X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Emosi Anak Terabai Bila Ibu Ayah Terlalu Sibuk, Ini 7 Benda Penting Anda Patut Buat!

4 min bacaan
Emosi Anak Terabai Bila Ibu Ayah Terlalu Sibuk, Ini 7 Benda Penting Anda Patut Buat!

Emosi anak sedang membesar tidak boleh diabaikan. Mereka perlukan perhatian dan kasih sayang ibu ayah setiap masa bagi mengharungi kehidupan setiap hari

Terabai secara emosi boleh memberikan impak yang sangat negatif terhadap seseorang. Apatah lagi bagi kanak-kanak yang masih belum pandai mengawal perasaan. Emosi anak yang terabai boleh menyebabkan mereka berasa tidak disayangi, dipinggirkan dan tidak diperlukan dalam keluarga.

Lebih menyedihkan lagi apabila ibu ayah tidak menyedari bahawa tindakan mereka kadang-kala telah mengabaikan emosi anak. Misalnya apabila anak kecil mengajak untuk main bersama, anda enggan kerana terlalu sibuk dengan ‘melayan’ telefon pintar.

Baca juga: Mudah Menabur Janji, Tapi Jangan Anak Kecewa Dikhianati, 7 Kesan Janji Kosong Pada Anak

Emosi anak boleh terabai jika ibu ayah sendiri tidak peka

anak terabai

credit to sources

Berikut adalah tanda-tanda yang boleh diperhatikan pada anak yang rasa terabai secara emosi:

  1. Tidak pasti dengan kemampuan diri
  2. Hilang keyakinan diri
  3. Tidak sayang dengan diri sendiri tetapi sangat sayang orang lain
  4. Rasa tidak sempurna
  5. Mengalami kesukaran meluahkan apa yang mereka rasa.

Anak yang rasa diabaikan secara emosi ini akan menerima kesan jangka masa panjang. Mereka mungkin membesar dan terbiasa untuk memendam segala perasaan dan sekaligus boleh menjadi punca menjadi seseorang yang negatif apabila dewasa kelak.

Banyak sebab mengapa anak boleh rasa terabai secara emosi. Antara punca utama ialah masa, kurangnya masa bersama orang yang tersayang di rumah. Memandangkan cabaran kos sara hidup agak tinggi di bandar, ibu ayah sentiasa sibuk mencari rezeki sehingga terlupa akan tanggungjawab dalam membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang.

Apa yang boleh anda lakukan bagi mengelakkan anak terabai

Berikut adalah senarai apa yang anda boleh lakukan bagi memastikan anak anda tidak terabai secara emosi:

#1. Tonjolkan rasa kasih sayang

Mereka bukanlah pembaca fikiran, mereka tidak tahu ibu bapa sayangkan mereka atau tidak jika ia tidak ditunjuk. Justeru, ekspresikan rasa sayang anda kepada mereka dengan sentiasa mengucapkan ‘ibu sayang kamu‘ supaya mereka tahu dan jelas dengan perasaan anda.

#2. Ambil peduli tentang perasaan mereka

rasa diabaikan

credit to sources

Jika anak kecil anda menunjukkan rasa marah, kecewa, atau rasa sedih, jangan terus menidakkan apa yang mereka rasa. Ia adalah normal bagi kebanyakan kanak-kanak, mereka menunjukkan perasaan tersebut hanya untuk mendapatkan perhatian ibu ayah.

Jadi, cuba anda tanya si manja mengapa mereka rasa sedemikian, biarkan mereka luahkan apa yang dirasai. Dengan cara ini anak-anak berasa lebih dekat dengan ibu ayah dan mengambil peduli tentang perasaan mereka.

#3. Luangkan masa dengan anak setiap hari

Masa adalah anugerah paling bernilai yang anda dapat berikan kepada anak-anak. Tidak perlu masa yang khas, cukuplah sekadar membaca buku bersama sebelum juga sudah mampu membuatkan mereka rasa bahagia.

Bukan itu sahaja, tempoh 15 minit melayan anak-anak setiap hari adalah cukup untuk menjadikan kenangan berharga buat mereka. Jadi apa kata setiap kali pulang kerja, anda luangkan sedikit masa ini dengan bermain, bercerita atau mengaji bersama di rumah.

#4. Buatkan anak berasa yakin

Keyakinan diri akan membantu anak anda rasa stabil secara emosi dan membuatkan mereka kurang rasa terabai. Ini kerana mereka yakin untuk bergantung kepada diri mereka dalam mengharungi kehidupan di sekolah, bersama rakan-rakan atau guru.

Sifat yakin ini sebenarnya perlu dipupuk sejak mereka kecil agar anak lebih berani dalam mencuba pelbagai perkara baharu dalam hidup mereka. Jika perkara berlaku di sebaliknya, si manja anda mungkin cenderung menjadi seorang yang pasif atau sering berasa takut untuk melangkah ke hadapan.

#5. Ajar mereka sayangi diri sendiri

terabai

credit to sources

Ini adalah ajaran yang sangat penting setiap ibu bapa harus ajar kepada anak mereka. Sayangi diri sendiri dan jangan biarkan orang lain mengubah hal itu. 

#6. Makan bersama-sama

Waktu makan sebenarnya adalah waktu yang penting dihabiskan bersama keluarga. Bersembang, tanyakan tentang hari mereka.

Stories Rakan Kongsi
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul

Jadi, sesibuk mana pun, pastikan sekurang-kurangnya sekali sehari anda makan bersama seluruh keluarga.

#7. Ajar tentang belas kasihan

Biar anak anda lebih prihatin dengan apa yang orang lain rasa. Mereka akan lebih peka tentang emosi dan secara tidak langsung membantu emosi mereka juga.

Sumber: theAsianparent Singapore, theAsianparent Philippines, blogs.psychcentral.com, psychologytoday.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: ”Bapa Borek, Anak Rintik”-Ayah Jangan Macam-Macam, Anak Ikut Tingkah Laku Anda!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Emosi Anak Terabai Bila Ibu Ayah Terlalu Sibuk, Ini 7 Benda Penting Anda Patut Buat!
Kongsikan:
  • Jika Anak Alami Penderaan Emosi Masa Kecil, Mereka Akan Membesar Seperti Ini

    Jika Anak Alami Penderaan Emosi Masa Kecil, Mereka Akan Membesar Seperti Ini

  • Anak Aktif Bercakap & Sering Emosi Antara Bukti Anda Adalah Ibu Bapa Yang Terbaik

    Anak Aktif Bercakap & Sering Emosi Antara Bukti Anda Adalah Ibu Bapa Yang Terbaik

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Jika Anak Alami Penderaan Emosi Masa Kecil, Mereka Akan Membesar Seperti Ini

    Jika Anak Alami Penderaan Emosi Masa Kecil, Mereka Akan Membesar Seperti Ini

  • Anak Aktif Bercakap & Sering Emosi Antara Bukti Anda Adalah Ibu Bapa Yang Terbaik

    Anak Aktif Bercakap & Sering Emosi Antara Bukti Anda Adalah Ibu Bapa Yang Terbaik

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.