TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Gag Reflex Pada Bayi Bukan Tercekik, Ia Normal Bila Ibu Tukar Tekstur Yang Lebih Kasar

4 min bacaan
Gag Reflex Pada Bayi Bukan Tercekik, Ia Normal Bila Ibu Tukar Tekstur Yang Lebih Kasar

Gag reflex adalah normal, ia suatu keadaan apabila bayi mengeluarkan atau memuntahkan semula makanan dan melatih si manja mengunyah

Pernahkah sewaktu ibu memberi makan kepada anak, ada ketikanya dia menunjukkan reaksi seperti termuntah. Apakah sebenarnya yang terjadi? Situasi ini disebut sebagai gag reflex dan ini adalah reaksi normal lazimnya terjadi semasa permulaan proses makan.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Apa itu gag reflex pada bayi, adakah ia membahayakan?
  • Gag reflex normal, apakah ciri-ciri tersebut?
  • Perbezaan tercekik dan ciri-ciri tercekik
  • Cara mengurangkan risiko anak tercekik

Apa itu gag reflex pada bayi, adakah ia membahayakan?

gag reflex adalah

Seperti dikongsikan oleh seorang ibu, Nur Madihah Amir Ruddin menjelaskan, gag reflex adalah mekanisme semula jadi badan untuk melindungi diri daripada tercekik. Lidah anak akan automatik menolak makanan ke hadapan.

Oleh yang demikian, makanan tidak akan mencapai tekak sama sekali dan akan terkeluar daripada mulut.

Sekiranya anak batuk dan menunjukkan reaksi seperti termuntah, ia perkara biasa terjadi pada beberapa bulan pertama semasa proses memperkenalkan makanan pelengkap yang mempunyai tekstur baharu selain daripada susu.

Jika anak diberi makan saiz suapan yang banyak juga boleh menyebabkan gagging kerana mereka tidak dapat menahan dan mengawal makanan terkeluar daripada mulut.

Makan makanan selain daripada susu merupakan kemahiran baharu untuk bayi dan ia memerlukan latihan berulang kali bagi membiasakan diri dengan kepelbagaian tekstur makanan yang diberikan.

Gag reflex adalah normal, apakah ciri-ciri tersebut?

gag reflex adalah

  • Ketika tersedak, bayi akan batuk dengan kuat, mengeluarkan bunyi seperti meneran serta bunyi seperti hendak termuntah.
  • Muka bayi akan menjadi merah, lidah akan ke depan dan mengeluarkan makanan atau memuntahkan semula makanan tersebut.
  • Ibu perlu tenang dan sentiasa ingat bahawa ia adalah perkara biasa terutama anak dalam proses diperkenalkan makanan selain susu.
  • Sekiranya anak cuba mengeluarkan makanan, ibu perlu elakkan daripada cuba menolaknya masuk lebih jauh ke kerongkong anak. Menolak makanan masuk ke dalam mulut pada ketika ini akan memburukkan lagi keadaan, malah boleh menyebabkan anak tercekik.

Perbezaan tercekik dan ciri-ciri tercekik

gag reflex adalah

Tercekik adalah tanda bahawa saluran pernafasan bayi telah tersumbat. Ia terjadi kerana makanan yang dimakan oleh anak menyekat sebahagian atau sepenuhnya saluran pernafasan mereka.

Gag reflex mereka tidak berjaya untuk melindungi diri daripada tercekik. Tercekik menunjukkan bayi anda berada dalam keadaan yang bahaya dan ia boleh mengancam nyawa.

Ciri-ciri tercekik:

  • Mereka tidak akan membuat bunyi seperti gagging. Biasanya, tiada bunyi kedengaran.
  • Anak ibu mungkin tidak dapat menangis, batuk atau bernafas ketika mereka tercekik.
  • Menjadi biru kerana tidak dapat bernafas disebabkan saluran pernafasan mereka tersekat.
  • Oleh itu, sentiasa awasi anak ketika mereka makan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini kerana tercekik adalah berbahaya dan memerlukan tindakan yang cepat.

Cara mengurangkan risiko anak tercekik

1) Pastikan bayi telah menunjukkan kesemua ciri-ciri telah bersedia diberikan untuk makan makanan pelengkap selain daripada susu.

2) Sentiasa awasi bayi anda ketika makan. Pastikan saiz suapan makanan yang diberikan tidak terlalu banyak.

3) Berikan beberapa dan ­­sedikit makanan ke dalam pinggan makan anak pada satu-satu masa.

4) Pastikan bayi dapat duduk dengan baik seperti duduk di atas kerusi makan bayi. Tarik kerusi makan bayi ke tepi meja anda.

5) Perkenalkan pelbagai tekstur makanan bagi membantu bayi belajar mengunyah dengan betul.

6) Sekiranya ingin memberi anak makan sayur yang agak keras seperti lobak merah, pastikan lembutkannya dahulu dengan cara kukus atau rebus.

7) Potong makanan dalam saiz mudah dipegang (mengikut saiz jejari, panjang dan nipis). Apabila anak sudah boleh memegang menggunakan jari, ibu boleh beri makanan dalam potongan finger foods kepada saiz yang lebih kecil (pastikan ia lembut dan sentiasa pantau anak anda ketika mereka makan).

Elakkan memberi anak makan makanan yang keras, bulat dan dalam potongan yang besar.

9) Jangan berikan apa-apa kepada anak untuk makan atau minum semasa mereka berjalan, bermain atau duduk di dalam kereta atau kereta sorong yang sedang bergerak.

10) Cuba jaya semasa menukar tekstur makanan anak. Lihat reaksi atau penerimaannya terhadap tekstur yang diberi.

11) Jika anak menunjukkan gagging pada makanan yang diperkenalkan, jangan putus asa, teruskan beri anak makanan tersebut dan sesuaikan tekstur mengikut penerimaan anak.

12) Kebiasaannya makanan yang bertekstur licin, kasar akan mendorong terjadinya gagging. Lain bayi, lain penerimaannya.

Facebook Nur Madihah Amir Ruddin

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 5 Kriteria Penting Pemilihan Produk Penjagaan Kulit Bayi Supaya Kekal Lembap Sepanjang Hari

Baca juga: Dibelenggu Masalah Kulit Kering dan Gatal? Sapukan Losyen Ini Untuk Kelegaan Serta Merta

Baca juga: Hanya Satu Tempat Untuk Semua Keperluan Bayi Anda – Pesta Bayi Lotus’s Malaysia!

Stories Rakan Kongsi
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aisyah Sukaimi

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Gag Reflex Pada Bayi Bukan Tercekik, Ia Normal Bila Ibu Tukar Tekstur Yang Lebih Kasar
Kongsikan:
  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham