"Demam" Avengers: Endgame Masih Belum Habis & Kini Cuti Sekolah, Apa Lagi Aktiviti Menarik Yang Anda Boleh Buat Bersama Anak?

lead image

Buat ibu ayah yang peminat tegar Avengers:Endgame, inilah masanya untuk luangkan lebih banyak masa dengan anak, sambil berseronok!

Menghabiskan masa melakukan aktiviti bersama anak dan keluarga adalah sangat penting kerana kita sering sibuk dan menghabiskan banyak masa dengan kerja hingga kadang-kadang kita terlupa tentang kehidupan peribadi. 

Menurut kajian yang dijalankan Canadian Social Trends, seorang pekerja hanya menghabiskan masa bersama keluarga kurang dari 45 minit!

Pasti anda tidak mahu meluangkan sedikit masa sahaja dengan keluarga dan anak-anak, kan? Jika banyak masa dihabiskan dengan bekerja, maka anda terleka dan mensia-siakan segala peluang yang ada untuk bersama si manja.

Bila mereka sudah besar, pasti anda tertanya-tanya apakah yang telah anda lakukan semasa mereka masih kecil. 

Jika anda penggemar filem siri Avenger, dan masih belum habis “demam” Avenger: Endgame (walaupun lepas menontonnya beberapa kali bersama anak), pasti anda tertanya-tanya, aktiviti apa lagi yang boleh dibuat bersama anak pada cuti sekolah ini?

Berikut ada beberapa cara untuk melakukan aktiviti bersama anak anda:

Tempat Menarik Cuti Sekolah Ini: 4 Cara Untuk Melakukan Aktiviti Bersama Anak 

#1 Tonton semula filem Avenger: Endgame bersama anak!

tempat menarik cuti sekolah, cuti sekolah, aktiviti cuti sekolah dengan anak, aktiviti cuti sekolah percuma, aktiviti cuti sekolah tadika, aktiviti cuti sekolah 2019

Pertama sekali, kami faham… bukan senang nak jumpa aktiviti yang menyeronokkan bersama anak dan dinikmati oleh ibu bapa.

Apabila umur kian meningkat, anda juga agak malas nak ke taman permainan atau main permainan outdoor bersama anak.

Tapi, jangan jadikan benda ini sebagai satu alasan! Kalau anda suka meluangkan masa untuk menonton wayang bersama anak, tiada salahnya jika anda bawa mereka menonton filem Avenger: Endgame semula! Pasti anak anda berasa gembira.

#2. Berikan pujian pada anak atas pencapaian yang diperolehinya 

tempat menarik cuti sekolah, cuti sekolah, aktiviti cuti sekolah dengan anak, aktiviti cuti sekolah percuma, aktiviti cuti sekolah tadika, aktiviti cuti sekolah 2019

Selain itu, anda juga perlu bersikap positif dengan anak dan tidak lokek untuk memberi pujian pada kejayaan mereka. Contohnya kalau anak tolong mengemas rumah anda boleh memuji kerajinannya itu dan katakan anda sangat bangga memiliki anak sepertinya. 

#3. Berbual dengan anak dan main lakon semula (roleplay)

Kadang-kadang anak memang tidak suka mendengar ibu berleter, tapi mereka suka jika ibu dan ayah menasihati dengan cara yang berlemah lembut. 

Paling tidak anda harus meluangkan masa berbual dengan mereka hingga anak tidak segan untuk berkongsi cerita tentang apa yang mereka suka atau aktiviti yang dilakukan sepanjang hari. 

Selain itu, alang-alang anda sudah berbual dengan anak, apa salahnya jika kalian bermain sama-sama, kan? Antara permainan yang paling anak-anak suka adalah permainan lakon semula atau roleplay.

Apa kata kalian melakonkan watak dalam filem Avenger: Endgame juga? Kami yakin anda pun mesti nak sangat berlakon menjadi Thor, Captain America atau Iron Man, kan?

#4. Belajar meluangkan masa 

Paling tidak pun, ibu ayah perlu bijak meluangkan masa dengan anak dan tolak ke tepi sekejap hal-hal kerja. Selain membawa anak ke taman permainan, menyambut ulang tahun hari jadi atau menyanyikan lagu kegemaran si manja semasa tidur, ada satu lagi aktiviti yang paling menarik. Nak tahu apa? 

Biasalah rakyat Malaysia kalau sebut tentang membeli belah tentunya akan mencari lokasi dengan potongan harga yang berpatutan. Terutamanya kalau ia melibatkan pakaian, permainan mahupun alatan sekolah yang berjenama. 

Jadi, tidak salah kalau nak menghiburkan hati anak dengan membawa mereka ke Children Fair di Parkson yang bermula pada 15 Mei hingga 2 Jun 2019 ini!

Anda memang tidak akan menyesal membawa anak-anak meluangkan masa di Children Fair anjuran Parkson kerana di sana, terdapat pelbagai permainan Avenger: Endgame dan alat tulis yang amat menarik dan berguna untuk anak anda! 

Biasanya kalau kita membawa anak ke gedung membeli-belah yang lain, kita hanya dapat potongan harga lebih kurang 10% ke 30 % sahaja. Malah bukan semua barang atau permainan ada mempunyai potongan harga tetapi barangan terpilih atau stok lama sahaja yang diberikan. 

Namun, lain pula dengan Children Fair Parkson ini kerana mereka menampilkan potongan harga yang sangat hebat sehingga mencecah 70%. Seronok,kan? Anak-anak tentu teruja bila ibu ayah membawa mereka bershopping sakan di Children Fair Parkson ini! 

Aktiviti bersama anak dengan membeli-belah permainan Avenger: End Game dan alat tulis di Children Fair, Parkson 

tempat menarik cuti sekolah, cuti sekolah, aktiviti cuti sekolah dengan anak, aktiviti cuti sekolah percuma, aktiviti cuti sekolah tadika, aktiviti cuti sekolah 2019

Kredit gambar: The Star

Children Fair di Parkson menampilkan semua pakaian berjenama kanak-kanak yang comel dengan potongan harga yang sangat hebat. Pendek kata kalau anda datang bersama anak dengan tangan kosong dan anda akan pulang dengan tangan penuh!

Memang rambang mata dan semua rasa nak beli. 

Dalam celoteh panjang lebar ini, tentu anda tertanya-tanya barang apa yang mempunyai ada promosi dan potongan hebat itu, betul tak? 

Pertamanya adalah pakaian kanak-kanak seperti skirt, pakaian renang, t-shirt, blaus, aksesori, jam tangan, aksesori kepala, kasut, beg galas, seluar panjang, seluar pendek, baju tidur dan lain-lain. 

Kemudian, kalau anak anda jenis yang suka bergaya macho, maka di parkson ada juga bahagian yang menawarkan pakaian anak yang telah dipadankan bersama t-shirt dan seluar panjang. Maka anda tidak perlu pening kepala nak matching-matching baju mereka. Mudah kan? 

tempat menarik cuti sekolah, cuti sekolah, aktiviti cuti sekolah dengan anak, aktiviti cuti sekolah percuma, aktiviti cuti sekolah tadika, aktiviti cuti sekolah 2019

Tak cukup dengan itu sahaja, bagi kanak-kanak yang menyukai denim, Parkson ada juga perkenalkan “Young Denim” dengan potongan harga pada skirt, t-shirt, jeans dan aksesori.

Kemudian pelanggan akan mendapat Kickers Leather Keychain dengan pembelian bernilai RM150 ke atas dalam satu resit belian. Selain itu, pakaian tidur anak juga menawarkan potongan harga 10% ke 20%.

Terdapat beberapa pilihan kasut anak yang selesa, comel dan mempunyai pelbagai rekaan menarik seperti sandal, selipar, but, kasut sarung dan banyak lagi. 

Tidak dilupakan, Children Fair di Parkson ini juga ada Toys and Stationery dengan potongan harga yang sangat murah dan berbaloi. Kalau anda tidak membelinya untuk anak, memang rugilah! 

Barang kanak-kanak itu terdiri daripada alat permainan, botol air, backpack, Avengers End Game notebook, bamboo plate with compartments, Barbie play set, Thomas & Friends, water colours, crayon, kitchen playset dan banyak lagi. 

Jadi, inilah masa yang ditunggu-tunggu dan peluang keemasan untuk anda meluangkan masa bersama anak-anak dengan berkunjung ke Children Fair, Parkson. Apa tunggu lagi, jom serbu Parkson bermula hari ini! 

Parkson Website: http://www.parkson.com.my/mailer-detail?contenttype=Mailer&type=&content=658
Parkson Facebook: https://www.facebook.com/parkson
Parkson Instagram: https://www.instagram.com/parksonmalaysia/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!