X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Kenapa Anak Tidak Respon Bila Dipanggil? Ini 7 Punca Yang Ibu Ayah Perlu Tahu, JANGAN Panik!

4 min bacaan
Kenapa Anak Tidak Respon Bila Dipanggil? Ini 7 Punca Yang Ibu Ayah Perlu Tahu, JANGAN Panik!

Anak tidak respon bila dipanggil? 1. Anak terlalu fokus dengan aktiviti 2. Pendengaran anak mungkin bermasalah 3. Anak Ada Ciri-Ciri Autisme

Pernah tak alami situasi bila kita panggil anak berkali-kali, tapi dia buat tak tahu? Terus sambung main, tengok TV atau pandang ke arah lain. Sebenarnya, ada banyak sebab kenapa anak tidak beri respon bila dipanggil.

▲▼Isi Kandungan

  • Sebab Anak Tidak Respon Bila Dipanggil
  • Bila Perlu Jumpa Pakar?

Sebab Anak Tidak Respon Bila Dipanggil

Antara sebab kenapa anak tidak respons bila dipanggil mungkin berpunca daripada faktor perkembangan, emosi atau persekitaran mereka sendiri. Ini adalah termasuk: 

1. Anak Terlalu Fokus Dengan Aktiviti

Kadang-kadang, anak terlalu fokus main hingga tak sedar pun kita panggil. Ini dipanggil hyperfocus dan sebenarnya normal pada usia awal kanak-kanak.

Otak mereka belum cukup matang untuk memproses banyak rangsangan serentak.

2. Pendengaran Anak Mungkin Bermasalah

Salah satu kemungkinan yang perlu diperiksa ialah isu pendengaran. Jika anak langsung tidak respon walau dipanggil dari jarak dekat, berjumpalah pakar ENT (telinga, hidung, tekak) untuk saringan awal.

Masalah seperti glue ear atau jangkitan telinga boleh menjejaskan kemampuan mendengar.

3. Perkembangan Bahasa Anak Lewat

Jika anak belum memahami arahan atau panggilan, mungkin perkembangan bahasanya agak lambat.

Kanak-kanak dengan kelewatan bahasa sukar memproses kata-kata yang kita sebut. Jumpa speech therapist jika anak tidak menunjukkan kemajuan dalam tempoh tertentu.

4. Anak Ada Ciri-Ciri Autisme?

Anak dengan spektrum autisme mungkin tidak respon kepada nama mereka kerana kesukaran dalam interaksi sosial. Namun, perlu penilaian dari pakar perkembangan kanak-kanak untuk diagnosis yang tepat. Jangan cepat melabel, buat pemeriksaan dahulu.

5. Anak Letih Atau Mood Tidak Baik

Kadang-kadang anak kita diam bukan sebab apa-apa pun. Mereka cuma letih, lapar atau tengah bad mood. Macam kita juga bila penat sangat, kadang tak mampu nak respon semua orang.

6. Anak Suka ‘Test Power’

Advertisement

Budak pun pandai uji kesabaran ibu ayah! Ada masa mereka sengaja tak respon sebab nak tengok reaksi kita. Ini normal, dan cara kita respon balik akan beri kesan pada tingkah laku mereka seterusnya.

7. Cara Kita Memanggil Pun Penting!

Nada suara yang terlalu perlaha atau panggilan dari bilik lain mungkin tidak cukup jelas untuk tarik perhatian anak. Cuba panggil dengan nada ceria, mata bertentang mata dan panggil nama anak dengan penuh kasih sayang.

Bila Perlu Jumpa Pakar?

Sebagai ibu bapa, naluri kita selalunya kuat. Kalau rasa ada sesuatu yang ‘tak kena’ dengan tingkah laku anak, jangan abaikan.

Tapi dalam masa yang sama, elakkan juga membuat andaian sendiri tanpa penilaian yang betul.

Berikut beberapa tanda yang menunjukkan sudah tiba masanya untuk berbincang dengan pakar:

1. Jika Anak Tidak Respon Langsung Pada Bunyi Kuat

Contohnya, bila kita jatuhkan objek berat, panggil dengan suara tinggi atau ada bunyi bising sekeliling, tapi anak langsung tak berpaling atau tunjukkan reaksi terkejut.

Ini mungkin petanda awal masalah pendengaran atau isu berkaitan saraf sensori. 

2. Jika Anak Lambat Bercakap Berbanding Rakan Sebaya

Sebagai panduan umum, anak sepatutnya sudah mula menyebut perkataan mudah menjelang usia 12 hingga 18 bulan dan mula membina ayat pendek sekitar 2 tahun.

