X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Product GuideSign in
  • Becoming a Parent
    • Project Sidekicks
    • Pregnancy
    • Losing A Baby
    • Conceiving a Baby
    • Adoption
    • Labour & Delivery
  • Ages & Stages
    • Baby
    • Child
    • Pre-Teen & Teen
  • Parenting
    • Parenting Tips
    • Marriage, Relationship & Sex
    • Viral News
  • Health
    • Illness
    • Allergy & Syndrome
    • Vaccinations
    • Give Health A Shot
  • Breastfeeding & Nutrition
    • Breastfeeding
    • Healthy Meal Tips
    • Formula
  • Education
    • Preschool
    • Primary School
    • Middle School
    • Special Education
  • Money Parenting
    • Tips for Parents
    • Tips for Toddlers
    • Tips for Older Kids
    • The 5 Personas
  • Lifestyle
    • Money
    • Contests & Promotions
    • Holiday
    • Spirituality
    • Home
  • TAP Recommends
  • Press Room
  • Products
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Advertise With Us

Membantu anak-anak untuk mesra alam sekitar

4 min read
Membantu anak-anak untuk mesra alam sekitar

Apa kata kita jadikan satu misi keluarga untuk lebih mesra alam sekitar bermula Jun ini. Dapatkan beberapa panduan mudah untuk diamalkan bagi membantu memulakan misi ini.

Muslim kids reading on grass outdoorsMasih ingat dokumentari bertajuk ‘Home’ (2009) hasil karya Luc Besson? Ia berkisar tentang bagaimana kehidupan di muka bumi yang kita tinggal sekarang ini terbentuk dan berkembang bersama perkembangan kehidupan manusia. Hakikat yang ingin disampaikan hanya satu: jika kita, penduduk bumi, tidak bertindak segera, kita mungkin akan kehilangan satu-satunya ‘rumah’ yang kita miliki.

Sebagai ibubapa, kita bertanggungjawab untuk membantu anak-anak memahami pentingnya bumi ini dipertahankan dan bagaimana untuk mempertahankannya. Anak-anak sedari usia kecil lagi harus dibiasakan dengan kehidupan mesra alam sekitar. Sempena Earth Hour 2013 pada 23 Mac ini, marilah bersama-sama memulakan beberapa amalan Going Green dengan melibatan anak-anak.

Kenalkan kepada alam
Sebagai langkah awal, kenalkan anak-anak kepada alam. Tanpa rasa cinta kepada alam, mereka tidak akan dapat memahami keperluan menjaganya. Bawa mereka berjalan-jalan dalam hutan atau taman rekreasi sambil memerhatikan kehidupan di dalamnya, berenang di laut atau sungai, ambil masa untuk memerhatikan langit malam atau berjalan-jalan di pantai. Lebih banyak masa yang diluang bersama alam, anak-anak akan lebih menyayanginya.

Lawatan ke tapak pelupusan
Bawa anak-anak melawat tapak pelupusan sampah. Biar mereka saksikan sendiri bagaimana bumi terpaksa menampung jumlah sampah yang banyak sehari-hari. Bincangkan dengan mereka apa yang boleh terjadi sekiranya tidak ada sesiapa yang peduli untuk mengurangkan jumlah sampah.

Bercucuk tanam
Ajak anak-anak berkebun dan bercucuk tanam, sama ada menanam sayur-sayuran ataupun tumbuhan hiasan seperti bunga-bungaan. Biar mereka sendiri melakukannya. Anak-anak akan lebih menghargai apa yang mereka usahakan sendiri dan mendapat hasil daripada usaha mereka tentunya mengujakan. Jelaskan kepada mereka fungsi tumbuh-tumbuhan kepada kehidupan termasuk manusia dan kepentingan bergantung kepada diri sendiri melalui amalan bercucuk tanam sebagai sumber makanan.

Baja kompos
Jelaskan kepada anak-anak bahawa lebihan makanan boleh dijadikan baja kompos. Jika anda telah melibatkan anak-anak bercucuk tanam, ajarkan mereka untuk membuat baja kompos bagi tanaman yang mereka tanam. Ini akan membantu mereka mengendali dan mengurangkan sampah.

Tong kitar semula
Sediakan tempat khas untuk barangan kitar semula seperti botol dan tin kosong. Boleh juga anda jadikannya satu permainan. Bagi setiap bahan kitar semula yang diletakkan oleh anak-anak, berikan markah dan berikan ganjaran di akhir bulan atau tahun atas sikap tanggungjawab mereka itu. Atau galakkan mereka untuk menjual bahan-bahan kitar semula ini bagi menambah wang tabungan mereka.

Sampah dan tong sampah
Ajarkan anak-anak bahawa sampah tempatnya hanya satu – tong sampah. Biasakan anak-anak membuang sampah ke tong sampah yang disediakan di kawasan rumah kita dan di tempat-tempat awam.

