X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Finger Food Penting Untuk Perkembangan Bayi, Tapi Kalau Salah Saiz Boleh Tercekik! Ibu Bapa Tolong Alert

4 min bacaan
Finger Food Penting Untuk Perkembangan Bayi, Tapi Kalau Salah Saiz Boleh Tercekik! Ibu Bapa Tolong Alert

Memang usia bayi seawal 6 bulan makanan seperti bubur atau puri menjadi pilihan, namun sebaik anak meningkat usia 8 bulan, finger food adalah wajib untuk diperkenalkan!

Apabila anak sudah diperkenalkan dengan makanan pejal, anda perlu peka dengan langkah yang seterusnya dalam membentuk perkembangan & skill mereka. Disini kita akan cerita antara ciri finger food bayi 7 bulan dan ke atas yang selamat untuk diperkenalkan.

Memang usia bayi seawal 6 bulan makanan seperti bubur atau puri menjadi pilihan, namun sebaik anak meningkat usia 8 bulan, finger food adalah wajib untuk diperkenalkan!

Kata Dietitian Fizah dalam perkongsian dia di Facebook, finger food ini penting untuk bantu anak kembangkan skill mereka, malah ia berkait rapat dengan weaning. 

Namun katanya ibu bapa perlu peka dengan saiz finger food yang diberi mengikut usia. Jangan pakai bagi saja, ada risiko untuk buat anak tercekik! 

Kepentingan beri finger food bayi 7 bulan ke atas

finger food bayi 7 bulan

#1. Bantu anak kembangkan skill untuk pegang barang

Penting untuk melatih anak memegang barang dengan sendiri, apatah lagi ketika makan. Ia dapat membantu mengembangkan skill mereka dengan menggunakan otot-otot dijari. Kalau anda perasan sebaik anak masuk 9 bulan ke satu tahun, mereka sudah pandai menggunakan dua jari untuk mengambil makanan. Hebat kan?

#2. Bantu anak belajar fokus untuk menyuap makanan dalam mulut

Bukan mudah nak anak fokus pada sesuatu benda, kerana mereka ini jenis tak boleh duduk diam kalau tiada benda yang mampu distract dia. Jadi dengan menyediakan finger food, anak boleh pegang sendiri makanan tersebut dan suap sendiri makanan ke dalam mulut dengan fokus, berbanding apabila dia disuap.

#3. Bantu anak menarik minat dekat makanan depan mata (guna konsep play time waktu eating time)

Anak suka melihat benda yang ada dihadapan mata, dan apabila dia boleh merasa sendiri tekstur makanan itu menggunakan tangan. 

#4. Bantu anak belajar gigit kuantiti yang sesuai (banyak sangat tak boleh kunyah nanti)

finger food bayi 7 bulan

Disebabkan itu penting tahu saiz makanan mengikut umur. Mulakan dengan potongan memanjang untuk usia lapan bulan dan potongan makin besar meningkat usia. Apabila terus bagi saiz besar ada potensi anak masukkan semua dalam mulut tanpa menggigit. 

#5. Bantu mak ayah tentukan makanan apa yang anak suka

Apabila ibu bapa beri pilihan sendiri untuk anak pilih, ia lebih mudah. Anak akan ambil dan makan apa yang mereka mahu, dari situ ibu ayah peka lah apa yang anak suka dan tidak. 

Ciri-ciri finger food yang selamat

Waktu buat finger food tak boleh senang senang potong bagi. Bayi bukan macam orang besar semua dah pandai. Mereka masih lagi dalam fasa belajar

  1. Saiz finger food bayi 7 bulan lebih besar dari genggaman baby

senang baby nak pegang, nak belek, nak gigit. Ingat baby tak boleh pegang guna jari / pinch seperti kita. Mereka masih belajar.

Bila dah pandai menyuap dan gigit baru saiz dari potongan panjang jadi kiub besar (waktu ini usia lebih kurang 10bulan).

  1. Lembut

Tahap kelembutan adalah makanan tersebut boleh dilenyek untuk jadi makanan baby. Kalau tak boleh lenyek, maka makanan tersebut keras dan perlu di stim/rebus untuk lembutkan lagi.

Tak kisah makanan tersebut dari kumpulan karbohidrat ke sayur ke protein ke, pastikan lembut.

  1. Jangan beri dalam bentuk bulat

Contoh buah anggur, buah kiwi, pasta makaroni, kacang. Bentuk bulat ni meningkatkan risiko untuk baby tercekik.

  1. Beri dalam kuantiti sedikit

Jika terlalu banyak sukar untuk anak capai satu satu. Baby capai banyak sekali dan akhirnya bukan belajar menyuap masuk mulut, nanti bagi meja dan lantai makan.

Stories Rakan Kongsi
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
  1. Sentiasa pantau anak

finger food bayi 7 bulan

Walaupun anak sudah pandai makan finger foods,suap sendiri, parents tetap kena pantau untuk elak risiko anak tercekik.

Tapi harus tahu perbezaan gag reflex dan tercekik. Gag relfex apabila anak makan terlalu banyak atau perkenalkan makanan baru yang mereka tak kenal. Akan buat aksi muntah dan berbunyi ‘wuek’ air liur selalu meleleh.

Relaks, tengok anak dulu. Jangan terus ambil makanan. Tapi jika tercekik tiada bunyi dan nampak anak sukar nak bernafas, tiada air liur meleleh dan senyap. Perlu ambil tindakan segera.

Sumber: Dietitian fizah

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comfinger-food-untuk-bayi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Finger Food Penting Untuk Perkembangan Bayi, Tapi Kalau Salah Saiz Boleh Tercekik! Ibu Bapa Tolong Alert
Kongsikan:
  • Kepentingan Finger Food Untuk Bayi, 5 Resepi Finger Food Yang Sedap & Berkhasiat

    Kepentingan Finger Food Untuk Bayi, 5 Resepi Finger Food Yang Sedap & Berkhasiat

  • 5 Resepi Finger Food Menarik Untuk Si Kecil, Tentu Dia Senyum Comel Bila Dapat Makan!

    5 Resepi Finger Food Menarik Untuk Si Kecil, Tentu Dia Senyum Comel Bila Dapat Makan!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Kepentingan Finger Food Untuk Bayi, 5 Resepi Finger Food Yang Sedap & Berkhasiat

    Kepentingan Finger Food Untuk Bayi, 5 Resepi Finger Food Yang Sedap & Berkhasiat

  • 5 Resepi Finger Food Menarik Untuk Si Kecil, Tentu Dia Senyum Comel Bila Dapat Makan!

    5 Resepi Finger Food Menarik Untuk Si Kecil, Tentu Dia Senyum Comel Bila Dapat Makan!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.