X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Jadual pemakanan untuk bayi 6 bulan - ibu, jom tengok panduan makanan pejal ini!

3 min bacaan
Jadual pemakanan untuk bayi 6 bulan - ibu, jom tengok panduan makanan pejal ini!

Ini panduan untuk ibu bapa yang ingin mengetahui pilihan makanan paling sesuai serta kuantiti yang secukupnya mengikut jadual pemakanan bayi 6 bulan

Kebanyakkan ibu bapa pasti akan mula menetapkan jadual pemakanan bayi 6 bulan apabila bayi mereka sudah boleh makan makanan pejal.

Ini kerana pada usia ini, si kecil anda akan mula menunjukkan tanda-tanda sudah bersedia untuk mencuba makanan pejal. Tanda-tanda anak sudah sedia adalah kebolehan untuk menegakkan kepala sendiri dan hilang refleks melunjurkan lidah.

Selain itu, si kecil anda juga akan mula menunjukkan minat terhadap makanan ibu bapanya.

Tapi ini tidak bermakna ibu bapa boleh terus beri bubur biasa, ya! Biarpun diberi nama makanan pejal, makanan pertama si kecil anda sebenarnya perlulah agak cair supaya anak boleh membiasakan diri perlahan-lahan.

Jadual pemakanan bayi 6 bulan: Contoh makanan yang sesuai diberi pada bayi

jadual pemakanan bayi 6 bulan

Kalau ikut kebanyakan ibu-ibu di Malaysia, mereka akan mula dengan 1-2 sudu makanan berikut:

  • 1 sudu kecil bijirin yang dicampurkan dengan 4-5 sudu kecil susu ibu, susu formula, atau air masak.
  • Buah-buahan yang senang dilenyek seperti pisang atau avokado. Pir dan epal yang dimasak terlebih dahulu sebelum dipurikan juga pilihan yang baik.
  • Sayur-sayuran, seperti lobak merah, labu dan bunga kubis.

Apabila memperkenalkan makanan baru, berikan makanan yang sama sekurang-kurangnya 4 hari. Ini bertujuan supaya si kecil dapat membiasakan diri dengan rasa makanan itu.

Ibu bapa juga perlu memantau bayi mereka untuk sebarang reaksi alahan.

Sebaik saja si kecil anda sudah biasa makan buah dan sayur-sayuran, ibu-ibu bolehlah mula memperkenalkan makanan lain yang lebih kompleks seperti: 

  • roti, nasi, kentang, pasta dan mi,
  • makanan tenusu seperti keju dan yogurt,
  • daging, ikan, telur, kekacang.

Apabila memulakan jadual pemakanan bayi 6 bulan, cuba perkenalkan makanan yang berlainan perisa.

Jangan lupa makanan berperisa masin juga supaya bayi anda tidak hanya gemarkan makanan manis sahaja. 

Jadual pemakanan bayi 6 bulan: Berapa banyak bayi saya patut makan?

jadual pemakanan bayi 6 bulan

Jangan bimbang jika si kecil kelihatan tidak makan dengan banyak pada mula-mulanya. Ini kerana kebanyakan nutrien masih diperolehi dari susu ibu ataupun formula.

Lagipun, perut bayi anda masih kecil dan hanya memerlukan sedikit makanan saja. Buat masa ini ibu bapa patut memberi sebanyak susu ibu ataupun susu formula yang diperlukan oleh si kecil.

Kalau ikut jadual pemakanan bayi 6 bulan, bayi anda akan memerlukan dalam anggaran 500 ml hingga 600 ml susu sehari. 

Jadual pemakanan bayi 6 bulan: Nak suap dengan sudu atau pakai tangan?

Pilihlah sudu yang lembut apabila baru mula-mula memberi anak makan. Jika si kecil enggan makan dengan sudu, ibu-ibu boleh cuba suap dengan jari yang bersih. 

Kebanyakkan bayi akan menunjukkan minat untuk menyuap diri sekitar usia 7 – 9 bulan tetapi ada yang mula dari awal lagi ala baby led weaning. Ibu bapa tidak perlu bimbang.

Biarpun dengan sudu ataupun tangan, ibu bapa boleh tunjukkan caranya dulu kemudian biarkan si kecil makan sendiri. Ini sebenarnya baik untuk perkembangan motor anak, cuma, ibu bapa kena sediakan hati untuk mengemas nanti.

Ibu-ibu masih ingat tak bila anak mula gunakan sudu untuk makan? Kongsi bersama kami di ruang komen di bawah!

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Babycenter

Baca juga:

Stories Rakan Kongsi
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!
Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!

7 resepi enak untuk makanan bayi 1 tahun, ibu dah cuba belum resepi ini?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Penyusuan & Pemakanan
  • /
  • Jadual pemakanan untuk bayi 6 bulan - ibu, jom tengok panduan makanan pejal ini!
Kongsikan:
  • Cara Tetapkan Pemakanan Bayi 6 Bulan Hingga 1 Tahun, Ini Panduannya

    Cara Tetapkan Pemakanan Bayi 6 Bulan Hingga 1 Tahun, Ini Panduannya

  • Resepi Bubur Ayam Ala McD Yang Sedap & Penuh Khasiat, Bantu Anak Menjadi Bijak!

    Resepi Bubur Ayam Ala McD Yang Sedap & Penuh Khasiat, Bantu Anak Menjadi Bijak!

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Cara Tetapkan Pemakanan Bayi 6 Bulan Hingga 1 Tahun, Ini Panduannya

    Cara Tetapkan Pemakanan Bayi 6 Bulan Hingga 1 Tahun, Ini Panduannya

  • Resepi Bubur Ayam Ala McD Yang Sedap & Penuh Khasiat, Bantu Anak Menjadi Bijak!

    Resepi Bubur Ayam Ala McD Yang Sedap & Penuh Khasiat, Bantu Anak Menjadi Bijak!

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.