X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Baby Spa Menjadi Trend Masa Kini – Baik untuk Minda dan Otot

3 min bacaan
Baby Spa Menjadi Trend Masa Kini – Baik untuk Minda dan Otot

Baby spa sememangnya telah menjadi trend masa kini. Apakah agaknya kebaikan aktiviti spa? Adakah ia semata-mata untuk berseronok atau ada manfaat tersembunyi buat si manja? Jom baca lanjut kalau hendak tahu!

Orang dewasa, apabila terasa tertekan dan keletihan, pasti ada yang terdetik di hati ingin ke spa. Mengapa? Kerana ia memberi satu ketenangan dan membuka ruang untuk berehat.

Namun, pernahkah anda terfikir yang mungkin bayi juga memerlukannya? Kalau anda perasan, ia telah menjadi trend masa kini di mana ibu-ibu membawa anak mereka yang masih bayi ke baby spa.

Mengapa agaknya ramai yang memilih untuk memanjakan bayi mereka yang masih kecil di spa? Sebenarnya, selain daripada memberikan ruang rehat untuk si ibu (duduk di tepi sambil melihat anak menendang-nendang dalam air), ia juga bagus untuk tumbesaran si bayi.

Pendedahan Awal Si Kecil Kepada Air

Ketika dalam rahim, bayi memang tinggal di dalam balutan cecair. Ia bergerak dan ‘berenang’ di dalamnya. Jadi mereka sudah biasa dengan persekitaran sebegini.

Sebenarnya, merendam bayi di dalam air, atau dipanggil terapi hidro, memberi banyak kebaikan kepada kesihatan fizikal dan minda si kecil. Ini adalah kerana, ketika direndam dan berenang, bayi anda melakukan ‘senaman’ fizikal yang menyeluruh.

Baby Spa Menjadi Trend Masa Kini – Baik untuk Minda dan Otot

Source: Baby Spa JB

Menurut Laura Sevenus, pemilik Baby Spa, air dapat menenangkan si manja anda. Apabila diletakkan di dalam air kolam spa yang suam, dipakaikan pelampung di tengkuknya dan dimainkan lagu yang menenangkan di latar belakang, anda memang boleh melihat kegembiraan di wajah si manja.

“Ia adalah kesan Euphoria,” kata Laura.

Kebaikan Kesihatan Kepada Bayi Selepas Aktiviti di Baby Spa

  • Mulalah dia bergerak-gerak dan menempiaskan air dengan kocakan kakinya. Pergerakan sebeginilah yang menguatkan otot si kecil
  • Mengurangkan masalah demam kuning kerana memberi kesan positif kepada sistem penghadaman dan pengaliran darah sehingga merendahkan tahap meconium dalam badan
  • Selain itu, ia juga mengasah kemahiran keseimbangan dan koordinasi otot bayi
  • Memperbaiki masalah tidur bayi (setelah kepenatan bermain dalam air)
  • Apabila dadanya terendam dalam air, ia menguatkan jantung, paru-paru dan sistem pernafasan secara keseluruhan
  • Bagus untuk sistem kardiovaskular jika dilakukan secara berterusan
Baby Spa Menjadi Trend Masa Kini – Baik untuk Minda dan Otot

Source: Makchic.com

  • Peningkatan dalam sistem pernafasan pula membawa kepada kemahiran komunikasi dan peningkatan bahasa
  • Menyokong perkembangan otak apabila ia meransang 5 deria rasa (bau, sentuhan, rasa, pandangan dan bunyi)
  • Membakar sehingga 300 kalori apabila bayi melengkapkan setiap sesi di baby spa

Seperti yang anda lihat, aktiviti di spa bukanlah hanya kerana ingin berseronok sahaja. Ia memberi banyak ransangan pada pelbagai aspek bayi tersebut.

Faedah Lain Aktiviti Spa Pada Bayi

Tambahan pula, pendedahan awal pada air yang berlaku di spa sebegini akan memberi keyakinan kepada anak anda – terutamanya keyakinan air.

