X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Ciri-Ciri Autism Boleh Dilihat Seawal Usia 6 Bulan, Ini 9 Tanda Ibu Sering Terlepas Pandang!

7 min bacaan
Ciri-Ciri Autism Boleh Dilihat Seawal Usia 6 Bulan, Ini 9 Tanda Ibu Sering Terlepas Pandang!

Ciri-ciri autism pada anak salah satunya adalah mereka tidak akan respon apabila dipanggil dan juga tiada 'eye contact'!

Ciri ciri autism ini boleh nampak ketika anak berapa bulan/tahun? Apa yang mereka mulai tunjuk ketika itu? Pasti ibu ayah baharu di luar sana tertanya-tanya tentang hal ini, bukan? Mana tidaknya, risau juga jikalau anak kesayangan didiagnosis mempunyai simptom austism.

Tahukah anda, kebanyakan kanak-kanak yang menghidap autism sebenarnya lambat didiagnosis? Walaupun begitu, sebenarnya ada beberapa ciri ciri autisme ataupun tanda-tanda autism yang boleh ibu ayah tengok pada anak masing-masing.

Statistik baru-baru ini mendedahkan 1 daripada 68 kanak-kanak telah didiagnosis dengan gangguan autisme dan ia hanya dikesan pakar apabila mereka berusia 2 tahun! Ya, lambat juga. Sedangkan, tanda autisme sudah boleh dilihat dari awal sejak bayi berusia 6 bulan lagi.

Banyak ibu yang tidak sedari bahawa pengambilan ubat panadol yang kelebihan semasa hamil boleh meningkatkan risiko anak mendapat ADHD dan autisme. Simptom autism ini mungkin berbeza-beza, namun kami hari ini akan menyenaraikan 9 tanda tanda autism yang paling biasa ditemui.

anda anak autisme, tanda autism, autisme, ciri ciri autisme, tanda tanda autism, ciri ciri anak autisme, simptom autism

Pastikan anda sentiasa memerhati dan memeriksa perkembangan anak, ya! Kalau ada apa-apa yang merisaukan, sila dapatkan pandangan pakar. Jangan ambil sikap untuk menunggu. 

Nota penting: Ciri-ciri autism boleh dikesan pada bayi kerana mereka kekurangan perangai yang biasa dilakukan kanak-kanak. Ia bukan dikesan melalui adanya perangai yang "pelik".

9 Ciri Ciri Autism Setiap Ibu Bapa Perlu Pantau Pada Anak

#1. Ciri ciri Autism: Perkembangan motor yang lambat

Adakah perkembangan motor anak sedikit lambat untuk usianya? Contohnya seperti berguling, merangkak, berjalan atau bercakap?

Gangguan autisme biasanya melibatkan perkembangan anak-anak yang menjadi lambat. Jadi, ibu bapa perlu peka dengan perkembangan anak. 

Antara perkembangan motor yang lambat seperti:

  • Bayi umur 6 bulan: tidak boleh senyum atau menunjukkan reaksi riang
  • Bayi umur 9 bulan: tidak mengeluarkan bunyi dan ekpresi muka
  • Bayi umur 12 bulan: tidak mahu "baby talk", lambat bercakap, tidak mahu melambai dan sebagainya. Ketahuilah juga perbezaan antara anak lambat bercakap atau dia mempunyai masalah gangguan percakapan (speech delay).

Perhatikanlah perkembangan anak usia 13 bulan dari segi fizikal, kognitif, sosial dan emosi, bahasa dan pertuturan serta nutrisi dan permakanan. Jika anda bimbang tentang perkembangan yang terlampau lambat, bawalah anak berjumpa dengan pakar pediatrik untuk pemeriksaan lebih lanjut.

#2. Ciri ciri Autism: Mahu perhatian Anda Secara Berlebihan

Anda boleh lihat tanda dan simptom autisme yang satu ini apabila anak seakan-akan tidak selesa dengan orang lain. Mereka hanya mahu memeluk dan mendapatkan perhatian anda.

Ini bermakna mereka sukar untuk berhubung dengan individu lain. Malah, anak juga mungkin tidak sedar dan tidak berminat dengan persekitarannya.

Biasanya, bayi kecil mungkin tidak mahu dengan orang. Tapi jika anak yang sudah semakin besar pun menunjukkan sikap yang sama, hati-hati! Anak autistik akan sukar untuk membuat kawan dan bermain. 

#3. Ciri ciri Autism: Kurang Pergerakan

Anak autisme akan kurang menunjukkan pergerakan seperti menunjuk. Mereka seakan-akan keras seperti "robot". Mereka juga tidak akan melambai, menunjukkan sesuatu atau cuba mencapai benda yang diingini mereka.

