Apabila menjadi seorang ibu, badan kita akan secara semulajadi memproses susu badan untuk menjadi makanan buat si manja. Namun, ada sesetengah ibu yang dikurniakan rezeki susu badan terlalu banyak hingga melimpah ruah. Para ibu tidak perlu membuang susu tersebut, kerana kami akan berkongsi cara simpan susu badan untuk kegunaan kemudian!
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini:
- Cara simpan susu badan untuk para ibu yang mempunyai susu banyak, melimpah-ruah
- Jangan lakukan kesilapan ini dalam menyimpan susu perahan
Susu badan sangat berharga buat para ibu yang sedang membesarkan si manja. Sesetengah ibu mungkin mungkin dikurniakan rezeki yang banyak buat tumbesaran si manja. Bagi para ibu, jangan pening hendak buat apa dengan susu yang banyak itu kerana kami ada caranya!
Cara simpan susu badan untuk para ibu yang mempunyai susu banyak, melimpah-ruah
Sekiranya anda seorang ibu yang mempunyai susu yang terlalu banyak hingga melimpah-ruah, artikel ini khas untuk anda!
Terdapat banyak cara si ibu boleh gunakan untuk menyimpan susu badan supaya boleh digunakan kemudian. Tidak perlulah ibu perah banyak kali, kan?

Sebenarnya sangat ringkas dan mudah untuk para ibu simpan susu yang berlebihan itu. Namun, pastikan anda menyimpannya dengan betul supaya susu tidak mudah rosak dan anda juga tidak akan membazir tanpa sengaja.
Sebelum itu, mari kami kongsikan beberapa cara mudah untuk para ibu menyimpan susu badan yang terlalu banyak.
- Meletakkan susu di tempat yang betul dalam peti sejuk. Walaupun anda menyimpan susu di dalam peti sejuk, namun ada caranya yang tersendiri. Jika hendak menyimpan susu dalam peti sejuk, simpanlah ia dalam tempat paling dalam di peti sejuk atau di tempat sejuk beku bagi mengekalkan suhu susu tersebut.
- Jangan simpan bersama bahan basah. Jika anda hendak menyimpan susu di bahagian sejuk beku, pastikan anda tidak meletaknya di tempat yang sama bersama bahan-bahan basah. Bahan basah seperti ayam, daging, ikan dan sebagainya boleh diletakkan di dalam bekas agar baunya tidak memberi kesan kepada kualiti dan rasa susu.

- Susu yang dicairkan tidak boleh disejuk bekukan semula. Susu yang telah dicairkan tidak boleh disejuk bekukan semula kerana khuatir rasa serta nutrisinya telah berkurangan atau hilang bagi kebaikan si manja.
- Jangan campur susu. Susu yang anda baru perah tidak boleh dicampur dengan susu yang telah disejuk beku dan kemudian dicairkan. Sekiranya anda hendak mencampurkan susu, anda perlulah menyejukkan susu perahan kedua terlebih dahulu sebelum campur dengan susu yang memang sudah sedia sejuk.
- Gunakan botol atau plastik khas untuk simpan susu. Botol yang tidak bersesuaian dengan boleh mempengaruhi kualiti susu perahan.
Jangan lakukan kesilapan ini dalam menyimpan susu perahan
Cara-cara di atas sudah cukup memadai untuk menyimpan susu perahan bagi si manja dan memastikan kualiti susu tersebut terjamin.
Namun, ibu perlu berwaspada untuk elak melakukan perkara-perkara ini apabila hendak menyimpan susu.
- Menyimpan dalam bekas tercemar. Apabila menyimpan susu perahan bagi si manja, ibu perlulah menyimpan dalam bekas yang bersih agar kualiti susu terjamin dan si manja anda juga tidak akan terdedah kepada risiko kuman-kuman yang mungkin ada pada bekas simpanan tersebut.
- Menjadikan susu sebagai ais. Sesetengah ibu mungkin berasa bahawa cara penyimpanan ini lebih mudah apabila menjadikan susu perahan menjadi kiub ais, namun sebenarnya ia tidak bagus kerana risiko pencemaran bakteria. Sekiranya hendak mengguna cara ini juga, pastikan susu disimpan dalam bekas tertutup.
Sumber gambar: Taste of Home
- Bekas plastik. Ada sesetengah bekas yang tidak sesuai digunakan untuk menyimpan susu si manja. Bagi menyimpan susu dalam bekas plastik, pastikan bekas tersebut mempunyai label BPA-free sebagai alternatif yang lebih selamat.
- Menyimpan susu dengan terlalu lama. Walaupun anda menyimpan susu dalam peti sejuk, anda tidak boleh menyimpannya terlalu lama. Sekiranya susu disimpan dalam ruang peti, ia hanya akan bertahan selama 4 hari manakala jika disimpan dalam ruang sejuk beku, ia boleh bertahan secara optimum 6 bulan.
Bagi ibu-ibu yang sedang mempunyai masalah susu yang banyak hingga melimpah, bolehlah menggunakan cara ini.
Inisiatif lain untuk memastikan peti tidak penuh dengan susu ialah dengan mendermakan susu tersebut kepada para ibu yang dikenali supaya tiada masalah dari segi agama apabila bayi menginjak dewasa.
Semoga dengan artikel ini dapat membantu para ibu yang mempunyai permasalah ini!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Mengapa Susu Ibu Terbaik Buat Bayi? Ini Sebab & Perbezaan Antara Susu Ibu & Susu Formula!
Baca juga: Cara Power Pumping Betul Untuk Tambah Bekalan Susu Badan
Baca juga: Islam Larang Susu Ibu Dibuat Sabun Atau Air Mandian, Take Note Parents!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!