TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Anak Meragam Terlalu Lama Duduk Di Rumah? Mereka Mungkin Sedih Rindukan Waktu Dahulu!

4 min bacaan
Anak Meragam Terlalu Lama Duduk Di Rumah? Mereka Mungkin Sedih Rindukan Waktu Dahulu!

Ekoran pandemik Covid-19 belum berakhir, ramai ibu ayah menyedari anak-anak mula menunjukkan perubahan sikap yang ketara apabila terpaksa duduk di rumah

Seluruh dunia terkesan akibat pandemik Covid-19. Tidak hanya golongan dewasa, anak yang masih kecil tidak memahami situasi ini turut mengalami perubahan sikap akibat terpaksa duduk di rumah bagi tempoh masa agak panjang.

Sesi persekolahan terpaksa ditunda bagi mengekang penularan virus misteri ini. Mahu atau tidak, kehidupan norma baharu hendaklah diteruskan bagi mengelakkan diri anda dan ahli keluarga menjadi mangsa seterusnya!

Perubahan sikap anak ketika duduk di rumah

perubahan tingkah laku

credit to sources

Menceritakan pengalaman yang dilalui oleh seorang ibu, Amber Sparks, dia menyedari bahawa anak perempuannya berusia 5 tahun menunjukkan perubahan sikap dan tingkah laku tidak teratur akibat pandemik Covid-19 ini.

”Dia seolah-olah tertekan, mula menjerit dan mencampakkan barang-barang yang ada disekitarnya. Dia mengamuk seperti itu lebih kurang setengah jam. Pada akhirnya dia menangis sehinggalah tertidur dengan sendiri.”

”Saya datang dan memeluknya, dengan perlahan dia mengatakan bahawa dia amat merindui sekolah dan kawan-kawan.” kongsinya.

Keluarga kecil ini tinggal di sebuah pangsapuri di kota. Sebelum ini mereka sering berjalan kaki ke taman, muzium, sekolah, restoran dan kedai buku. Namun ekoran wabak Covid-19 ini, dia dan anaknya banyak menghabiskan masa di rumah sahaja.

Menurut pensyarah psikiatri di Harvard Medical School, Christopher Willard, mengatakan kanak-kanak berasa sangat sedih disebabkan oleh mereka kehilangan rutin harian, kebebasan serta rakan-rakan.

Pengurusan emosi berbeza dengan golongan dewasa

perubahan sikap anak

credit to sources

”Anak masih kecil merasakan perkara yang sama dengan orang dewasa. Namun mereka menyatakannya dengan cara berbeza. Mereka mungkin akan menangis, mengamuk, lebih sensitif, suka menjerit dan bertengkar dengan adik-beradik.” jelasnya.

Bagi meredakan keadaan ini, ibu ayah hendaklah membantu mereka untuk lebih bertenang dan bersama-sama melalui saat sukar ini. Ia amat berkesan bagi menyokong kestabilan emosi si manja dan membuka ruang bagi mereka meluahkan perasaan. Antaranya ialah:

#1. Mencari penyebab perubahan sikap anak

Disebabkan oleh budaya kerja dari rumah yang disarankan oleh kerajaan, ibu ayah mungkin akan cuba menjaga jadual waktu siang lebih teratur, menyediakan makanan sihat di atas meja dan mengikuti setiap rutin dengan baik.

”Ia mungkin sukar bagi anak-anak sehingga boleh menjejaskan kesihatan mental mereka. Ini juga mempengaruhi kawalan impuls dan kemampuan mereka dalam mengawal emosi,” jelasnya.

Tidak dinafikan bahawa anak yang masih kecil sukakan kebebasan dan keseronokan untuk menerokai pelbagai perkara di sekitar mereka. Namun apabila hendak bermain dengan rakan-rakan yang lain, anda mungkin akan melarangnya kerana risau penularan Covid-19.

Ini secara tidak langsung membuatkan mereka tidak puas hati dan mengamuk kerana sudah terlalu lama kuarantin di dalam rumah.

#2. Kesalahan ibu ayah ketika di rumah

sikap anak ketika covid-19

credit to sources

Ibu ayah yang sibuk dengan tugasan seharian atau berdepan masalah dibuang kerja cenderung untuk berasa tertekan bagi berdepan pasangan dan anak-anak di rumah. Sesetengah daripadanya hanya diberikan sebuah telefon bimbit untuk melayan saluran Youtube atau bermain permainan atas talian.

Kesannya, mereka akan berasa lebih sunyi dan tertekan kerana ibu ayah langsung tidak meluangkan masa untuk bermain bersama. Dalam hal ini, perhatian yang diberikan oleh anda sangat penting bagi membuatkan anak berasa disayangi setiap masa.

#3. Menjadi pendengar yang baik

Sekiranya ibu ayah menyedari anak kecil anda mula menunjukkan perubahan tingkah laku, adalah lebih baik duduk berbincang dengannya. Usahlah ibu hilang sabar sehingga membuatkan keadaan bertambah buruk.

Tanyakan kepada mereka apa yang sedang dia fikirkan dan rasakan pada waktu itu bagi membolehkan anda mengetahui penyebabnya. Selain itu, cipta suasana dan aktiviti yang lebih menyeronokkan untuk mengelakkan anak  berasa bosan ketika duduk di rumah. Misalnya, adakan aktiviti belajar, mewarna, bermain air ataupun membuat kek.

Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan bakat serta pengetahuan si manja terhadap sesuatu kemahiran baharu dalam hidup mereka.

Stories Rakan Kongsi
Here’s Why Your Child’s Gut Health is Important
Here’s Why Your Child’s Gut Health is Important
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
COVID Hotspots vs Dengue Hotspots: Both Are Equally Important
COVID Hotspots vs Dengue Hotspots: Both Are Equally Important
"Demam" Avengers: Endgame Masih Belum Habis & Kini Cuti Sekolah, Apa Lagi Aktiviti Menarik Yang Anda Boleh Buat Bersama Anak?
"Demam" Avengers: Endgame Masih Belum Habis & Kini Cuti Sekolah, Apa Lagi Aktiviti Menarik Yang Anda Boleh Buat Bersama Anak?

Sumber: Cnn

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tanda-tanda anak anda STRESS!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kids
  • /
  • Anak Meragam Terlalu Lama Duduk Di Rumah? Mereka Mungkin Sedih Rindukan Waktu Dahulu!
Kongsikan:
  • Here’s Why Your Child’s Gut Health is Important
    Stories Rakan Kongsi

    Here’s Why Your Child’s Gut Health is Important

  • Alergi Kanak-Kanak: Jenis Alahan, Simptom & Cara Mengatasi Dengan Berkesan

    Alergi Kanak-Kanak: Jenis Alahan, Simptom & Cara Mengatasi Dengan Berkesan

  • Cara Ajar Anak Menunggang Basikal: Bila Waktu Yang Sesuai, Persediaan & Tips Keselamatan

    Cara Ajar Anak Menunggang Basikal: Bila Waktu Yang Sesuai, Persediaan & Tips Keselamatan

  • Here’s Why Your Child’s Gut Health is Important
    Stories Rakan Kongsi

    Here’s Why Your Child’s Gut Health is Important

  • Alergi Kanak-Kanak: Jenis Alahan, Simptom & Cara Mengatasi Dengan Berkesan

    Alergi Kanak-Kanak: Jenis Alahan, Simptom & Cara Mengatasi Dengan Berkesan

  • Cara Ajar Anak Menunggang Basikal: Bila Waktu Yang Sesuai, Persediaan & Tips Keselamatan

    Cara Ajar Anak Menunggang Basikal: Bila Waktu Yang Sesuai, Persediaan & Tips Keselamatan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham