X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

‘’Bapa Borek, Anak Rintik’’- Ayah Jangan Macam-Macam, Anak Ikut Tingkah Laku Anda!

4 min bacaan
‘’Bapa Borek, Anak Rintik’’- Ayah Jangan Macam-Macam, Anak Ikut Tingkah Laku Anda!

Sebagai ibu bapa, anda bertanggungjawab dalam mencorakkan keperibadian anak. Dengan cara sebegini, anak-anak dapat belajar untuk menjadi insan yang baik

Didikan awal yang diterapkan dalam diri agar anak belajar menjadi anak yang baik perlu ditekankan oleh ibu ayah seawal usia yang boleh.

Semua ibu bapa pastinya mengharapkan anak dilahirkan menjadi insan yang berguna. Tidak hanya cemerlang dalam akademik di sekolah sahaja, tetapi turut cemerlang dalam aspek sahsiah diri.

Dalam hal ini, pembelajaran anak tidak hanya datang dari pendidikan formal yang diajar di sekolah sahaja. Namun, mereka juga belajar melalui pemerhatian terhadap tingkah laku dan sikap yang ditonjolkan oleh ibu ayah.

Anak belajar dari tingkah laku ayah

anak belajar melalui ayah

Credit to sources

Ayah, sedarkah anda bahawa anak boleh belajar sesuatu melalui perwatakan yang dibawa oleh anda? Antaranya ialah:

#1. Mengawal emosi

Sekiranya anda berada dalam keadaan yang penuh tekanan ataupun kecemasan, biasanya anda masih boleh bertenang dan membuat keputusan dengan baik.

Melalui sikap ini, anak juga akan belajar untuk memilih keputusan secara rasional biarpun dirinya sedang dikuasai dengan pelbagai emosi.

#2. Belajar tentang kasih sayang

Ibu adalah insan yang paling rapat dengan anak. Jika anda melayan isteri dengan penuh hormat dan penuh lemah lembut, pasti anak-anak menjadi lebih menghargai ibu mereka.

Namun jika anda sering memperkecilkan keupayaan pasangan dan selalu bercakap kasar tanpa memikirkan perasaannya, maka anak juga akan lebih cenderung untuk melakukan perkara yang serupa.

Apabila anak makin dewasa, jangan pula anda tanyakan mengapa anak sering bertindak kasar terhadap anda dan pasangan.

Hakikatnya, mereka menjadi pemerhati secara diam. Anak-anak akan memantau setiap kelakuan yang kita tonjolkan dan yang paling berbahaya sekali adalah anak akan meniru setiap perkara!

#3. Kemahiran berunding

anak belajar melalui ayah

Credit to sources

Sewaktu anda bersama dengan ibu, mereka sering dimanja-manjakan.

Minta sahaja apa-apa dengan ibu, pasti isteri anda akan mendapatkannya kerana

Dengan mak, anak anak ni boleh mintak apa apa je sebab mereka boleh memanipulasi ibu dengan lebih mudah berbanding ayah.

Kebiasaannya, seorang ayah akan lebih bersifat Authoritative.  Dalam memujuk ayah, mereka akan mengatur strategi dan cara yang lebih halus.

Melalui cara ini, anak belajar kemahiran berunding dalam memperoleh sesuatu yang mereka inginkan.

#4. Belajar mengikut arahan

Sikap seorang ayah yang baik adalah lebih ringkas, jelas dan tegas.

Kebiasaannya, ibu sudah merasakan sangat puas hati jika satu daripada 10 arahannya dipatuhi oleh ahli keluarga.

Namun, tidak sama dengan arahan seorang ayah. Sekiranya anak tidak mematuhi keseluruhan arahan yang disuruh, ia dianggap sebagai melawan bersedia untuk dihukum.

#5. Kemahiran melindungi

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Seperti seorang penyelamat, anda sering dianggap pelindung kepada seluruh ahli keluarga kerana sifat semulajadi yang telah tersedia.

Sekiranya anak atau isteri jatuh sakit, andalah orang yang akan membawa mereka ke hospital.

Seorang ayah akan melindungi isteri dan keluarga selamat dari pelbagai ancaman orang luar mahupun kemalangan yang tidak diingini berlaku.

Dari sini, anak belajar untuk menjadi pelindung kepada keluarganya sendiri setelah mereka dewasa kelak.

#6. Cara ayah berinteraksi

anak meniru perilaku ayah

Credit to sources

Tidak hanya tingkah laku sahaja anak akan memerhatikan ayah, tetapi juga setiap tutur kata yang keluar dari mulut anda.

Contohnya, jika anda bersikap buruk terhadap pelayan restoran atau penjaga kaunter di tandas awam, anak akan meniru cara anda menghina mereka.

Namun jika anda sering mengucapkan kata-kata yang sopan dan menjaga adab dengan orang sekeliling, pasti anak akan melakukan perkara yang sama.

Malah, mereka belajar untuk lebih bijak dalam menghormati perbezaan orang di sekelilingnya.

#7. Mematuhi undang-undang

Pernahkah anda melanggar lampu isyarat atau membuang sampah dari kenderaan?

Kadangkala kita tidak menyedari bahawa perkara yang dianggap kecil ini turut memberikan impak negatif kepada anak-anak.

Sekiranya anda tidak sengaja melakukan kesalahan undang-undang dihadapan anak, pastikan anda tidak lupa untuk menerangkan semula supaya anak tidak mencontohi sikap ini.

Tiada anak yang sempurna. Biarpun anda memiliki anak yang berkelakuan baik, namun pastinya akan ada juga waktu mereka membuat perangai.

Ibu ayah sentiasa ingat, kalau anak sering berkelakuan teruk, semak dulu diri anda kerana biasanya anak mengikut perangai orang yang paling dekat dengannya.

Sekiranya ada sikap yang kurang baik dalam diri anda, segera mengubahnya kerana ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Renung-renungkan ya!

Sumber: Pa&Ma

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Bapa Borek, Anak Rintik- Ayah Jangan Macam-Macam, Anak Ikut Tingkah Laku Anda!

Baca juga:

10 Perangai Anak Yang Ibu Bapa Sangka Nakal Namun Sebenarnya Tidak

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • ‘’Bapa Borek, Anak Rintik’’- Ayah Jangan Macam-Macam, Anak Ikut Tingkah Laku Anda!
Kongsikan:
  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Aqiqah Untuk Anak Perempuan: Panduan Lengkap Berserta Niat & Caranya

    Aqiqah Untuk Anak Perempuan: Panduan Lengkap Berserta Niat & Caranya

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Aqiqah Untuk Anak Perempuan: Panduan Lengkap Berserta Niat & Caranya

    Aqiqah Untuk Anak Perempuan: Panduan Lengkap Berserta Niat & Caranya

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham