TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Bapa Sanggup Mendukung Anaknya Yang Menghidap Distrofi Otot Ke Sekolah Setiap Hari

3 min bacaan
Bapa Sanggup Mendukung Anaknya Yang Menghidap Distrofi Otot Ke Sekolah Setiap Hari

"Dia tidak berat, dia anak saya". Bapa mendukung anaknya yang menghidap distrofi otot (muscle dystrophy) ke kelas

Selasa lalu, News Straits Time (NST) telah memaparkan kisah seorang instruktur memandu, Tengku Faisal Rizal Tengku Toran tentang kasihnya terhadap anaknya yang menghidap distrofi otot (muscular dystrophy yang tiada tandingan.

Perbuatan Tengku Faisal Rizal yang mendukung anaknya, Tengku Zahin Haziq, 11 tahun dari kereta ke meja belajar di kelas di hari pertama persekolahan telah menarik perhatian guru-guru dan ibu bapa yang ada di SK Teruntum.

Tengku Zahin, yang didiagnos dengan otot kaki yang lemah, mengalami kesukaran berjalan dan Tengku Faisal, 43, mendukung anaknya itu dari kereta ke kelas kemudian datang lagi untuk memeriksa keadaan anaknya itu. Tengku Faisal berkata, walaupun mempunyai kekurangan, anaknya itu tetap bersemangat ingin bersekolah selepas bercuti panjang. “Tahun lepas, dia (Tengku Zahin) telah menunjukan tanda-tanda lemah namun masih mampu berjalan perlahan-lahan.

Namun tahun ini, saya perlu membantu dia untuk ke meja belajarnya. “Pihak sekolah telah membuat keputusan untuk memindahkan kelasnya ke tingkat bawah sekali dan ia sungguh melegakan kerana dia tidak perlu mendaki tangga.

Guru kelasnya dan rakan-rakannya sentiasa memberikan sokongan dan merekalah yang banyak membantunya untuk bergerak semasa ketiadaan saya,” kata Tengku Faisal, tambahnya lagi, isterinya telah menyiapkan bekalan makanan semasa rehat buat Zahin supaya dia boleh makan di mejanya.

Dia juga menyatakan yang Tengku Zahin sudah sakit sejak dari lahir namun mereka hanya sedar keadaannya apabila sudah melarat di mana anak mereka sudah mula mengalami kesukaran berjalan semasa di Tahun Dua.

Distrofi Otot (Muscular Dystrophy)

Secara umumnya, Distrofi Otot adalah berpunca dari mutasi genetik yang selalunya diwarisi. Ibu mungkin tidak menunjukan sebarang tanda kerana mutasi ini boleh terjadi di dalam telur mahupun semasa di dalam fasa embrio.

Distrofi bermakna keadaan tubuh badan yang mengecil, dan di dalam hal ini, ialah otot. Kanak-kanak yang lahir dengan distrofi otot biasanya membesar dengan normal untuk beberapa tahun pertama kehidupan. Mereka mungkin tiba-tiba akan menunjukkan tanda-tanda janggal. Tanda-tanda ini termasuklah:

  • kesukaran berjalan
  • kesukaran mengangkat bahagian depan kaki mereka (foot drop)
  • mudah jatuh

Terdapat beberapa jenis utama distrofi otot. Berikut adalah yang paling biasa:

Stories Rakan Kongsi
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Keep Your Child’s Health And Safety At Home In Tip Top Order During This Pandemic Season
Keep Your Child’s Health And Safety At Home In Tip Top Order During This Pandemic Season
Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Ketahui 6 Punca Sakit Badan dan Jenis Sakit Badan Yang Biasa Dialami. Ini Cara Merawatnya!
Ketahui 6 Punca Sakit Badan dan Jenis Sakit Badan Yang Biasa Dialami. Ini Cara Merawatnya!
  • Duchenne:
    •  sejenis distrofi yang paling umum terhadap kanak-kanak lelaki. Simptom yang dapat dilihat pada umur 2-6 tahun ini menyebabkan otot lemah dan menyusut atau sebaliknya mengembang. Tulang belakang, lengan, dan kaki terutamanya, akan perlahan-lahan lumpuh sehingga penghidapnya perlu menggunakan kerusi roda.
  • Miotonik:
    •  juga dikenali sebagai penyakit Steinert atau MMD ini adalah penyakit distrofi otot paling umum pada lelaki atau wanita dewasa. Otot muka dan leher adalah yang pertama sekali akan terjejas.
  • Limb-girdle:
    •  ia melemahnya otot secara berperingkat bermula dari pinggul, kemudian hingga ke kaki, lengan, dan bahu. Dalam 20 tahun, penyakit yang boleh dihidapi lelaki atau wanita ini akan menyebabkan pengidapnya tidak dapat berjalan.
  • Becker:
    •  Simptomnya hampir menyamai Duchenne tetapi jauh lebih ringan dan perkembangan lebih lambat hingga  pengidapnya masih boleh hidup hingga usia 30 tahun ke atas. Penyakit yang dapat menyebabkan gangguan jantung ini umumnya dihidap oleh lelaki.
  • Facioscapulohumeral:
    •  Ini adalah nama otot yang  menggerakkan tulang lengan atas, belikat, dan muka. Gangguan pada otot ini secara berperingkat akan menyebabkan pengidapnya sukar untuk menelan, bercakap, dan mengunyah. Selalunya ia akan mula menyerang di bahagian bahu dan muka dahulu.

Sumber: mayoclinic

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Penyakit
  • /
  • Bapa Sanggup Mendukung Anaknya Yang Menghidap Distrofi Otot Ke Sekolah Setiap Hari
Kongsikan:
  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Ubat Cirit Birit Dan Demam Bayi, Apa Yang Sesuai?

    Ubat Cirit Birit Dan Demam Bayi, Apa Yang Sesuai?

  • Cara Tradisional Turunkan Panas Demam Anak: Letakkan Tuala Basah Di Kepala, Tapak Kaki, Pelipat

    Cara Tradisional Turunkan Panas Demam Anak: Letakkan Tuala Basah Di Kepala, Tapak Kaki, Pelipat

  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Ubat Cirit Birit Dan Demam Bayi, Apa Yang Sesuai?

    Ubat Cirit Birit Dan Demam Bayi, Apa Yang Sesuai?

  • Cara Tradisional Turunkan Panas Demam Anak: Letakkan Tuala Basah Di Kepala, Tapak Kaki, Pelipat

    Cara Tradisional Turunkan Panas Demam Anak: Letakkan Tuala Basah Di Kepala, Tapak Kaki, Pelipat

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham