Bagi mana-mana ibu pastinya akan gembira bila melihat anak makan banyak dan penuh berselera. Ia ditambah pula apabila anda dapat ‘mengunci’ pergerakan si manja dengan memberikan mereka menonton televisyen ataupun skrin telefon.
Tabiat ketika makan sebegini adalah perkara biasa yang kita lihat dalam kalangan masyarakat. Anak yang sedang membesar sememangnya agak sukar untuk mengawalnya ketika waktu makan kerana keinginan mereka untuk bermain dan berjalan sangat tinggi.
Tidak cukup dengan itu, waktu makan boleh menjadi agak mencabar bagi para ibu apabila perlu berdepan dengan anak susah makan atau picky eater.
Anak makan banyak apabila diberi telefon atau televisyen
Perkongsian seorang ibu, @tasyaeddie telah membuka mata ramai ibu mengenai tabiat yang dipanggil mindless eater bagi anak makan banyak ketika tengok televisyen ataupun telefon.
Semalam Tasya buat eksperimen betul ke anak yang makan depan tv adalah anak mindless eater.
Ketika makan malam, ibu sengaja bagi Afya screen time tengok Ms Rachel sebab video tu paling dia suka. Selepas 10 minit, ibu suap lagi makanan. Padahal dia sudah kenyang, siap sendawa dan makan banyak.
Walaupun sudah kenyang, dia masih lagi ngangakan mulut. Dia tidak ingat dah kenyang, mata terlalu fokus dekat skrin depan dia. Anak yang mindless eater ni masa makan dia tak berfikir pun.
Dia tidak fokus pada tekstur dan bentuk makanan jenis macam mana. Dia kenyang pun tidak sedar, nganga sahaja mulut selagi ada depan skrin.
Lepas itu ibu cuba tutup televisyen. Barulah Afyaa tersedar, dia terus jadi tak nak makan sebab memang dia dah kenyang. Kalau tidak memang nganga sahaja mulut selagi ibu tidak tutup tv.
Waktu makan si manja sepatutnya tiada gangguan langsung, terutamanya skrin tv atau gajet.
Sebab kenapa anak tidak boleh makan depan skrin
Doktor Amalina Daud menyenaraikan tiga sebab kenapa anak tidak boleh makan depan skrin. Ibu ayah perlu sama-sama mainkan peranan bagi mengelakkan tabiat mindless eater ini.
Ada beberapa sebab kenapa anak tidak boleh makan depan tv atau telefon.
#1. Anak akan setkan dalam kepala bila makan, mesti ada depan tv atau telefon
Kesannya apabila ibu ayah pergi ke sesuatu tempat dan tiada tv, anak akan jadi tak nak makan.
#2. Anak tidak belajar warna atau tekstur makanan
Apabila mata terlalu fokus pada skrin, anak tidak tengok warna makanan yang masuk ke dalam mulut mereka. Bukan itu sahaja, mereka tidak sedar bagaimana tekstur dan bau makanan.
Keadaan ini sekaligus menyebabkan anak menjadi seorang mindless eater dan tidak belajar kemahiran ketika makan. Sebab itulah bila tiada skrin, anak akan jadi terkejut serta takut nak makan makanan di hadapan mereka.
#3. Walaupun kenyang, anak jadi tetap mahu makan
Meskipun kenyang, anak akan jadi tetap mahu makan banyak.
Tabiat makan tanpa sedar boleh menyebabkan anak sembelit
Seorang ibu, Lee Adenan turut memberikan kesedaran kepada ibu-ibu yang lain mengenai tabiat makan sambil tengok skrin di akaun Facebooknya.
Jangan biarkan anak-anak kita jadi zombie eater atau mindless eater. Ia adalah tabiat makan sambil amtaa anak tertumpu sepenuhnya pada skrin televisyen atau telefon.
Makan sambil menikmati waktu skrin adalah tabiat yang perlu dielakkan. Hal ini kerana ia boleh membuatkan anak menjadi leka sehingga mereka tidak tahu apa yang dimakan.
Tidak dapat mengenali tekstur makanan dan lebih teruk lagi aapbila anak tidak mampu membezakan rasa sesuatu makanan. Bukan itu sahaja, anak tidak fokus pada makanan menyebabkan mereka cenderung makan lebih banyak dan tanpa henti.
Adakah si manja tidak kenyang sebab tak cukup? Jawapannya bukan. Keadaan ini adalah disebabkan oleh ‘auto-suap’ dan mata locked kat screen, jadinya perut pun lambat dapat beri isyarat untuk beritahu ibu ayah bahawa mereka sudah kenyang.
Bagi anak kecil yang mindless eater, mereka makan bukan sekadar untuk kenyang semata-mata. Anak perlu mempelajari kemahiran motor lain, belajar mengunyah, pegang dan sentuh makanan.
Apabila anak tahu buka sahaja mulut apabila disuap, mereka berisiko berdepan masalah makanan sukar untuk hadam, sembelit dan cerewet makan (picky eater).
Bagaimana cara untuk anak behave ketika makan?
Mungkin ibu ayah tertanya-tanya ”Macam mana cara nak bagi anak duduk diam dalam dining chair dia?”
Lumrah. Anak-anak memang takkan duduk diam. Apatah lagi bila yang dah dapat kaki untuk merangkak atau berjalan. Tapi boleh train slow-slow.
Masa makan, boleh bercakap dengan anak. Biar dia ‘leka’ dengan vocab (read :bebel) dari ibu atau ayah tidak mengapa. Ia adalah bagus.
Contohnya :
‘Haa, ni carrot, warna orange.. Sedapnya.. Nyum nyumm’
‘Pandainya anak ibu makan, okay jom kunyah.’ (Buat gaya dan mimik muka mengunyah, lama – lama anak akan tau)
Sambil makan, buat laa mcm kapal terbang yang mak-mak kita selalu buat tu.
‘Are you ready? Foods coming. It’s flying rice ball! Aaaaaaa’
Memang tidak dinafikan penat bagi anak-anak ni makan, belum lagi penuh kat lantai dari masuk mulut. Tapi slow-slow ajar. Bagi ibu bapa yang still go by gadjet or TV, terpulang. Ini cuma perkongsian. Macam kami di rumah, memang dah lama tak buka TV. Jadi lebih mudah untuk latih anak makan dengan baik.
Tapi penat (extra) jadi storyteller & cinderella (kemas rumah tiap kali lepas makan).
Let’s belajar & enjoy the parenthood!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Anak Tiba-Tiba Sesak Nafas Lepas Makan Konjac Jelly, Ibu Haramkan Makanan Ini Pada Anak!
Baca juga: Risau Tengok Anak Makan Sikit, 11 Petua Ini Terbukti Berkesan Tambah Selera Si Manja
Baca juga: Haramkan Gadjet Ketika Di Meja Makan, Waktu Inilah Untuk Anak Bonding Dengan Keluarga!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!