Satu kajian dari Universiti Sains & Teknologi Norwegian yang dilakukan pada 2009 menunjukkan yang bayi yang didedahkan kepada air dan aktiviti berenang mempunyai daya keseimbangan yang lebih baik.

Malah, mereka dapat belajar memegang objek lebih cepat dan mudah berbanding mereka yang tidak didedahkan dengan aktiviti air.

Pilihan-Pilihan Baby Spa di Malaysia

Jika anda sudah yakin yang baby spa sebenarnya bagus untuk menggalakan tumbesaran bayi, di sini kami ada sediakan beberapa senarai tempat baby spa di Malaysia.

  • Little Spa Kingdom – Solaris Dutamas, Bermula dari RM59.90
  • Hippopo Baby Spa – Setia City Mall, Bermula dari RM63.80
  • Bubbly Baby Spa – Tanjung Tokong, Bermula dari RM49
  • Baby Spa JB – Sutera Mall Skudai, Bermula dari RM56
  • Baby E Spa – Wangsa Walk Mall, Bermula dari rm48
  • Little Penyu Baby Spa – Kota Kinabalu, Bermula dari RM38

Adakah terdapat baby spa berhampiran tempat anda tinggal? Jika ia tiada dalam senarai kami, kongsikannya di ruangan komen di bawah.

Jadi, tunggu apa lagi? Jom bawa si manja anda ke spa hari ini. Ia bukan sahaja menyeronokkan dan menenangkan, malah membawa banyak manfaat kepada tumbesaran si kecil!

Stories Rakan Kongsi
Say It With Oreo Kini Kembali Dengan Lebih Menarik! Jadikan Momen Duduk Di Rumah Lebih Menyeronokkan!
Say It With Oreo Kini Kembali Dengan Lebih Menarik! Jadikan Momen Duduk Di Rumah Lebih Menyeronokkan!
Victory is your child's to claim at the Spartan Kids Challenge!
Victory is your child's to claim at the Spartan Kids Challenge!
Top 3 tips to make the most of your child’s screen time
Top 3 tips to make the most of your child’s screen time
6 ways playtime can shape your child's learning!
6 ways playtime can shape your child's learning!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Aktiviti anak
  • /
  • Baby Spa Menjadi Trend Masa Kini – Baik untuk Minda dan Otot
Kongsikan:
  • 25 Tempat Menarik Untuk Kanak Kanak Percuma Di Kuala Lumpur Yang Wajib Dikunjungi

    25 Tempat Menarik Untuk Kanak Kanak Percuma Di Kuala Lumpur Yang Wajib Dikunjungi

  • 15 Hotel Ipoh Mesra Kanak-Kanak (Kids Friendly), Ada Taman Tema Air & Playground!

    15 Hotel Ipoh Mesra Kanak-Kanak (Kids Friendly), Ada Taman Tema Air & Playground!

  • 15 Hotel Melaka Mesra Kanak-Kanak (Kid-Friendly Hotel), Ada Pool, Waterpark & Playground. Berbaloi!

    15 Hotel Melaka Mesra Kanak-Kanak (Kid-Friendly Hotel), Ada Pool, Waterpark & Playground. Berbaloi!

  • 25 Tempat Menarik Untuk Kanak Kanak Percuma Di Kuala Lumpur Yang Wajib Dikunjungi

    25 Tempat Menarik Untuk Kanak Kanak Percuma Di Kuala Lumpur Yang Wajib Dikunjungi

  • 15 Hotel Ipoh Mesra Kanak-Kanak (Kids Friendly), Ada Taman Tema Air & Playground!

    15 Hotel Ipoh Mesra Kanak-Kanak (Kids Friendly), Ada Taman Tema Air & Playground!

  • 15 Hotel Melaka Mesra Kanak-Kanak (Kid-Friendly Hotel), Ada Pool, Waterpark & Playground. Berbaloi!

    15 Hotel Melaka Mesra Kanak-Kanak (Kid-Friendly Hotel), Ada Pool, Waterpark & Playground. Berbaloi!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham