X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Anak Suka Melekat Dengan Ayah Sebab Pandai Melayan & Tidak Berdrama Macam Ibu

4 min bacaan
Anak Suka Melekat Dengan Ayah Sebab Pandai Melayan & Tidak Berdrama Macam Ibu

Ramai yang mengakui hubungan bapa dan anak adalah lebih istimewa serta unik berbanding ibu. Namun sejauh manakah pernyataan ini adalah benar?

Proses membesarkan anak-anak merupakan cabaran terbesar buat ibu ayah. Mana tidaknya mereka perlu diterapkan dengan nilai-nilai baik setiap hari bagi membentuk keperibadian seorang anak yang hebat. Tentu sahaja ada perbezaan dalam corak didikan antara lelaki dan wanita sehingga ramai mengatakan hubungan bapa dan anak lebih ‘unik’ berbanding ibu.

Meskipun bagi rata-rata ibu mungkin agak sukar untuk menerimanya, namun kajian berjaya membuktikan bahawa anak-anak sebenarnya lebih senang apabila bersama bapa.

Baca juga: Ayah Yang Sering Baca Buku Bersama Anak Beri Kesan Unik Berbanding Ibu, Ini Faktanya!

Keunikan hubungan bapa dan anak

hubungan bapa dan anak

credit to sources

Hubungan bapa dan anak dikatakan lebih istimewa disebabkan oleh beberapa alasan ini:

#1. Si ayah penyabar dan suka melayan

Jika anda perhatikan yang suka melayan anak main adalah si ayah. Meskipun penat dengan tugas harian, dia juga lah yang sabar bermain dengan anak. Dari permainan jenis lasak sehinggalah ke masak-masak.

Ibu pergi mana masa ni? Mesti sibuk buat kerja rumah. Biasanya ketika anda melihat ayah melayan anak bermain beyblade, ibu mesti ke dapur atau jemur baju.

#2. Anak boleh miliki segala yang diinginkan ketika bersama ayah

Menurut perkongsian seorang petugas kesihatan, Siti Suryani, dia menceritakan pengalaman di kedai bersama suami dan anak-anaknya.

”Ambil mainan yang bernilai RM20 ke bawah. Abah tunggu sini. 10 minit lagi jumpa kat sini semula.” Maka anak aku dengan penuh gembira mencari jenis mainan seperti bajet poket abah dia diiringi bersama rasa tanggungjawab iaitu:

”Bawah 20 ringgit”

”Jumpa lagi 10 minit”

Diberi kepercayaan sebenarnya adalah satu perasaan besar dan bangga dalam diri anak-anak. Mereka suka orang percaya dia. Tapi kalau ibu-ibu, anda mungkin sahaja tidak beri keizinan untuk si manja melakukan perkara sedemikian. Lepas tu timbullah ayat ‘Mahal sangat tu, tiada faedah, eh yang tu sudah ada!”

#3. Ayah selalu enjoy setiap masa, ibu selalu risaukan masa depan

anak lebih rapat dengan ayah

credit to sources

Orang lelaki sebenarnya tidak banyak fikir tentang akibat. Sekarang adalah waktu sekarang.

Anak nak tolong bakar sampah, jom!

Anak nak mandi lambat, tidak mengapa.

Anak nak makan mee segera, sekali sekala. 

Kalau ibu lihat anak memanjat sahaja, kita akan jadi risau dan takut terjatuh pecah kepala. Bila anak perempuan minta nak main beyblade, cepat-cepat ibu halang sebab takut dia jadi tomboi. Serba-serbi tidak boleh kan, siapa best? Tentulah si ayah!

#4. Ayah jarang marah sebab itulah bila sekali dia naik angin jadi berkesan

”Berbuih sudah mulut minta si Aiman tolong buang sampah, kena suruh bapaknya dulu kot baru berjalan..’

Sikap wanita sememangnya terkenal dengan suka membebel terutamanya ketika berdepan dengan ragam anak-anak di rumah. Pantang suruhannya tidak dilaksanakan, pasti akan mula berleter sehingga ke malam hari.

Justeru, anak-anak sememangnya akan cenderung untuk mengikut kata si ayah yang dilihat lebih tenang ketika dalam sesuatu keadaan.

#5. Emosi ayah konsisten dan tidak banyak drama

Stories Rakan Kongsi
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
ayah dan anak

credit to sources

Kebanyakan lelaki, vocab dia sikit dan hanya akan bercakap apabila perlu sahaja. Jadi jika anda perhatikan, setiap arahan dari si ayah adalah ringkas dan tepat walaupun dia ulang sehingga 10 kali. Misalnya:

”Jom solat”

”Bila nak buat?”

”Mari makan”

Sememangnya amat jaranglah untuk kita dengar ayah naik angin kalu dia bercakap dengan anak. Walaupun si manja pelbagai ragam, dia mampu kekal tenang sampai ke sudah. Hanya ibu yang cepat naik angin (mungkin sahaja sebab banyak benda lain nak kena buat dan disiapkan dengan cepat).

Susah kalau nak tunggu-tunggu. Jadi susah ibu untuk sabar kalau dah sekali dua beri arahan yang sama dekat anak-anak.

Bukan itu sahaja, si ayah juga dikatakan tidak banyak drama seperti ibu yang sering mengatakan:

”Adik tak sayang ibu ke”

”Sampai hati kamu tidak dengar”

”Awak tidak kesian dekat ibu ke?”

Ayah sebenarnya sikit pun tidak kisah dengan sikap anak-anak kerana mereka tidak berkecil hati. Lain pula dengan ibu yang mudah merajuk dan emosi dengan perkara kecil seperti anak tidak mahu makan atau dengar cakap.

Jadi salahkah kita? Tidak, kerana kita adalah penstabil keadaan.Ying-Yang. Kalau semua boleh, tidak bagus juga. Kalau semua sporting, rosak juga. Walaupun ada perasaan sedikit cemburu kerana anak memilih untuk rapat dan bersikap terbuka dengan ayah, percayalah anda dan pasangan adalah sama-sama penting dalam hidup mereka!

Sumber: Pesona Pengantin

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Anak Suka Melekat Dengan Ayah Sebab Pandai Melayan & Tidak Berdrama Macam Ibu
Kongsikan:
  • Adakah Bapa Lebih Rapat Dan Mesra Dengan Anak Perempuan Daripada Anak Lelaki?

    Adakah Bapa Lebih Rapat Dan Mesra Dengan Anak Perempuan Daripada Anak Lelaki?

  • 4 Bukti Hubungan Erat Antara Seorang Ayah Dan Anak Perempuannya!

    4 Bukti Hubungan Erat Antara Seorang Ayah Dan Anak Perempuannya!

  • Anak Tiba-Tiba Sesak Nafas Lepas Makan Konjac Jelly, Ibu Haramkan Makanan Ini Pada Anak!

    Anak Tiba-Tiba Sesak Nafas Lepas Makan Konjac Jelly, Ibu Haramkan Makanan Ini Pada Anak!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Adakah Bapa Lebih Rapat Dan Mesra Dengan Anak Perempuan Daripada Anak Lelaki?

    Adakah Bapa Lebih Rapat Dan Mesra Dengan Anak Perempuan Daripada Anak Lelaki?

  • 4 Bukti Hubungan Erat Antara Seorang Ayah Dan Anak Perempuannya!

    4 Bukti Hubungan Erat Antara Seorang Ayah Dan Anak Perempuannya!

  • Anak Tiba-Tiba Sesak Nafas Lepas Makan Konjac Jelly, Ibu Haramkan Makanan Ini Pada Anak!

    Anak Tiba-Tiba Sesak Nafas Lepas Makan Konjac Jelly, Ibu Haramkan Makanan Ini Pada Anak!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.