X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Panduan Diet Pemakanan Untuk Anak Obesiti @ Terlalu Gemuk, #5 Paling Kena Elak!

4 min bacaan
Panduan Diet Pemakanan Untuk Anak Obesiti @ Terlalu Gemuk, #5 Paling Kena Elak!

Diet pemakanan untuk anak obesiti atau terlalu gemuk hendaklah dikawal bermula dari rumah. Jika dibiarkan, masalah ini boleh menjejaskan kesihatan mereka

Anak yang gemuk atau tembam sering menjadi perhatian orang sekeliling kerana dianggap begitu comel dan sedap dipeluk. Walau bagaimanapun, jika keadaan ini berlanjutan sehingga dia memasuki alam persekolahan, ibu-ibu mungkin perlu mula mengatur diet pemakanan harian yang lebih sihat.

Mungkin pada awalnya agak sukar untuk menentukan anak mempunyai berat badan berlebihan ataupun tidak kerana proses tumbesaran mereka adalah pada kadar berbeza.

Baca juga: Anak Gemuk & Kuat Makan Belum Tentu Sihat, Ia Boleh Menganggu Perkembangan Otak!

Tips diet pemakanan untuk anak obesiti

pemakanan anak obesiti

credit to sources

Sebenarnya, Indeks Jisim Tubuh (IJT) seseorang boleh dikira dengan mengukur berat badan relatif kepada ketinggian bagi mengenal pasti anak kurang berat badan, normal atau berlebihan berat badan.

Jika anak mempunyai berat badan yang berlebihan atau obesiti, ibu bolehlah mengamalkan konsep diet pemakanan harian yang lebih sihat bagi mengawal masalah ini.

#1. Jangan abaikan sarapan

Sarapan yang sihat dapat membekalkan tenaga mencukupi bagi anak melalui rutin setiap hari setelah mereka ‘berpuasa’ ketika waktu tidur antara jam 9 hingga 11 selepas makan malam.

Sekiranya si manja anda tidak menikmati sarapan pagi, ia boleh menyebabkan pengambilan makanan secara berlebihan ketika waktu makan seterusnya. Antara yang dicadangkan ialah 1 biji telur goreng (digoreng menggunakan sedikit minyak), 1 keping roti gandum, 1 biji oren dan 1 cawan susu.

#2. Mengurangkan jumlah lemak dalam diet pemakanan

makanan anak obesiti

credit to sources

Salah satu cara yang terbaik bagi mengawal kalori anak adalah mengurangkan lemak seperti menukarkan hidangan bergoreng kepada kukus atau rebus, menyediakan ayam tanpa kulit serta menggunakan daging tanpa lemak.

Bijirin dan roti atau tanpa lemak juga merupakan pilihan yang baik. Ibu ayah hendaklah berusaha membuat perubahan kecil dalam jumlah lemak diet keluarga kerana ia mampu memberikan kesan yang besar terhadap kesihatan anak-anak.

#3. Amalkan konsep Pinggan Sihat Malaysia

Konsep ini menekankan jumlah makanan iaitu 1/2 pinggan sayur dan buah, 1/4 pinggan produk bijirin penuh dan 1/4 pinggan ikan, daging atau ayam. Ibu juga boleh menetapkan sukatan yang bersesuaian dalam pinggan kecil dan jangan lupa memastikan si manja menikmati 2 gelas susu setiap hari.

Sekiranya masih lapar, minta anak habiskan sayur, buah dan minum air masak. Apa yang penting ialah perlu mengelakkan ahli keluarga dari makan secara berlebihan.

#4. Jangan mengehadkan pengambilan makanan harian

Sebenarnya ibu ayah tidak patut mengehadkan pengambilan makanan harian bagi menurunkan berat badan, melainkan atas nasihat pakar. Jika anda sesuka hati mengehadkan pemakanan anak-anak, ia boleh menjejaskan proses tumbesaran mereka.

Justeru, adalah penting untuk mempelbagaikan makanan secara lebih sihat berdasarkan kumpulan makanan dalam Piramid Makanan Malaysia iaitu makanan tinggi lemak dan gula diambil sedikit, kumpulan susu, daging, kacang harus diambil sederhana dan sebahagian menu diet untuk anak obesiti ialah datangnya dari kumpulan bijirin.

