4 resepi aneka bubur nasi yang lazat dan berkhasiat untuk si manja anda

Untuk ibu-ibu yang kehabisan idea nak masak apa untuk si manja, jom cuba 4 resepi bubur nasi bayi yang mudah, sedap dan berkhasiat ini! Senang saja pun nak buat...
Jika ibu-ibu kekurangan idea untuk masak apa buat si manja, apa kata ibu-ibu cuba 4 resepi bubur nasi bayi di bawah ini? Ada yang enak dan ada juga yang manis. Janji resepinya mudah untuk disediakan, sedap dan berkhasiat!
Jom kita cuba...
Resepi bubur nasi bayi #1 - Bubur brokoli dan ikan bilis
Sumber gambar dari: Little Kids
Bahan-bahan
1/2 cawan beras
50gm Brokoli
1/2 sudu kecil serbuk ikan bilis
Air secukupnya
Cara memasak
- Rebus beras hingga menjadi bubur
- Setelah beras jadi bubur masukkan brokoli biar sehingga lembut
- Kisar nasi dan brokoli tadi sehingga halus dan didihkan semula selama beberapa minit
- Masuk beberapa sudu bubur tadi dan campurkan dengan 1/2 sudu serbuk ikan bilis
Resepi bubur nasi bayi #2 - Bubur nasi tim ayam
Sumber gambar dari: Little Kids
Bahan-bahan
20g beras
650ml air
25g daging
30g tahu
1 biji tomato
1 sudu marjerin/mentega
Cara memasak
- Rebus daging ayam, tauhu, beras dan air kacau sehingga kental dan menjadi bubur
- Masukkan lobak dan tomato. kacau sehingga masak
- Resepi asal menggunakan marjerin tetapi pada pendapat saya mentega adalah pilihan yang lebih sihat. Masukkan mentega dan kacau sehingga sebati
- Hidangkan. Jika perlu, ibu-ibu boleh kisarkan supaya daging tadi senang ditelan oleh si manja
Resepi bubur nasi bayi #3 - Bubur nasi kurma
Kalau anak lebih suka bubur manis, cuba pula resepi bubur nasi bayi di bawah ini:
Sumber gambar dari: Little Kids
Bahan-bahan
20g beras
650ml air
Kurma
Lobak
Cara memasak
- Rebus beras sehingga jadi bubur
- Masukkan kurma dan lobak. Kemudian kacau sehingga sebati
- Masak sehingga lembut dan hidangkan
Resepi bubur nasi bayi #4 - Bubur susu
Sumber gambar dari: Little Kids
Bahan-bahan
3 sudu tepung beras putih/ 20gm beras**
200ml asi/susu formula
Cara memasak
- Campurkan tepung beras dan susu formula dan kacau sehingga sebati
- Setelah adunan sebati kecilkan api dan kacau perlahan-lahan
- Tunggu hingga masak
- Angkat dan sedia untuk dihidangkan
** Walaupun resepi original menggunakan tepung beras, sebenarnya lebih sihat menggunakan bubur yang dimasak dari beras biasa. Ini kerana kita tidak mahu memberi makanan yang diproses kepada bayi kita ya, nanti susah untuk dihadam.
Kalau nak juga tepung beras, ibu-ibu bolehlah kisar sendiri beras itu di rumah, sehingga menjadi tepung.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Little Kids
Baca juga:
Resipi snek untuk anak: Nugget pisang yang anak pasti berselera makan!
6 jenis bubur ini bantu naikkan berat badan bayi jadi GEMUK! Ibu dah cuba?
Ini kenapa anda WAJIB beri anak makan bubur nasi kosong seawal usia 6 bulan!
5 Perilaku Anak Yang Nampak Biasa, Tapi Sebenarnya Bahaya, Tak Boleh Dipandang Remeh!
Doktor Pediatrik Ini Kongsikan Cara Merangsang Anak Kecil Mula Bercakap, Jom Cuba Parents!