Biasanya, perkembangan ini akan dicapai oleh bayi ketika mereka berusia 9 hingga 10 bulan.

#4. Ciri ciri Austism: Perbuatan Berulang

Anda perasan anak ada menunjukkan tanda autism yang satu ini?

Anak sering melakukan perbuatan berulang seperti mengibas-ngibas tangannya, atau melakukan pergerakan abnormal seperti memusing tangan?  Anak autistik amat gemar dengan perbuatan atau aktiviti berulang seperti menepuk tangan, mencampak barang, memusingkan barang, memetik jari, memandang siling dan sebagainya.

Kadangkala mereka juga akan menggetarkan tubuh atau membuat pergerakan yang kelihatan seperti bergigil untuk menenangkan diri. Malah mereka juga mungkin akan meniru bunyi dan perkataan yang didengar mereka berulang-ulang kali. Tabiat menghentak kepala dengan kerap juga patut diperhatikan, terutamanya jika berlaku di samping perlakuan lain.

anda anak autisme, tanda autism, autisme, ciri ciri autisme, tanda tanda autism, ciri ciri anak autisme, simptom autism

#5. Ciri ciri Autism: Tiada 'Baby Talk'

Baby talk atau babbling adalah perbuatan bercakap yang biasa dilakukan oleh bayi apabila mereka mencapai umur 12 bulan. Walaupun ibu bapa tidak akan faham apa yang anak "bebelkan", anak autistik lebih cenderung untuk tidak melakukannya.

Malah, jika mereka sudah semakin besar, mereka mungkin akan menghadapi beberapa kesukaran untuk bercakap seperti tidak mampu menjawab soalan, sering mengulangi perkataan sama, tidak memahami arahan dan sukar menyatakan kehendak mereka.

#6. Tidak Respon Jika Dipanggil

Walaupun bayi sudah masuk usia 6 hingga 12 bulan, namun mereka masih tidak memberi respon jika namanya dipanggil? Itu mungkin satu lagi tanda anak autism! Ini kerana kebiasaannya, anak autistik memang sukar untuk membina hubungan sosial dengan orang lain.

Sebab itu juga mereka sukar untuk disentuh, tidak mahu bermain permainan "olok-olok" dan suka meniru orang lain.

Ciri-ciri autisme yang paling utama adalah rasa untuk menyendiri. Mereka seakan tidak mendengar apa yang orang lain cakap pada mereka. Malah, mereka tidak mahu terlibat dengan aktiviti yang disertai ramai orang!

#7. Tiada 'Eye Contact'

Ibu bapa, perhatikan tanda yang penting ini: Adakah anak anda jarang menunjukkan eye contact? Bagaimana dengan penglihatannya?

Adakah dia akan mengikut jika anda menunjukkan objek padanya? Tiada eye contact adalah salah satu tanda awal autisme yang anda boleh kenalpasti. Jika anda mahukan kepastian, ketika tengah beri bayi makan, cuba senyum dan pandang matanya. Lihat bagaimana respon si kecil itu.

#8. Kurang Senyum!

Pada usia 6 bulan ke atas, bayi kebiasanya akan mula memberikan senyuman gusi pertama pada ibu bapa dan orang di sekelilingnya. Tapi jika anak anda tidak mahu senyum atau jarang senyum, hati-hati! Lihat dengan lebih peka tentang perkembangannya. 

Malah, perhati juga jika anak sukar untuk menunjukkan ekpresi muka yang sepatutnya. Ini merupakan antara "kesukaran" yang sentiasa dihadapi anak autistik.

#9. Anak Tidak Fleksibel

Ciri autisme ringan yang paling biasa boleh dilihat adalah anak tidak mampu menerima perubahan. Contohnya mereka ada jadual yang ketat untuk diikut. Kalau anda melakukan sedikit perubahan, mereka mungkin mampu mengamuk!

Malah, anak autistik juga sukar untuk melepaskan barang kesayangannya. Mereka mempunyai postur badan yang kurang normal dan lebih bersikap cuai. Mereka juga cenderung untuk menyusun barangan kesayangan mereka berulang-ulang kali.

Jika anda dapat mengesan beberapa tanda di antara 9 tanda-tanda ini, segera dapatkan pandangan pakar. Anak yang berusia lebih daripada 3 tahun juga harus diperhatikan jikalau dia masih berjalan berjengket atau berjinjit selainnya lambat bercakap. Dia mungkinlah mempunyai tanda autism yang patut dibawa untuk pemeriksaan doktor.

Tanda Biasa Autism Pada Anak

anda anak autisme, tanda autism, autisme, ciri ciri autisme, tanda tanda autism, ciri ciri anak autisme, simptom autism

  • Bercakap atau 'babble' dengan suara dan nada yang luar biasa.
  • Paparkan sensitiviti deria yang luar biasa.
  • Membawa objek untuk jangka masa yang lama.
  • Tunjukkan pergerakan badan atau tangan yang luar biasa.
  • Bermain dengan mainan dengan cara yang lain daripada kanak-kanak lain.
  • Menjadi sangat kecewa jika mereka tidak menyukai rasa, bau atau bunyi tertentu.
  • Pergerakan berulang, seperti mengepak tangan, menjentik jari atau menggoyangkan badan.
  • Tidak banyak bercakap seperti kanak-kanak lain.

Adakah Autism Berpunca Daripada Vaksin?

Jawapannya adalah, TIDAK.

Hanya golongan anti-vaksin yang menganggap bahawa vaksin adalah penyebab autisme dalam kalangan kanak-kanak walaupun itu hanyalah mitos semata mata.

Umum sedia maklum bahawa vaksinasi ataupun imunisasi merupakan satu tindakan memasukkan zat yang mengandungi antigen ke dalam tubuh badan untuk menghasilkan antibodi.

Antara punca yang diketahui menyebabkan kanak-kanak menghidap autism adalah faktor genetik, persekitaran, neurobiologi ataupun ibu ayah terlalu lewat usia ketika hamil. Malah sehingga kini masih tiada satu bukti kukuh pun yang boleh mengaitkan vaksin menyebabkan autism.

Dalam erti kata mudah, vaksin tidak memudaratkan dan fakta yang mendakwa vaksin menyebabkan autism adalah tidak benar sama sekali.

Ibu ayah, tiada apa yang perlu dimalukan. Anak autistik bukan bermaksud mereka kurang berkeupayaan, sebaliknya perkembangan dan cara membesarkan mereka mungkin perlu sedikit berbeza.

Jadi, lakukan tugas anda sebagai ibu bapa dengan lebih berhemah. Khairy Jamaluddin juga mempunyai anak autistik dan dia tidak pernah berasa malu. Sebaliknya, Khairy sering menceritakan pengalamannya membesarkan anak keduanya yang istimewa.

raisingchildren.net.au (July 23, 2021) Autism: What Is It? https://raisingchildren.net.au/autism/learning-about-autism/about-autism/asd-overview

Semoga bermanfaat.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  9 Sebab Mengapa Autisme Berisiko Terjadi Pada Anak Anda

Baca juga: Punca Autisme Mungkin Disebabkan Barang Rumah Ini!

Baca juga:  10 Minyak Essential Terbaik untuk Autisme, ADHD dan ADD

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Pendidikan khas
  • /
  • Ciri-Ciri Autism Boleh Dilihat Seawal Usia 6 Bulan, Ini 9 Tanda Ibu Sering Terlepas Pandang!
Kongsikan:
  • Ini Sebab-Sebab Mengapa Autisme Berisiko Terjadi Pada Anak Anda, Ibu Lihat Tandanya!

    Ini Sebab-Sebab Mengapa Autisme Berisiko Terjadi Pada Anak Anda, Ibu Lihat Tandanya!

  • Punca Autisme Mungkin Disebabkan Barang Rumah Ini!

    Punca Autisme Mungkin Disebabkan Barang Rumah Ini!

  • Masih Keliru Nak Beli Stroller Yang Bagus? Jangan Risau, Pilih Saja Daripada 7 Stroller Terbaik Ini!

    Masih Keliru Nak Beli Stroller Yang Bagus? Jangan Risau, Pilih Saja Daripada 7 Stroller Terbaik Ini!

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Ini Sebab-Sebab Mengapa Autisme Berisiko Terjadi Pada Anak Anda, Ibu Lihat Tandanya!

    Ini Sebab-Sebab Mengapa Autisme Berisiko Terjadi Pada Anak Anda, Ibu Lihat Tandanya!

  • Punca Autisme Mungkin Disebabkan Barang Rumah Ini!

    Punca Autisme Mungkin Disebabkan Barang Rumah Ini!

  • Masih Keliru Nak Beli Stroller Yang Bagus? Jangan Risau, Pilih Saja Daripada 7 Stroller Terbaik Ini!

    Masih Keliru Nak Beli Stroller Yang Bagus? Jangan Risau, Pilih Saja Daripada 7 Stroller Terbaik Ini!

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.