#5. Jangan menggunakan makanan sebagai ganjaran

menu diet anak obesiti

credit to sources

Sesetengah ibu ayah ‘mengumpan’ anak untuk lebih dengar kata dengan pelbagai makanan yang kurang sihat seperti kentang goreng, makanan manis dan pencuci mulut (aiskrim, kek atau biskut coklat). 

Ini kesilapan yang sering anda lakukan tanpa sedar, ia boleh membiasakan diri anak dengan pengambilan makanan tidak sihat sehingga boleh menjejaskan kesihatan mereka.

#6. Segala-galanya lebih baik disediakan di rumah

Meskipun agak sibuk, ibu hendaklah berusaha untuk memasak di rumah dengan lebih kerap. Dengan cara ini, anda dapat mengawal penggunaan bahan-bahan seperti minyak, gula dan garam dalam setiap hidangan masakan.

Stories Rakan Kongsi
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
Tips Untuk Membesarkan Anak Dengan Sihat & Ceria, Ibu Ayah Wajib Ambil Tahu 5 Perkara Ini
Tips Untuk Membesarkan Anak Dengan Sihat & Ceria, Ibu Ayah Wajib Ambil Tahu 5 Perkara Ini

Selain itu, pengambilan makanan segera dan snek kurang sihat seperti keropok atau makanan bergoreng boleh dikurangkan. Bukan itu sahaja, apabila anda keluar berjalan-jalan, boleh juga bawa bekalan snek sihat seperti buah segar.

Tidak salah untuk menikmati makanan di restoran, namun pastikan ia bukanlah restoran makanan segera. Kesannya, si manja akan belajar dan terbiasa apabila makan di luar juga perlu sihat seperti makan di rumah.

#7. Tidur yang mencukupi dan sentiasa aktif

Kajian mendapati bahawa terdapatnya hubung kait antara tabiat kurang tidur dengan berat badan berlebihan. Ini kerana apabila anak tidak memperoleh waktu tidur yang menckupi, ia boleh menjejaskan mood dan tingkah laku seharian.

Di samping itu, ibu ayah perlu memberi kebebasan kepada anak sekurang-kurangnya 40 hingga 60 minit dengan aktiviti izikal berintensiti sederhana dan tinggi. Mereka boleh meneroka sekeliling, menerima pelbagai rangsangan serta membantu perkembangan otak.

Hadkan waktu menonton dan bermain gajet. Jangan biarkan mereka meluangkan banyak masa di hadapan televisyen, komputer atau telefon pintar yang membuatkan anak duduk dan berbaring dalam tempoh lama.

Sumber: Mypositive parenting

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Nak Elak Anak Jatuh Sakit, Ibu Ayah Kena Ajar Mereka Makan Makanan Sihat Sejak Kecil

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kanak-Kanak
  • /
  • Panduan Diet Pemakanan Untuk Anak Obesiti @ Terlalu Gemuk, #5 Paling Kena Elak!
Kongsikan:
  • Garis Panduan Diperlukan untuk Menangani Obesiti Di Kalangan Kanak Kanak

    Garis Panduan Diperlukan untuk Menangani Obesiti Di Kalangan Kanak Kanak

  • Anak Gemuk & Kuat Makan Belum Tentu Sihat, Ia Boleh Menganggu Perkembangan Otak!

    Anak Gemuk & Kuat Makan Belum Tentu Sihat, Ia Boleh Menganggu Perkembangan Otak!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Garis Panduan Diperlukan untuk Menangani Obesiti Di Kalangan Kanak Kanak

    Garis Panduan Diperlukan untuk Menangani Obesiti Di Kalangan Kanak Kanak

  • Anak Gemuk & Kuat Makan Belum Tentu Sihat, Ia Boleh Menganggu Perkembangan Otak!

    Anak Gemuk & Kuat Makan Belum Tentu Sihat, Ia Boleh Menganggu Perkembangan Otak!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.