Dalam ilmu kekeluargaan yang diajarkan dalam Islam, perbuatan mungkir janji terhadap anak kecil adalah sangat dilarang dan mendatangkan dosa.
Hal ini kerana setiap kata-kata janji yang ditaburkan akan memberi pengharapan yang besar kepada anak yang telah menerima janji. Siapa sahaja tidak gembira apabila dijanjikan untuk menikmati hidangan ayam KFC atau aiskrim?
Pasti anak-anak berasa sangat teruja dan berusaha mengikuti segala arahan yang diberikan agar ibu ayah dapat memenuhi setiap janji yang telah dikotakan.
Kesan mungkir janji pada anak
foto: Country Financial
Perbuatan mungkir janji kepada anak-anak sebenarnya boleh memberikan kesan negatif kepada perkembangan anak-anak untuk menjadi seorang yang baik kerana mereka telah memiliki rasa marah, dendam dan kecewa kerana memperoleh ibu ayah yang tidak jujur.
Menurut perkongsian akaun Facebook milik Dr. Taufiq Razif, beliau telah menegur cara ibu ayah yang mengambil mudah akan perjanjian yang telah dibuat dengan anak-anak.
Antara kesan yang boleh terjadi akibat perbuatan mungkir janji ini ialah:
#1. Anak meletakkan kepercayaan yang tinggi
Mengikut teori psikosial Erik Erikson, usia anak sejak lahir hingga 1 tahun dipanggil sebagai Fasa Trust Versus Mistrust iaitu pada usia ini anak mula belajar untuk mempercayai ibu ayah sepenuhnya.
Sebab itulah kadang-kadang anda mendapati bahawa anak sukar untuk berenggang dengan anda dan ada ketikanya mereka akan menangis jika orang lain ambil untuk mendukungnya.
Bukan itu sahaja, anak juga akan menilai sendiri cara ibu ayah membesarkan mereka serta menentukan cara anak untuk mempercayai dunia di sekelilingnya.
#2. Perubahan tingkah laku
Jika anda terbiasa menaburkan janji-janji yang kosong, ia akan memberikan keburukan kepada hubungan anda dan anak kerana mereka mula hilang rasa percaya.
Tidak hairanlah jika mereka mula kuat meragam atau menunjukkan tingkah laku yang penuh kekerasan kerana mereka tidak memperolehi perkara seperti yang telah diucapkan.
Selain itu jika anda mendapati anak mula melakukan kesalahan disiplin seperti menganggu adiknya, adalah baik jika anda menyemak kembali punca sebenar yang mengubah sikap mereka. Mungkin bagi sesetengah anak akan wujudnya perasaan dendam disebabkan oleh kepercayaannya telah dikhianati.
#3. Memberi gangguan terhadap emosi
credit to sources
Sebagai ibu ayah yang baik, anda perlu memastikan bahawa umur anak 1 tahun ke atas perlu dititipkan dengan nilai-nilai murni yang baik agar mereka boleh menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan apabila semakin dewasa.
Perkara normal dalam membesarkan anak-anak adalah mereka akan berasa sedih jika keinginannya tidak dipenuhi.
Dalam hal ini, jika anda meminta tolong anak untuk mengemas setiap mainan atau menjaga adiknya dengan baik dengan menawarkan ganjaran, maka jangan buat-buat lupa untuk menunaikannya.
Hal ini kerana setiap kata-kata dari ibu ayah sebenarnya membuatkan anak meletakkan harapan yang tinggi sehingga mereka mampu mengingati setiap janji-janji yang anda telah taburkan pada minggu yang lalu.
#4. Sukar menerima arahan
Anda sering berhadapan dengan anak berubah menjadi degil dan tidak mendengar arahan dari anda? Mungkin ia salah satu kesan akibat sikap anda yang sering mungkir janji.
Sebenarnya anak akan menjadi seorang yang baik jika anda juga memberikan layanan yang baik terhadap mereka serta bercakap perkara yang penuh dengan kebaikan.
Jika anak sudah mula menunjukkan belang, mungkin mereka akan memberikan sedikit beban kepada anda kerana anak-anak akan memilih untuk menjadi bebas, tidak melakukan sebarang kerja rumah dan mula berani untuk mencabar kesabaran anda.
#5. Terpaksa mengambil sendiri
foto: cnn indonesia
Meskipun bagi anda, anak-anak masih kecil dan tidak mengetahui tentang apa-apa. Namun, anda perlu sedar bahawa memori mereka cukup kuat untuk mengingati setiap perkara yang berlaku dalam seharian.
Dalam hal ini, jika anda telah mungkir janji untuk memberikan anak duit sebanyak RM1 kerana telah membantu membersihkan kawasan rumah, jangan terkejut jika lama-kelamaan anak terpaksa ‘mengambilnya’ sendiri dari beg anda.
Fikirkan kembali jika tabiat ‘tangan panjang’ ini menjadi kebiasaan dalam hidup anak-anak. Mungkin mereka turut berani untuk mengambil barang orang lain sesuka hati sahaja!
#6. Mula bohong ‘sunat’
Jangan pandang remeh apabila anak mula belajar berbohong melalui siri-siri bohong sunat yang mereka belajar dari ibu ayahnya. Sebenarnya, kebanyakan anak kecil menipu adalah untuk mengelakkan diri dari kena marah atau hukuman dari anda.
Lama-lama mereka akan hilang integriti dalam diri dan tidak mustahil untuk melakukan perkara yang lebih besar seperti meniru ketika peperiksaan, menipu guru atau rakan-rakan.
#7. Hilang percaya
Kajian dari Massachusetts Institute of Technology (MIT) menunjukkan bahawa anak yang selalu diberi ‘janji kosong’ atau ditipu oleh ibu ayahnya akan hilang kepercayaan pada orang tua mereka.
Anda perlu sedar bahawa perkara asas kepada hubungan ibu ayah dan anak ialah berdasarkan kepercayaan. Jika ia hilang, mereka tidak akan menaruh harapan dan mula mencari kawan yang dirasakan lebih menyenangkan.
Sumber: Taufiq Razif
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Baca juga:
https://my.theasianparent.com10-sikap-ibu-bapa-beri-kesan-buruk-anak
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!