X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Anak Lambat Cakap Bukan Bermaksud Dia Menghidap Gangguan Autisme!

3 min bacaan
Anak Lambat Cakap Bukan Bermaksud Dia Menghidap Gangguan Autisme!Anak Lambat Cakap Bukan Bermaksud Dia Menghidap Gangguan Autisme!

Pendedahan yang kurang tentang autisme mengakibatkan ramai ibu bapa masih keliru dengan kebolehan lambat bercakap (speech delay) sebagai gangguan autisme.

Hampir 47,000 orang kanak-kanak di Malaysia menghidapi gangguan autisme, namun masih ramai masyarakat di Malaysia tidak mengetahui dengan jelas tentang gangguan ini. Pelbagai mitos timbul. Salah satu mitos yang paling terkenal adalah masalah anak lambat bercakap kerana mereka menghidap gangguan autisme.

Memang salah satu ciri-ciri utama gangguan autisme adalah kegagalan untuk berinteraksi (walaupun selepas mencapai peringkat usia tertentu).

Namun kajian daripada Psychology Today membuktikan hampir 70% dengan masalah anak lambat bercakap tidak memiliki autisme!

Oleh itu, mari kita mengenal dengan lebih mendalam tentang ciri-ciri autisme pada anak kecil, daripada percaya sebarang mitos pelik!

Mengenali gangguan autisme 

Anak Lambat Cakap Bukan Bermaksud Dia Menghidap Gangguan Autisme!

Kredit: Healthline

Menurut Portal Rasmi MyHEALTH, autisme berasal daripada perkataan Greek iaitu autos yang bermaksud sendiri. Maka dalam konteks gangguan ini, pesakit akan lebih cenderung ‘menyendiri’ dalam dunia mereka.

Dari sudut perubatan, autisme ialah keadaan di mana interaksi sosial seseorang terganggu akibat masalah kemahiran berkomunikasi, tingkah laku tidak wajar yang berulangan, pemencilan diri serta mempunyai keinginan terhad terhadap sesuatu benda.

Kanak-kanak dengan gangguan autisme tidak akan mempamerkan tingkah laku yang tidak normal, sebaliknya tidak akan melakukan tingkah laku yang normal.

Antara ciri-ciri lain yang boleh dikesan seawal usia 18 bulan atau lebih awal adalah:

  • Tidak takut kepada bahaya
  • Terlalu sensitif atau tidak sensitif langsung
  • Tidak ketawa atau tidak memberi respons pada ‘acahan’
  • Tidak mahu bermesra atau berpelukan
  • Tidak akan mengendahkan orang sekeliling
  • Tidak mahu berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan lebih gemar main sendiri
  • Sering mengulangi percakapan yang sama/berkelakuan berulang
  • Lebih tertarik pada sesuatu objek tertentu
  • Gemar mengamuk jika tidak mendapat sesuatu diingini
  • Tidak gemar akan perubahan

Agak sukar untuk mengenalpasti jika seseorang kanak-kanak menghidap gangguan autisme, oleh itu ibu bapa harus peka dengan tingkah laku anak masing-masing.

Gangguan ini tidak boleh dipulihkan namun ia boleh dirawat jika dikesan dari awal.

anak lambat bercakap

anak lambat bercakap

Kredit Gambar: Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia

Rawatan dan tips mengendali kanak-kanak autisme

Kanak-kanak dengan gangguan ini akan memiliki kebolehan yang berbeza, namun mempunyai 3 masalah utama iaitu — masalah untuk bersosial, masalah untuk berkomunikasi dan keterbatasan imaginasi.

Oleh sebab gangguan ini hanya melibatkan kegagalan kemahiran untuk berfungsi dengan normal, maka kanak-kanak autisme memerlukan rawatan berbentuk multidisiplin atau terapi.

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah memaparkan maklumat tentang rawatan yang disediakan untuk gangguan autisme dalam laman web rasmi mereka.

Anak Lambat Cakap Bukan Bermaksud Dia Menghidap Gangguan Autisme!

Tetapi, ibu bapa juga boleh membantu dalam menguruskan kegagalan kemahiran ini di rumah, dengan mengikut beberapa tips mudah berikut, seperti:

  1. Bantuan dari segi visual — contohnya dengan menggunakan buku berwarna dan bergambar untuk meningkatkan deria visual mereka
  2. Ajar agar ikut urutan — untuk memastikan mereka kekal bertenang dan tidak mudah mengamuk.
  3. Ajar ucap terima kasih & pandangan mata — mereka akan faham tingkah laku itu kelak
  4. Ajar sesuatu tindak balas dengan alunan muzik — supaya mereka belajar tentang tindak balas tubuh. Contohnya muzik menyanyi please sit down, mereka akan ikut dan duduk walaupun agak lambat.
  5. Pembayang awal — Jangan berhenti dengan mendadak. Mereka seringkali menghadapi masalah mengenal konsep masa dan beralih ke satu perubahan.

Malaysia terbuka untuk memberi sokongan pada kanak-kanak yang menghidap gangguan ini sambil memberi pencerahan tentang cara menjaga buat ibu bapa.

Sila rujuk Persatuan Autisme Muslim Malaysia di Facebook untuk keterangan lanjut.

Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, anda harus peka dengan tingkah laku anak masing-masing untuk mudah mengesan gangguan autisme.

Autisme tiada kena mengena dengan sebarang keturunan dan budaya. Maka semua individu berisiko untuk menghidapnya.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Adakah autisme pada anak boleh disembuhkan di Malaysia?

Baca juga: Ayah Kongsi 7 Tanda Yang Buat Dia Sedar Anaknya Ada Autisme, Parents Lain Pun Kena Peka!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Pendidikan
  • /
  • Anak Lambat Cakap Bukan Bermaksud Dia Menghidap Gangguan Autisme!
Kongsikan:
  • Anaknya Belum Boleh Bercakap Pada Usia 4 Tahun, Ayah Kekal Optimis

    Anaknya Belum Boleh Bercakap Pada Usia 4 Tahun, Ayah Kekal Optimis

  • 30 Perkara Anak Anda Harus Faham Dan Cakap Sebelum Usia 2 Tahun

    30 Perkara Anak Anda Harus Faham Dan Cakap Sebelum Usia 2 Tahun

app info
get app banner
  • Anaknya Belum Boleh Bercakap Pada Usia 4 Tahun, Ayah Kekal Optimis

    Anaknya Belum Boleh Bercakap Pada Usia 4 Tahun, Ayah Kekal Optimis

  • 30 Perkara Anak Anda Harus Faham Dan Cakap Sebelum Usia 2 Tahun

    30 Perkara Anak Anda Harus Faham Dan Cakap Sebelum Usia 2 Tahun

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.