X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

5 Perkara Parents Patut Tahu Sebelum Beri Bayi 6 Bulan Makanan Pejal Pertama

3 min bacaan
5 Perkara Parents Patut Tahu Sebelum Beri Bayi 6 Bulan Makanan Pejal Pertama

Hmm... sedapnya bila tengok si kecil makan, cukup berselera menikmati makanan daripada air tangan bonda!

Apabila anak mencecah usia enam bulan, ibu akan rasa teruja nak sediakan makanan pertama bayi 6 bulan. Bahkan, persediaan ibu-ibu sudah tentu telah dibuat ketika umur anak berusia lima bulan, kan?

Bagaimana pula dengan anda? Apakah makanan pertama bayi 6 bulan anda? 

Sebelum menyediakan makanan pertama bayi, ibu perlu melihat pada makanan yang sesuai dan mudah dihadam si kecil. Bayi belum ada gigi, jadi ibu perlulah masak makanan pejal pertama yang halus dan lembut.

Kalau nak bagi biskut sekalipun, ia mestilah direndam atau dibancuh dengan air suam supaya bayi rasa lembut dan enak. 

Makanan pertama bayi 6 bulan – Apa yang ibu perlu sediakan?

Persediaan yang dibuat biasanya ialah dengan membeli blender untuk memudahkan ibu kisar makanan supaya ia hancur, lembut dan halus.

Selain itu, cuba dapatkan barang dapur khas buat si kecil seperti sudu baby, mangkuk kecil dan periuk khusus untuk masak bubur. 

Kenapa perlu bagi makanan pertama bayi 6 bulan?

makanan pertama bayi, makanan pertama, makanan pertama bayi 6 bulan, makanan pertama untuk bayi, makanan pertama untuk bayi umur 6 bulan, makanan pertama bayi yang pertama, puri buah makanan pertama bayi, bubur makanan pertama bayi, biskut baby makanan pertama

kredit: being happy mom

Menurut Dr Pravin Vasanthan, bayi memerlukan makanan pejal kerana susu badan saja tidak cukup untuk membekalkan khasiat pada tubuh anak.

Jika bayi tidak diberikan makanan pejal selepas 6 bulan, bayi akan mengalami kekurangan zat makanan seperti zat besi. Bahkan ia juga akan menjejaskan perkembangan bayi dari segi minda dan fizikalnya. 

Berapa kali perlu beri?

Terpulang kepada setiap individu. Tapi biasanya makanan diberikan 2 atau 3 kali sehari iaitu di sebelah pagi, petang atau malam (ikut kesesuaian).

Manakala dari segi kuantitinya pula, tidak sedikit dan tidak pula terlalu banyak. Ikutlah banyak mana yang bayi nak makan.

Kalau anda sua sudu dan lihat bayi masih buka mulut, itu tanda dia nak lagi. Jika dia menggelengkan kepala atau tak buka mulut, itu tanda dia sudah kenyang. 

Berikan si kecil anda makanan yang sama dalam masa seminggu sebelum menukar menu atau resepi lain. 

Tanda-tanda bayi sudah bersedia untuk makan makanan pejal

Ketika memberi makanan pertama bayi 6 bulan, lihat juga tanda-tanda ini. Ia membuktikan bayi sudah bersedia meneroka makanan pejal selain dari minum susu ibu. 

  • Menunjukkan minat ketika anda sedang makan 
  • Sering buat pergerakan lidah seperti sedang mengunyah.
  • Masukkan jari ke dalam mulut sebagai tanda lapar 
  • Membuka mulut ketika anda cuba menyuap sesuatu ke mulutnya. 

Resepi makanan pertama bayi 6 bulan

#1 Bubur nasi 

Bahan-bahan : 

  • Beras yang sudah dibasuh 
  • Ikan bilis yang sudah dikisar halus
  • Brokoli 
  • Isi ayam yang dikisar halus 

Cara-cara membuat 

1)Rendamkan beras selama 30 minit hingga ia sedikit lembut. 

2) Kisar beras tersebut supaya jadi halus.

3) Kemudian goreng ikan bilis dan kisar. Begitu juga dengan brokoli 

4) Potong isi ayam halus. Anda boleh kisar atau lenyek saja. 

5) Panaskan periuk dan masukkan beras tadi. Tunggu 5 minit hingga beras sedikit mendidih dan masukkan bahan-bahan yang lain.

(Nota: untuk bubur nasi ini anda boleh pelbagaikan bahan-bahan lain mengikut kesukaan bayi dan kreativiti anda untuk menjadikan makanan pertama bayi menarik dan lazat) 

Antara cadangannya ialah puri buah-buahan seperti… 

 

makanan pertama bayi, makanan pertama, makanan pertama bayi 6 bulan, makanan pertama untuk bayi, makanan pertama untuk bayi umur 6 bulan, makanan pertama bayi yang pertama, puri buah makanan pertama bayi, bubur makanan pertama bayi, biskut baby makanan pertama

Kredit: istock

  • Pisang
  • Betik
  • Labu manis
  • Kentang 
  • Baby carrot 
  • Pear 
  • Epal 
  • Brokoli 

Cara menyediakan, anda boleh memilih untuk rebus atau kukus buah-buahan tersebut sebelum ia dikisar halus.

Kalau nak lagi kreatif boleh ditambah dengan bahan-bahan lain yang sesuai seperti kismis dan kurma atau gabungkan 2 jenis buah dalam satu resepi. 

Semoga artikel ini bermanfaat dan jadikan ibu semangat untuk menyediakan makanan si kecil setiap hari 🙂 

Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Dunia Anakku

Foto kredit: Archana’s kitchen, Mom Junction, Fanshare.com, Food Network, Roti & Rice 

Baca juga: Anak Anda Sudah Bersedia Untuk Makanan Pejal? Ini Resipi Yang Boleh Dicuba!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Hidangan
  • /
  • 5 Perkara Parents Patut Tahu Sebelum Beri Bayi 6 Bulan Makanan Pejal Pertama
Kongsikan:
  • Bayi Sudah Berusia 6 Bulan? Cuba Hidangkan Buah-Buahan Untuk Pemakanan Seimbang

    Bayi Sudah Berusia 6 Bulan? Cuba Hidangkan Buah-Buahan Untuk Pemakanan Seimbang

  • 6 perkara anda patut buat dengan bayi sebelum dia berumur 1 tahun

    6 perkara anda patut buat dengan bayi sebelum dia berumur 1 tahun

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • Bayi Sudah Berusia 6 Bulan? Cuba Hidangkan Buah-Buahan Untuk Pemakanan Seimbang

    Bayi Sudah Berusia 6 Bulan? Cuba Hidangkan Buah-Buahan Untuk Pemakanan Seimbang

  • 6 perkara anda patut buat dengan bayi sebelum dia berumur 1 tahun

    6 perkara anda patut buat dengan bayi sebelum dia berumur 1 tahun

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.