X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Jatuh Air Mata Seorang Ibu, Anak Berlari Bawa Anugerah Cemerlang Ke Pusara Ayahnya

21 Feb, 2022
Jatuh Air Mata Seorang Ibu, Anak Berlari Bawa Anugerah Cemerlang Ke Pusara AyahnyaJatuh Air Mata Seorang Ibu, Anak Berlari Bawa Anugerah Cemerlang Ke Pusara Ayahnya

Anugerah cemerlang diperoleh di sekolah, seorang anak buat ibu berasa sebak apabila melihat dia berlari bawa keputusan ke pusara ayahnya

Membesarkan anak seorang diri selepas kematian suami tercinta menjadi tanggungjawab besar kepada mereka bergelar ibu tunggal. Bermula keperluan harian sehinggalah pendidikan, ibulah perlu menjaganya sebaik mungkin sehingga ramai anak yatim berjaya memegang anugerah cemerlang di sekolah.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Anak berlari ke pusara ayah bawa sijil anugerah cemerlang
  • Cara mendidik anak yatim agar menjadi seorang yang berjaya

Pastinya kehilangan ketua dalam keluarga merupakan hal yang cukup menyakitkan. Namun sebagai manusia biasa, kita tidak boleh mempersoalkan takdir kerana pasangan hanyalah pinjaman sahaja di dunia ini. 

Anak berlari ke pusara ayah bawa sijil anugerah cemerlang

Seperti yang dilalui oleh seorang pengguna TikTok @arysu87, dia kerap kali berkongsikan video meluahkan perasaan rindu terhadap arwah suaminya yang telah pergi menghadap Ilahi.

anak yatim cemerlang

Lebih menyedihkan lagi, sebuah video telah mendapat perhatian ramai pengguna laman sosial tersebut. Ia memaparkan seorang anak lelaki berlari ke pusara ayah mereka sambil bawa anugerah cemerlang yang diperolehnya di sekolah.

Allahuakbar, jatuh airmata ibu. Bila anak yang rapat dan manja dengan ayah, datang bawa anugerah cemerlang di pusara. Nak cerita dekat arwah ayah.

Alhamdulillah, tahniah manja sayang ibu. Semangat arwah ayah ada kat adik kan. Mesti arwah ayah tersenyum, tiap tahun adik dapat anugerah cemerlang.

anak kematian bapa

Menurutnya sebagai ibu, dia berasa cukup sedih kerana anak lelakinya itu begitu rapat dengan arwah suami. Video berkenaan diambil dari jarak jauh dan kanak-kanak tersebut duduk di hadapan pusara itu seolah-olah menceritakan kegembiraannya memperoleh anugerah cemerlang.

Hal ini membuatkan ramai berasa sebak dan memahami ujian kehilangan yang dirasai oleh keluarga ini. 

Cara mendidik anak yatim agar menjadi seorang yang berjaya

Sebagai ibu tunggal, anda perlu memainkan peranan sebagai ibu dan ayah sekaligus pada anak-anak agar mereka dapat membesar sempurna.

Justeru, ajarkan mereka dengan nilai-nilai murni sejak kecil seperti hormat orang tua, saling membantu dan bertolak ansur dengan adik-beradik.

Bukan itu sahaja, lakukan beberapa perkara lain seperti:

#1. Menceritakan pelbagai kenangan yang baik

Bagi mengingatkan anak yatim bahawa mereka pernah memiliki keluarga yang lengkap, anda boleh menceritakan kenangan indah tentang pasangan yang sudah meninggal.

Anak kecil biasanya sukar mengingat setiap apa yang terjadi, jika anda sering kali berceritakan kepada mereka, anak-anak dapat mengenangnya sehingga dewasa kelak.

#2. Tetapkan rutin harian yang sihat

Meskipun bergelar ibu tunggal membuatkan anda sibuk, tetapkan rutin anak-anak supaya mereka menjadi lebih berdisiplin dan bersemangat. Selitkan sekali dengan kelas agama atau mengaji pada waktu petang atau malam, besar nanti anak-anak menjadi saham akhirat buat anda dan pasangan.

besarkan anak yatim

#3. Minta bantuan orang lain

Bila anda perlu keluar mencari rezeki, tidak ada salahnya untuk mendapatkan pengasuh atau meminta bantuan jiran mahupun orang terdekat bagi mengawasi anak-anak.

Membahagikan tugasan menjaga anak-anak tidak bermakna anda seorang ibu kurang bertanggungjawab, ini adalah untuk memudahkan anda melakukan tugasan harian.

#4. Ajarkan anak-anak dengan nilai keikhlasan

Jika anda mula membandingkan keluarga dengan keluarga lain yang memiliki anggota lengkap, katakan padanya bahawa setiap keluarga memiliki kelebihan yang berbeza.

Ceritakan kepada mereka ada anak yang hidupnya hanya bergantung kepada belas ihsan datuk dan nenek, ada juga anak yang terpaksa tinggal di rumah anak yatim kerana tiada siapa sanggup menjaganya.

Bila anak mula merindukan ayah yang sudah meninggal dunia, anda tunjukkan seseorang seperti datuk, nenek, ibu atau bapa saudara sentiasa bersama berkongsi kasih sayang dengannya.

Apapun, tanamkan pada diri anak untuk ikhlas menerima kenyataan dan ajarkan dia untuk terus bersemangat menjalani kehidupan biarpun statusnya anak yatim.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tak Lupa Jasa Keluarga Angkat, Anak Yatim Ini Hadiahkan Mereka Sebuah Banglo MEWAH

Stories Rakan Kongsi
Why Parents Should Focus So Much On Early Growth In Their Kids
Why Parents Should Focus So Much On Early Growth In Their Kids
Ibu di Malaysia Berkongsi Rahsia Mengapa Anaknya Jarang Sekali Jatuh Sakit
Ibu di Malaysia Berkongsi Rahsia Mengapa Anaknya Jarang Sekali Jatuh Sakit
Food Delivery from Sunway Pyramid: Just ‘Order & Collect’ Your Family Meals from Multiple Retailers in ONE DELIVERY!
Food Delivery from Sunway Pyramid: Just ‘Order & Collect’ Your Family Meals from Multiple Retailers in ONE DELIVERY!
Tips Untuk Membesarkan Anak Dengan Sihat & Ceria, Ibu Ayah Wajib Ambil Tahu 5 Perkara Ini
Tips Untuk Membesarkan Anak Dengan Sihat & Ceria, Ibu Ayah Wajib Ambil Tahu 5 Perkara Ini

Baca juga: Sejuk Perut Ibu Mengandung, Anak Yatim Digelar Google Al-Quran & Miliki Kelebihan Luar Biasa

Baca juga: Ibu Yang Gemar Makan Kacang Ketika Trimester Pertama Cenderung Miliki Anak Yang Bijak-Kajian

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Jatuh Air Mata Seorang Ibu, Anak Berlari Bawa Anugerah Cemerlang Ke Pusara Ayahnya
Kongsikan:
  • Baru Berusia Setahun Lebih, Anak Saudara Yuna Meninggal Dunia Akibat Covid-19

    Baru Berusia Setahun Lebih, Anak Saudara Yuna Meninggal Dunia Akibat Covid-19

  • Patutlah Senyap Bila Ibu Cari Tak Jumpa, Rupanya Anak Sedap Tidur Dalam Peti Sejuk

    Patutlah Senyap Bila Ibu Cari Tak Jumpa, Rupanya Anak Sedap Tidur Dalam Peti Sejuk

  • Simpan Baldi & Tutup Pintu Bilik Air, Anak Yang Sedang Aktif Berisiko Lemas Sekelip Mata!

    Simpan Baldi & Tutup Pintu Bilik Air, Anak Yang Sedang Aktif Berisiko Lemas Sekelip Mata!

app info
get app banner
  • Baru Berusia Setahun Lebih, Anak Saudara Yuna Meninggal Dunia Akibat Covid-19

    Baru Berusia Setahun Lebih, Anak Saudara Yuna Meninggal Dunia Akibat Covid-19

  • Patutlah Senyap Bila Ibu Cari Tak Jumpa, Rupanya Anak Sedap Tidur Dalam Peti Sejuk

    Patutlah Senyap Bila Ibu Cari Tak Jumpa, Rupanya Anak Sedap Tidur Dalam Peti Sejuk

  • Simpan Baldi & Tutup Pintu Bilik Air, Anak Yang Sedang Aktif Berisiko Lemas Sekelip Mata!

    Simpan Baldi & Tutup Pintu Bilik Air, Anak Yang Sedang Aktif Berisiko Lemas Sekelip Mata!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.