Jika anak masih belum bertutur atau hanya menggunakan isyarat tanpa cuba menyebut perkataan, mungkin ada kelewatan dalam perkembangan bahasa.

Speech therapist boleh bantu menilai dan merancang terapi yang sesuai untuk anak.

3. Jika Anak Tidak Menunjukkan Sebarang Reaksi Sosial

Perhatikan sama ada anak anda membuat eye contact, senyum balik bila kita senyum atau menunjuk ke sesuatu untuk menarik perhatian kita (joint attention).

Jika anak kurang atau langsung tidak menunjukkan tingkah laku ini, ia mungkin petunjuk awal ciri-ciri gangguan spektrum autisme (ASD). Pakar perkembangan kanak-kanak atau psikologi kanak-kanak boleh membantu melakukan saringan dan penilaian secara profesional.

Jangan takut untuk dapatkan pendapat profesional. Lebih awal kita bertindak, lebih mudah untuk bantu anak berkembang dengan sihat.

Ibu ayah, penting untuk kita observe dan fahami setiap **perubahan tingkah laku anak terutama jika anak tidak respon bila dipanggil. Kadang-kadang masalah kecil jadi besar kalau dibiarkan tanpa tindakan.

Tapi dengan info yang betul dan sikap terbuka, insyaAllah kita boleh jadi versi terbaik untuk anak-anak kita.

Healthline, Cleveland

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 60 Ciri Ciri Autism/ Tanda Autism, Ibu Sila Perhati Jika Ada Kelainan Dalam Perkembangan Anak

Baca juga: Parents Tolong Jangan Menjerit-Jerit Pada Anak, Kaki Jalan Dulu, Bukan Mulut!

Baca juga: Rimas Orang Asyik Kritik Cara Besarkan Anak, Ini 10 Cara Respon Terbaik/Lucu

Stories Rakan Kongsi
Children Are Suffering From Diarrhoea: Here’s What You Can Do To Help Protect Your Child
Children Are Suffering From Diarrhoea: Here’s What You Can Do To Help Protect Your Child
Apakah Gaya Pendidikan Kewangan (Money Parenting) Anda?
Apakah Gaya Pendidikan Kewangan (Money Parenting) Anda?
A Celebration For All Moms - Super Brand Day Special!
A Celebration For All Moms - Super Brand Day Special!
Doctor And Mum Pleads With Parents To Learn More About These Vaccines
Doctor And Mum Pleads With Parents To Learn More About These Vaccines

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Tingkah laku kanak-kanak
  • /
  • Kenapa Anak Tidak Respon Bila Dipanggil? Ini 7 Punca Yang Ibu Ayah Perlu Tahu, JANGAN Panik!
Kongsikan:
  • Bahaya Kalau Anak Selalu Bad Mood, Mungkin Tanda Anak Stres, Ibu Ayah Kena Pantau SEGERA!

    Bahaya Kalau Anak Selalu Bad Mood, Mungkin Tanda Anak Stres, Ibu Ayah Kena Pantau SEGERA!

  • Fakta Anak Kedua: Suka Bersaing & Cenderung Memberontak, Sebab Itulah Dia Unik Dalam Keluarga!

    Fakta Anak Kedua: Suka Bersaing & Cenderung Memberontak, Sebab Itulah Dia Unik Dalam Keluarga!

  • Tiga Tahap Autism Yang Perlu Difahami, Bantu Ibu Ayah Dapatkan Rawatan Terbaik

    Tiga Tahap Autism Yang Perlu Difahami, Bantu Ibu Ayah Dapatkan Rawatan Terbaik

  • Bahaya Kalau Anak Selalu Bad Mood, Mungkin Tanda Anak Stres, Ibu Ayah Kena Pantau SEGERA!

    Bahaya Kalau Anak Selalu Bad Mood, Mungkin Tanda Anak Stres, Ibu Ayah Kena Pantau SEGERA!

  • Fakta Anak Kedua: Suka Bersaing & Cenderung Memberontak, Sebab Itulah Dia Unik Dalam Keluarga!

    Fakta Anak Kedua: Suka Bersaing & Cenderung Memberontak, Sebab Itulah Dia Unik Dalam Keluarga!

  • Tiga Tahap Autism Yang Perlu Difahami, Bantu Ibu Ayah Dapatkan Rawatan Terbaik

    Tiga Tahap Autism Yang Perlu Difahami, Bantu Ibu Ayah Dapatkan Rawatan Terbaik

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham