X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Jangan Ambil Alih Tugas Suami, Ajar Mereka Buat Sendiri Supaya Nanti Tidak Lepas Tangan!

4 min bacaan
Jangan Ambil Alih Tugas Suami, Ajar Mereka Buat Sendiri Supaya Nanti Tidak Lepas Tangan!

Tugas suami diambil alih isteri apabila dia benar-benar tidak mampu melakukannya. Ramai wanita buat kesilapan ini sehingga pasangan bersikap lepas tangan...

Setelah mendirikan rumah tangga, tugas suami adalah sangat besar dan ia bukannya terletak pada bahu isteri. Sepatutnya setiap perkara dilakukan oleh ketua keluarga memandangkan wanita yang dikahwini adalah amanah perlu dijaga sebaiknya oleh mereka.

Walau bagaimanapun, pada zaman sekarang mungkin anda pernah melihat perkongsian di laman sosial sesetengah wanita bergelar isteri seakan-akan mendabik dada boleh keluar mencari rezeki tanpa perlu bergantung pada suami, membeli barangan keperluan serta menguruskan anak-anak seorang diri.

Kesilapan tanpa sedar, ramai wanita mula ambil alih tugas suami

tugas suami diambil alih isteri

credit to sources

Sebenarnya tugas seorang isteri adalah perlu melayan kehendak zahir dan batin suami sahaja. Anda boleh menolak sekiranya pasangan mengarahkan untuk melakukan sesuatu pekerjaan.

Menurut perkongsian di laman sosial, Farizal Radzali yang mengatakan bahawa dia masih teringat akan pesanan bermakna daripada seseorang iaitu:

Ketika saya dalam tempoh pertunangan dulu, seorang mak cik datang dan beritahu bahawa apabila sudah menjadi isteri, walau bagaimana pandai dan hebatnya kita, jangan sesekali ambil alih tugas suami. Hanya perlu bantunya bila dia betul-betul tidak mampu.

Lepas kahwin, barulah saya faham dan mengakui akan kebenaran pesanan berkenaan. Buat suami, tanggungjawabnya adalah menyediakan nafkah untuk keluarga. Bagaimana dan melalui apa, itu adalah tanggungjawab dan amanahnya.

Bagi seorang isteri pula, tanggungjawab anda menjaga rumah tangga, memenuhi keperluan suami dan melahirkan zuriat. Namun kebanyakan para isteri sekarang, dari mula berkahwin sudah bertindak untuk mengambil alih tugas suami dengan alasan ingin berdikari. 

tanggungjawab suami

foto: baituljannah

Lebih menyedihkan anda yang berbangga menceritakan kepada semua orang bahawa dia adalah isteri baik dan tidak menyusahkan pasangan. 

Begitu juga dengan suami berasa bangga memiliki wanita berdikari, bijak dalam semua perkara dan tidak menyusahkan dirinya seperti boleh berbelanja sendiri, kemana-mana sendiri, menukar tayar kenderaan dan memanjat tangga untuk menukar bateri jam.

Sehingga ibu hamil turut sanggup pergi check up dengan memandu sendirian. Ada juga yang memperlekehkan isteri-isteri lain yang tidak berani untuk berdikari dan bergantung sepenuhnya pada bantuan suami.

Suami adalah untuk disusahkan

Maksudnya, suami perlu dibiarkan susah kerana terpaksa menanggung keluar kerana itulah amanah mereka. Seorang lelaki apabila dia bersedia memegang gelaran ketua keluarga, sebenarnya dia sudah tahu amanah dan tanggungjawab.

Namun jika tidak tahu, para isteri kena ajar suami untuk buat dan elakkan menawarkan diri melakukan bahagian tugasnya. Mungkin sesetengah anda beralasan malas untuk bergaduh kerana ia perkara kecil.

Mula-mula memanglah semuanya manis kerana usia masih muda. Tapi lama-kelamaan ia akan menyebabkan suami mula bersikap lepas tangan dan acuh tidak acuh dalam menjalankan tanggungjawab mereka.

Hal ini kerana dia akan bertindak mengikut kebiasaan. Jika ini berlaku, sudah terlambat bagi isteri merungut atau memperbetulkan kebiasaan dalam rumah tangga.

Apabila isteri menunjukkan kepandaian dan kemahiran melakukan sesuatu perkara, para suami akan beranggapan tidak perlu campur tangan dan menganggu tugasan ini.

Untuk para isteri, biarlah suami dengan tanggungan mengikut kemampuannya. Anda hanya perlu menjaga diri sendiri dan masa hadapan kerana pasangan adalah pinjaman.

isteri ambil alih tugas suami

credit to sources

Andai sampai suatu ketika, kamu tahu suami sudah tidak mampu, barulah hulur bantuan untuk dia bangkit semula. Setelah stabil, serahkan semula tanggungjawab tersebut kepadanya. Jangan terus mengambil alih tugas itu selamanya.

Perlu ingat, kamu perlu bantu ketika dia tidak mampu sahaja untuk sementara. Biarlah orang sekeliling mengatakan anda tidak membantu suami, gagal jadi isteri baik dan tidak pandai berdikari.

Tanggungjawab mencari nafkah dalam keluarga adalah dibahu suami, sekiranya dia tidak mampu jangan ambil risiko menjaga anak orang.

Sekiranya isteri bekerja atas keizinan suami, ketahuilah bahawa duit isteri adalah miliknya sahaja dan duit suami adalah miliki tanggungannya. Nampak kejam, namun itulah hakikatnya. Yang perlu dimanjakan ialah para isteri, bukan suami. Jangan ubah fitrah itu jika tidak ingin menyesal kemudian hari.

Sumber: Kashoorga

Kredit foto: google

Stories Rakan Kongsi
Healthy Kids Learn Better and Faster. Follow These Tips To Keep Your Child Healthy
Healthy Kids Learn Better and Faster. Follow These Tips To Keep Your Child Healthy
Why Knowing Where Your Milk Comes From Is So Important
Why Knowing Where Your Milk Comes From Is So Important
Does Your Growing Up Child Have A Sensitive Tummy? Here’s What You Should Know
Does Your Growing Up Child Have A Sensitive Tummy? Here’s What You Should Know
Boosting Their Immune System: 5 Ways To Keep Your Growing Up Child Fit and Strong
Boosting Their Immune System: 5 Ways To Keep Your Growing Up Child Fit and Strong

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comjalan-ke-syurga

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Jangan Ambil Alih Tugas Suami, Ajar Mereka Buat Sendiri Supaya Nanti Tidak Lepas Tangan!
Kongsikan:
  • Percaya Atau Tidak, Isteri Lebih Sakit Kepala & Stres Layan Kerenah Suami Berbanding Anak-Anak

    Percaya Atau Tidak, Isteri Lebih Sakit Kepala & Stres Layan Kerenah Suami Berbanding Anak-Anak

  • 10 tugas suami ketika isteri dalam pantang, suami wajib tahu semua ini!

    10 tugas suami ketika isteri dalam pantang, suami wajib tahu semua ini!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • Percaya Atau Tidak, Isteri Lebih Sakit Kepala & Stres Layan Kerenah Suami Berbanding Anak-Anak

    Percaya Atau Tidak, Isteri Lebih Sakit Kepala & Stres Layan Kerenah Suami Berbanding Anak-Anak

  • 10 tugas suami ketika isteri dalam pantang, suami wajib tahu semua ini!

    10 tugas suami ketika isteri dalam pantang, suami wajib tahu semua ini!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.