X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Sengsara Bila Kematian Suami, Ini Yang Isteri Wajib TAHU Tentang KWSP Bila Suami Tiada

4 min bacaan
Sengsara Bila Kematian Suami, Ini Yang Isteri Wajib TAHU Tentang KWSP Bila Suami Tiada

Hak isteri selepas suami meninggal perlu mengikut pembahagian faraid. Meskipun isteri adalah penama, ia bukan bermakna menjadi hak mutlak anda seorang

Ramai sebenarnya masih kurang pengetahuan akan hak isteri selepas kematian suami. Sehingga ada waris dan ahli keluarga suami sanggup bertikam lidah untuk merebut harta si mati tanpa persetujuan isteri disebabkan oleh tidak meninggalkan wasiat.

Ia adalah perkara yang sangat biasa berlaku dalam masyarakat hari ini. Selain harta berbentuk kereta dan rumah, simpanan KWSP juga perlu dibahagikan secara faraid meskipun penama si mati adalah isterinya.

Hak isteri ke atas duit KWSP setelah suami meninggal dunia

hak isteri selepas kematian suami

foto: freepik

Berdasarkan penerangan oleh seorang ‘speaker’ mengenai kewangan, sekiranya penama si mati merupakan isterinya, ia tidak bermakna keseluruhan duit tersebut adalah milik pasangannya. Hal ini kerana kiraan faraid juga boleh dituntut oleh ibu, bapa dan anak si mati.

Justeru, mari kita lihat penjelasan daripada Azizul Azli Ahmad menerusi perkongsiannya di laman Facebook.

”Akak buntu dan tidak ada duit sekarang ni. Duit arwah suami akak, semua sudah dibekukan.”

Pening sebab perniagaan arwah tetap kena diteruskan, tapi akak langsung tiada duit, hutang dengan supplier pun sudah banyak. Nak bayar gaji pekerja lagi,” menangis akak tu.

”Tak apa kak. Saya bantu semampu saya.”

”Tak payah cerita bisnes, dik. Perbelanjaan rumah, hutang kereta akak, kad kredit, sebelum ini arwah bayarkan tapi atas nama akak.”

Rumah yang akak tengah duduk sekarang ini pun, adik beradik arwah sudah mula tanya hak mereka. Arwah pernah cakap, dia ada namakan akak sebagai penama di KWSP. Sebab arwah kata, semua duit KWSP akan jadi hak akak.

Bahagian isteri hanyalah 1/8 sahaja walaupun penama KWSP

hak isteri suami meninggal

credit to sources

Sebenarnya KWSP bukanlah hak milik mutlak isteri setelah suami meninggal dunia. Bahagian isteri cuma 1/8 sahaja sekalipun anda penama KWSP berkenaan. Sebagai contoh, duit KWSP suami ada RM100,000. Kalau suami meninggal dunia, hak isteri sedikit sahaja, cuma RM12,500.

Selebihnya adalah hak waris faraid yang lain. 

Sambung semula kisah wanita tersebut, rupanya bahagian akak sedikit sahaja. Anak akak pula seorang perempuan. Rupanya dia punya hak tidak banyak. Itu pun tidak settle-settle lagi. Bila arwah sudah pergi, ramai pula ahli keluarga yang nak tuntut hak diorang. Akak buntu.

Itulah kisah yang kita ambil iktibar. KWSP bukan hak milik mutlak penama. Penama sebagai urus tadbir sahaja, segala wang tersebut akan difaraidkan.

Pembahagian faraid secara umum

Kiraan mudah, secara umumnya pembahagian faraid adalah seperti berikut:

  • Bapa si mati: 1/6
  • Ibu si mati: 1/6
  • Isteri: 1/8
  • Biasanya baki akan dapat pada anak-anak. Anak lelaki dua bahagian, anak perempuan satu bahagian.
  • Kalau tiada anak lelaki, jadi baki harta akan diberi pada bapa si mati.
  • Kalau bapa si mati telah tiada, adik beradik si mati juga ada bahagiannya masing-masing.

Ini secara umum sahaja, untuk lebih detail, anda kena semak semula dengan petadbir urus harta sebab lain situasi, lain pembahagian faraidnya.

5 kesengsaraan isteri selepas kematian suami tercinta

hak isteri kematian suami

credit to sources

  1. Wang dalam akaun arwah suami tidak boleh diguna selagi proses faraid belum selesai. Sekiranya anda tahu nombor pin ATM arwah pun tidak boleh dipakai untuk kegunaan sendiri.
  2. Wang dalam KWSP bukan hak mutlak isteri walaupun dia sebagai penama. Penama hanya sebagai WASI untuk menjalankan tanggungjawab uruskan wang tersebut bagi proses faraid. Isteri akan dapat 1/8 sahaja dari jumlah tersebut. Tidak banyak kan?
  3. Survival mode on! Sebelum proses faraid selesai, isteri amat memerlukan wang untuk teruskan kehidupan seperti biasa bersama anak-anak. Jika semua sepakat dalam proses faraid ini pun, ia akan ambil masa 6 bulan. Kalau tidak sepakat, mungkin makan bertahun juga baru selesai.
  4. Kos pengurusan harta faraid seperti kos guaman, pengangkutan dan lain-lain. Kebanyakan masa kini, waris lain tidak mahu keluarkan duit untuk kos tersebut dan hanya ingin dapatkan bahagian mereka sahaja. Jadi isterilah yang kena bersedia keluarkan duit membiayainya.
  5. Isteri juga perlukan duit untuk tebus harta daripada waris yang berhak faraid ke atas harta tersebut. Katakanlah ada satu rumah idaman yang isteri bina bersama suami, alih-alih kena jual sebab tidak boleh nk tebus harta tersebut. Jadi persiapkan diri anda awal-awal dengan duit simpanan sekiranya berlaku perkara sebegini.

Isteri kena ambil tahu pasal ini, suami pun kena ambil tahu dan ceritakan pada isteri masing-masing. Sengsara ni, dah ramai isteri yang lalui selepas kematian suami.

Isteri pujuklah suami untuk sediakan Hibah Takaful sementara masih sihat dan sempat bagi memudahkan urusan kelak.

Sumber: Azizul Azli Ahmad

Kredit foto: apaceritatv

Stories Rakan Kongsi
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: ”Ibu Masak Nasi Je, Lauk Belum Lagi, Lepas Tu Ibu Mati,” Kisah Sedih Anak Menyaksikan Ibu Meninggal Dunia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Sengsara Bila Kematian Suami, Ini Yang Isteri Wajib TAHU Tentang KWSP Bila Suami Tiada
Kongsikan:
  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • 13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • 13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham