih sihat?

#1. Beri peluang untuk anak meluahkan

cara kawal emosi dan perasaan

credit to sources

Langkah pertama adalah membiarkan anak perempuan menyatakan keinginannya, walaupun ia adalah perkara yang sukar ibu ayah terima.

Menurut seorang ahli psikologi kanak-kanak dan remaja dan pengarang No More Mean Girls: The Secret to Raising Strong, Confident, and Compassionate Girls, Katie Hurley, kemarahan adalah emosi yang tidak selesa. Sebagai orang yang paling dekat dengan anak, anda haruslah bijak dalam berkomunikasi agar anak tidak terus meragam jika tidak mendapat sesuatu yang diinginkan.

Sebaiknya, katakan “Ibu tahu kamu marah kerana tidak dapat memiliki coklat, tetapi tidak baik berteriak,” Pujukan ini sedikit sebanyak membantu anak-anak memisahkan perasaan mereka dan mengalihkan perhatian terhadap perkara seterusnya.

#2. Mengawal tingkah laku

Ketika anak masih kecil, perhatikan tindakan yang dilakukan oleh mereka ketika berdepan tekanan atau meragam. Kemarahan dirasai oleh si manja hendaklah berpada-pada agar nanti tidak ‘besar kepala’.

Menurut pakar dalam perkembangan kanak-kanak perempuan, Catherine Steiner-Adair, mengatakan bahawa kebanyakan anak kecil berasa sangat tertekan ketika marah dan menunjukkan tindakan yang buruk seperti mengatakan ”Saya benci ibu.” 

Sekiranya perkara ini pernah berlaku terhadap anda, carilah cara kawal emosi anak perempuan yang terbaik seperti memberikan kasih sayang secukupnya, meluangkan masa bersama dan didik dirinya tentang dosa serta pahala.

#3. Ambil berat tentang perubahan sikap 

cara mengawal emosi anak

credit to sources

Setiap manusia yang sedang membesar akan mengalami pelbagai perubahan mengikut persekitarannya. Justeru, ibu ayah hendaklah memperhatikan jika anak perempuan suka berahsia dan hanya memendam perasaan.

Jika anda bersikap lepas tangan dan tidak mengawalnya secara awal, kemungkinan besar mereka akan memberontak dan memiliki sikap negatif seperti berbohong, ponteng sekolah atau membuli.

#4. Membuatkan anak rasa selesa dan dihargai

Ketika anak sedang meragam atau emosi keterlaluan, adalah lebih baik untuk ibu ayah mendekati mereka dan mengajaknya untuk berdamai. Pastikan si manja rasa dihargai dengan menyatakan ”Awak anak yang baik, kalau awak terus macam ni nanti mama sedih.”

Bukan itu sahaja, anda juga perlu bijak merendahkan ego anak perempuan kerana ketika mereka sedang marah, hanya perkara yang difikirkan sahaja dianggap penting. Tekankan elemen untuk bertolak ansur dengan keadaan seperti mengajaknya keluar dari rumah ataupun melakukan aktiviti riadah.

Justeru sebagai ibu ayah, tugas membesarkan anak-anak perlulah diselangi dengan beberapa gaya didikan yang baik agar mereka tidak bertindak keterlaluan dan gagal dalam pengurusan emosi diri.

Stories Rakan Kongsi
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini

Sumber: A Mighty Girl

Kredit foto: Google

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comrasa-percaya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Pakar Kongsi Cara Kawal Emosi Anak Perempuan Agar Lebih 'Behave' & Mudah Dengar Kata
Kongsikan:
  • "Emosinya Bila Mengandung Ni!"- Ini 5 Cara untuk Bakal Ibu Kawal Emosi

    "Emosinya Bila Mengandung Ni!"- Ini 5 Cara untuk Bakal Ibu Kawal Emosi

  • Cara Ajar Anak Untuk Mengawal Emosi (Panduan Lengkap Ikut Umur)

    Cara Ajar Anak Untuk Mengawal Emosi (Panduan Lengkap Ikut Umur)

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • "Emosinya Bila Mengandung Ni!"- Ini 5 Cara untuk Bakal Ibu Kawal Emosi

    "Emosinya Bila Mengandung Ni!"- Ini 5 Cara untuk Bakal Ibu Kawal Emosi

  • Cara Ajar Anak Untuk Mengawal Emosi (Panduan Lengkap Ikut Umur)

    Cara Ajar Anak Untuk Mengawal Emosi (Panduan Lengkap Ikut Umur)

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.