Kongsi dan derma
Galakkan guna semula barangan kepunyaan anak-anak seperti permainan dan pakaian melalui perkongsian dengan rakan-rakan atau mendermakannya kepada mereka yang memerlukan. Biar mereka sendiri pilih barangan dan menentukan kepada siapa dan mengapa mereka memilihnya. Mereka juga boleh berbincang dengan rakan-rakan untuk bertukar-tukar permainan yang dirasakan tidak lagi diperlukan berbanding membuang yang lama dan membeli yang baru.

Jimat elektrik dan air
Ajarkan kepada anak-anak untuk sentiasa menjimatkan tenaga elektrik dan air. Minta mereka untuk mematikan suis lampu dan kipas apabila keluar dari bilik. Biasakan beraktiviti luar bagi mengelakkan diri daripada terlalu menggunakan barang-barang elektrik seperti komputer dan TV. Pesankan juga untuk menjimatkan air seperti mematikan air di sinki ketika memberus gigi.

Baca dan tonton bahan berkaitan alam
Membaca dan menonton bahan berkaitan alam sekitar dapat membantu mencetuskan idea dan memperkenal anak-anak kepada konsep pemeliharaan alam sekitar. Antara bahan yang baik termasuk dokumentari bagaimana kertas dihasilkan dan kemudian bincangkan natijah daripada fakta yang baru mereka ketahui serta bincangkan bagaimana kita dapat memperbaiki keadaan ini.

Beg kitar semula ketika membeli belah
Biasakan membawa beg kitar semula ketika membeli belah. Berikan tanggungjawab membawa beg kitar semula kepada anak-anak. Dengan tugasan ini mereka akan merasa lebih bertanggungjawab tentang penggunaan plastik.

Pendidikan ini memakan masa sepanjang hidup kita bersama mereka. Jangan terburu-buru jika mereka masih tidak dapat memahami konsep yang cuba diterapkan. Ingatlah, anda juga bukanlah seorang yang biasa dengan kitar semula sejak kecil. Tidak terlambat untuk memulakannya sekarang walaupun anak-anak telah remaja.

Lawati laman-laman berkaitan:
Kids Be Green
Kids Saving Energy
Baja kompos

Rujukan:

Teach Your Children to Go Green
5 Tips to Teach Your Kids to Go Green
10 Ways to Teach Your Kids to be Green
Pentingnya menjaga warisan alam
Ways to Raise a Green Family
How to Teach Your Preschooler to Go Green

Kongsikan pandangan anda tentang topik ini di ruangan komen di bawah. 🙂

Partner Stories
Say It With Oreo Kini Kembali Dengan Lebih Menarik! Jadikan Momen Duduk Di Rumah Lebih Menyeronokkan!
Say It With Oreo Kini Kembali Dengan Lebih Menarik! Jadikan Momen Duduk Di Rumah Lebih Menyeronokkan!
Victory is your child's to claim at the Spartan Kids Challenge!
Victory is your child's to claim at the Spartan Kids Challenge!
Top 3 tips to make the most of your child’s screen time
Top 3 tips to make the most of your child’s screen time
6 ways playtime can shape your child's learning!
6 ways playtime can shape your child's learning!

Got a parenting concern? Read articles or ask away and get instant answers on our app. Download theAsianparent Community on iOS or Android now!

img
Written by

Siti Manisah Ngalim

  • Home
  • /
  • Aktiviti anak
  • /
  • Membantu anak-anak untuk mesra alam sekitar
Share:
  • Going green for mother earth

    Going green for mother earth

  • Poor Pre-school Education System in Malaysia

    Poor Pre-school Education System in Malaysia

  • Going green for mother earth

    Going green for mother earth

  • Poor Pre-school Education System in Malaysia

    Poor Pre-school Education System in Malaysia

Get advice on your pregnancy and growing baby. Sign up for our newsletter
  • Conceiving a Baby
    • Adoption
    • Pregnancy
    • Labour & Delivery
    • Marriage, Relationship & Sex
  • Baby
    • Baby Names
    • Ages & Stages
    • Parenting Tips
    • Breastfeeding & Nutrition
  • Health
    • Fitness
    • Allergy & Syndrome
    • Illness
    • Healthy Meal Tips
  • Education
    • Preschool
    • Primary School
    • Middle School
    • Special Education
  • Lifestyle
    • Home
    • Money
    • Holiday
    • Contests & Promotions
  • More
    • TAP Community
    • Advertise With Us
    • Contact Us
    • Become a Contributor


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
About Us|Team|Privacy Policy|Terms of Use |Sitemap HTML
  • Tools
  • Articles
  • Feed
  • Poll

We use cookies to ensure you get the best experience. Learn MoreOk, Got it

We use cookies to ensure you get the best experience. Learn MoreOk, Got it

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.