TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Anak Gemuk & Kuat Makan Belum Tentu Sihat, Ia Boleh Menganggu Perkembangan Otak!

4 min bacaan
Anak Gemuk & Kuat Makan Belum Tentu Sihat, Ia Boleh Menganggu Perkembangan Otak!

Memiliki anak yang gemuk dan chubby mungkin kelihatan sangat comel. Namun, tahukah anda ia sebenarnya boleh menjejaskan kemampuan mereka untuk berfikir?

Jika si manja kelihatan kurus, dikatakan tidak cukup makan. Tapi bila anak gemuk, mula naik geram dan mencubit-cubit pipinya yang tembam. Bukan itu sahaja, orang sekeliling mungkin suka peluk kerana menganggap anak seolah-olah bantal tidur.

Tidak dinafikan setiap ibu ayah ingin membekalkan makanan yang terbaik untuk anak-anak di rumah. Jika sekiranya mereka mula menunjukkan peningkatan selera dan menyukai makanan berat, anda mungkin perlu mengawalnya dengan segera.

Kesan anak gemuk dan berlebihan berat badan

kesan anak gemuk

credit to sources

Makan terlalu kerap dalam kuantiti yang banyak mampu mendorong pertambahan berat badan. Jika masalah ini tidak dibendung sejak anak masih kecil, potensi untuk mengalami obesiti adalah sangat tinggi apabila mereka dewasa kelak.

Menurut kajian dari University of Vermont di Amerika Syarikat, pola makanan yang tidak sihat sehingga menyebabkan berlakunya obesiti berkait rapat dengan kemampuan anak untuk membuat sebarang keputusan.

Pengkaji turut melakukan pemerhatian bagi mengetahui sejauh mana masalah kegemukan boleh mempengaruhi keupayaan otak untuk berfungsi. Ia menggunakan data 10,000 orang kanak-kanak dan remaja yang dikumpul oleh National Institute of Health dan mereka dipantau selama 10 tahun.

Setiap dua tahun sekali, para pengkaji melakukan temu bual, ujian untuk berfikir dan mengambil sampel darah.

Hasilnya, anak gemuk dengan berat badan berlebihan memiliki perkembangan otak yang terhad. Mereka memiliki indeks massa tubuh (IMT) tinggi cenderung memiliki celebral cortex lebih nipis, terutamanya pada bahagian prefontral otaknya.

Adakah masalah obesiti merosakkan perkembangan otak anak?

anak obesiti

credit to sources

Masalah berat badan berlebihan dapat mempengaruhi perkembangan otak anak-anak. Namun ia tidak bermakna otak si manja boleh menjadi rosak.. Hasil kajian awal tidak begitu jelas dan perlu dikaji semula adakah obesiti atau penipisan cortex otak terjadi terlebih dahulu.

Para pengkaji menduga bahawa perubahan struktur otak pada anak yang mengalami obesiti disebabkan oleh keradangan dan sekaligus mempengaruhi perkembangan sel otak.

Manakala cortex celebral yang nipis berupaya menganggu kemampuan anak dalam membuat keputusan termasuklah pemilihan pola makanan. Hal ini menyebabkan mereka tidak menyukai sayur dan buah, tetapi lebih cenderung mengambil makanan tinggi gula, garam dan lemak trans.

Sekiranya ibu ayah tidak mengawasi pengambilan makanan ini, anak-anak akan terbiasa dengan pemakanan tidak sihat serta sukar untuk mengubah tabiat ini kerana ia diajar sejak kecil lagi.

Tips mengelakkan kesan buruk masalah berat badan berlebihan pada anak

anak kuat makan

credit to sources

Tanpa bimbingan dan kawalan dari ibu ayah, pola makan yang keliru ini dapat berlanjutan sehinggalah anak menginjak usia dewasa. Masalah obesiti akan bertambah serius dan ‘menjemput’ pelbagai gangguan kesihatan untuk jangka panjang.

Namun, anda boleh mencegah keadaan ini dengan mengajak si manja menjalani pola makanan sihat. Antara langkah yang dapat dilakukan ialah:

  • Menyediakan snek yang menyihatkan
  • Memberikan makanan mengikut keperluan
  • Mempelbagaikan sayur dan buah di rumah
  • Menyediakan variasi protein seperti daging, ayam, telur dan kekacang.
  • Membiasakan anak minum banyak air kosong.
  • Mengurangkan makanan tinggi gula dan lemak trans

Sekiranya anda mendapati anak mula berselera tinggi ketika makan, ia adalah sesuatu yang normal. Adalah lebih selamat jika anda menitikberatkan penyediaan menu memasak ke arah lebih sihat dengan nutrisi optimum seperti sedikit nasi, sayur, lauk dan buah.

Elakkan menyimpan stok makanan manis seperti snek tidak berkhasiat, bertih jagung ataupun gula-gula di rumah. Bukan itu sahaja sebagai ibu ayah, anda juga perlu mengelakkan dari menikmati makanan ini di depan anak-anak.

Jadikan kepimpinan melalui teladan. Si manja akan mengikuti apa sahaja yang dilakukan oleh ibu ayah mereka. Di sinilah peranan anda dalam mengehadkan pengambilan makanan manis dan menggantikannya dengan buah-buahan, kekacang, kismis dan kurma sebagai kudapan di rumah.

Makanan sebegini bukan sahaja baik untuk kesihatan fizikal, tetapi mental juga. Anak yang aktif meneroka dunia memerlukan lebih banyak tenaga untuk membantu daya berfikir, menerima rangsangan di sekeliling dan melakukan pelbagai aktiviti dengan yakin.

Sumber: Hello Sehat

Kredit foto: Google

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Stories Rakan Kongsi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak

https://my.theasianparent.combahaya-makan-malam

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Anak Gemuk & Kuat Makan Belum Tentu Sihat, Ia Boleh Menganggu Perkembangan Otak!
Kongsikan:
  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham