TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Ini Sebab-Sebab Mengapa Autisme Berisiko Terjadi Pada Anak Anda, Ibu Lihat Tandanya!

4 min bacaan
Ini Sebab-Sebab Mengapa Autisme Berisiko Terjadi Pada Anak Anda, Ibu Lihat Tandanya!

Ramai ibu bapa masih tidak tahu tentang apa itu autisme dan punca-punca yang berisiko menyebabkan austime pada anak. Hari ini kami senaraikan 9 daripadanya.

Apa itu autisme? Autisme adalah masalah perkembangan kompleks. Ia melibatkan interaksi sosial seorang kanak-kanak terganggu akibat masalah kemahiran berkomunikasi, tingkah laku tidak wajar yang berulangan, pemencilan diri serta mempunyai keinginan terhad terhadap sesuatu benda.

Hampir 47,000 orang kanak-kanak di Malaysia menghidapi gangguan autisme, atau lebih dikenali sebagai kanak-kanak autistik, namun gagal didiagnosis dengan cepat kerana ibu bapa tidak tahu ciri-ciri autisme.

Dalam artikel ini, anda akan lebih fahami tentang:

  • Apa itu autisme
  • Sebab-sebab penyakit ini terjadi
  • Salah faham tentang autisme

apa itu autisme

Malah, masih ramai masyarakat di Malaysia tidak mengetahui dengan jelas tentang apa itu autisme dan apakah punca-puncanya. Artikel 5 Early Signs of Autism in Todlers mungkin dapat membantu anda untuk mengesan tanda awal autisme pada anak anda untuk mendapatkan perhatian atau jagaan yang sepatutnya.

Hari ini, kami akan membawakan kepada anda tentang apa itu autisme, apa punca autisme dan apa yang boleh anda lakukan untuk mengelaknya.

Sebagai salah satu penyakit berkaitan perkembangan saraf, penyakit autisme boleh mempengaruhi sesiapa sahaja.

Tiada sesiapa pun yang mengetahui punca sebenar berlakunya autisma tetapi punca dan faktor risiko yang berkemungkinan telah ditentukan oleh para pengkaji.

Artikel ini akan membincangkan dengan lebih lanjut tentang permasalahan ini.

Apa itu autisme? Ini sebab kenapa penyakit autisme terjadi

1. Autisme terjadi kerana genetik

Penyakit autisme ada kecenderungan untuk diwarisi dalam kalangan keluarga dan ia mungkin sesuatu yang diwarisi daripada ibu bapa kepada kanak-kanak.

Sebagai contoh, sekiranya salah seorang ibu bapa mempunyai autisma, maka anaknya berkemungkinan untuk mempunyai autisma juga. Jika seorang kanak-kanak didiagnosis dengan penyakit autism, terdapat kemungkinan adik-beradiknya untuk mempunyai keadaan yang sama.

Adalah menjadi kelaziman untuk sepasang kembar mempunyai penyakit autisme. Pakar berpendapat, salah satu faktor utama untuk seseorang mempunyai penyakit ini adalah kerana genetik. Di dalam sesetengah kes, autisme mungkin berkaitan dengan kecelaruan genetik yang lain seperti sindrom fragile-X atau sklerosis tuberos.

Manakala dalam kes yang lain pula, sedikit perubahan dalam pelbagai genetik boleh menjadikan seseorang itu cenderung terhadap autisme.

Sesetengah genetik boleh menjejaskan perkembangan otak atau komunikasi sel otak, atau terdapat beberapa yang berpotensi untuk memburukkan keadaan simptom autisme.

2. Pencetus penyakit autism dari faktor persekitaran

apa itu autisme

Pencetus persekitaran juga boleh mengakibatkan perkembangan autisme.

Contohnya seperti berlaku masalah ketika mengandung, pendedahan kepada botol plastik dan ubat yang diambil ketika itu juga boleh memainkan peranan.

Sebagai contoh, jangkitan virus, pendedahan terhadap bahan pencemaran udara atau ubat yang dipreskripsikan seperti thalidomide dan valproic asid boleh meningkatkan risiko dalam kalangan kanak-kanak.

3. Pencetus autisme berpunca dari masalah biologi lain

Terdapat keadaan kesihatan yang tertentu yang boleh dikaitkan dengan autisme, termasuklah:

  • Sindrom Down: Kecelaruan genetik yang menyebabkan kelewatan dalam perkembangan, keupayaan untuk belajar dan ciri-ciri fizikal yang tidak normal seperti tona otot yang berkurangan, hidung penyet, mulut kecil, dan tangan pendek
  • Distrofi otot: Sekumpulan keadaan genetik yang mampu mengakibatkan otot menjadi lemah secara progresif dan kehilangan jisim otot. Dalam keadaan ini, genetik yang tidak normal mengganggu penghasilan protein, mengakibatkan masalah kesihatan otot
  • Palsi serebrum: Penyakit kronik yang menjejaskan otak dan sistem saraf, menyebabkan kesukaran untuk bergerak dan koordinasi
  • Spasma infantil: Sejenis epilepsi (keadaan apabila otak mengakibatkan serangan sawan yang berulang)
  • Masalah metabolisme
  • Masalah dengan sistem imuniti

Salah faham tentang apa itu autisme dan sebab kenapa penyakit autisme berlaku

Ini Sebab-Sebab Mengapa Autisme Berisiko Terjadi Pada Anak Anda, Ibu Lihat Tandanya!

Salah satu mitos yang paling terkenal adalah anak lambat bercakap menghidap gangguan autisme.

Memang salah satu ciri-ciri utama gangguan autisme adalah kegagalan untuk berinteraksi (walaupun selepas mencapai peringkat usia tertentu).

Namun kajian daripada Psychology Today membuktikan hampir 70% kanak-kanak yang lambat cakap tidak memiliki autisme! Malah, tiada kaitan di antara vaksin dan autisme, terutama sekali vaksin MMR (digunakan untuk mencegah mumps, measles, dan rubella).

Vaksin adalah mudah untuk diberikan tetapi ia sangat berkesan untuk melindungi kanak-kanak.

Tidak mendapatkan vaksin boleh mendatangkan risiko jangkitan yang serius terhadap anak anda.

Meskipun Autisme tidak mempunyai sebab yang diketahui, faktor risiko dan faktor yang berkemungkinan seperti masalah genetik dan masalah persekitaran boleh memainkan peranan penting.

Doktor mengkaji maklumat ini untuk menentukan punca-punca dan rawatan yang sesuai kepada anak anda.

Sumber: Artikel ini merupakan sumbangan daripada Hello Doktor untuk diterbitkan semula oleh theAsianparent Malaysia atas keizinan

Psychology Today, Hello Doktor

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

sistem sokongan ibu bapa bekerja, support system, ibu bapa yang bekerja, rapat dengan anak-anak, tips untuk ibu bapa bekerja

Hello Doktor: Laman web rasmi | Facebook

Baca juga: Ajar Anak Hafal Sifir Guna Kaedah Gigi, Cikgu Sekolah Pun Guna Cara Berkesan Ini!

Baca juga: Anak 6-10 Tahun Tiba-Tiba Ada Tabiat Kenyit Mata Berulang Kali, Buat Bunyi Pelik…Dia Mungkin Alami Gangguan Tics

Baca juga:  5 Tips Pilih Buku Cerita Untuk Anak 2 Hingga 4 Tahun

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Pendidikan khas
  • /
  • Ini Sebab-Sebab Mengapa Autisme Berisiko Terjadi Pada Anak Anda, Ibu Lihat Tandanya!
Kongsikan:
  • Kelebihan Pembelajaran Dalam Talian Di Rumah: Lebih Sekadar Menjimatkan Masa

    Kelebihan Pembelajaran Dalam Talian Di Rumah: Lebih Sekadar Menjimatkan Masa

  • E-Prasekolah: Permohonan Prasekolah KPM Sesi 2026 Dibuka Mulai 1 Mac Hingga 30 April 2025

    E-Prasekolah: Permohonan Prasekolah KPM Sesi 2026 Dibuka Mulai 1 Mac Hingga 30 April 2025

  • Kinestetik Maksud: Fahami Gaya Pembelajaran Anak dan Cara Sokong Mereka Dengan Lebih Baik!

    Kinestetik Maksud: Fahami Gaya Pembelajaran Anak dan Cara Sokong Mereka Dengan Lebih Baik!

  • Kelebihan Pembelajaran Dalam Talian Di Rumah: Lebih Sekadar Menjimatkan Masa

    Kelebihan Pembelajaran Dalam Talian Di Rumah: Lebih Sekadar Menjimatkan Masa

  • E-Prasekolah: Permohonan Prasekolah KPM Sesi 2026 Dibuka Mulai 1 Mac Hingga 30 April 2025

    E-Prasekolah: Permohonan Prasekolah KPM Sesi 2026 Dibuka Mulai 1 Mac Hingga 30 April 2025

  • Kinestetik Maksud: Fahami Gaya Pembelajaran Anak dan Cara Sokong Mereka Dengan Lebih Baik!

    Kinestetik Maksud: Fahami Gaya Pembelajaran Anak dan Cara Sokong Mereka Dengan Lebih Baik!

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham