Apabila anda pertama kali menjadi ibu bapa, salah satu perkara yang orang ramai tidak memberi amaran kepada anda ialah pelbagai maklumat yang anda PERLU perolehi sepantas kilat bagi mengikuti perkembangan anak anda.
Anak anda akan membesar dalam sekelip mata dan melalui peristiwa penting dengan begitu pantas. Ada satu pepatah keibubapaan yang popular mengatakan “hari terasa panjang tetapi tahun amat singkat” sangat benar.
Oleh itu, semasa anda bergelut untuk menjadi ibu bapa dan menyesuaikan diri dengan tugas berat membesarkan anak, akan ada beberapa perkara yang terabai.
Walau bagaimanapun, satu perkara utama yang tidak boleh diabaikan oleh setiap ibu bapa ialah kesihatan keluarga. Tetapi dengan jadual yang sibuk, bagaimana untuk anda mengetahui semua berkaitan kesihatan keluarga?
Kami di sini untuk membantu.
Penyakit-Penyakit Yang Anda Perlu Tahu Agar Dapat Lindungi Keluarga
Kredit: Shutterstock
Terdapat banyak penyakit berbahaya yang terus melanda populasi manusia dan menyebabkan kematian setiap hari.
Tetapi anda tidak perlu mengetahui segala-galanya untuk anda dapat melindungi anak dan keluarga anda.
Beberapa penyakit lazim yang perlu anda waspadai, untuk seisi keluarga, adalah pertusis (lebih dikenali sebagai batuk kokol), rotavirus, influenza, hepatitis A dan B, difteria, tetanus, campak, beguk, rubella, varicella (juga dikenali sebagai cacar air), Meningokokal, dan pneumokokal.
Bergantung pada kumpulan umur ahli keluarga anda, ada sesetengah penyakit yang memberi kesan lebih teruk berbanding penyakit lain.
Walaupun kami tidak akan menerangkan secara terperinci untuk setiap satu daripada penyakit ini, sebagai pelindung keluarga, berikut adalah beberapa penyakit yang anda perlu berhati-hati.
Batuk kokol adalah jangkitan yang sangat berjangkit yang menyerang saluran pernafasan, dan disebabkan oleh bakteria Bordetella pertussis. Ia boleh merebak melalui batuk atau bersin. Jika anda mempunyai anak kecil di rumah, anda perlu lebih berhati-hati kerana bayi berisiko tinggi untuk berjangkit dan ia mampu meragut nyawa. Jika anak anda mengalami jangkitan ini, simptomnya termasuk demam, hidung berair dan batuk, yang mungkin beransur-ansur menjadi batuk teruk diikuti dengan batuk kokol (oleh itu dinamakan batuk kokol)1.
Influenza, penyakit lebih serius daripada selesema biasa, adalah jangkitan virus akut pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh sekumpulan virus. Ia bermula dengan demam mengejut, kemudian batuk (biasanya kering), sakit kepala, sakit otot dan sendi, lesu teruk (rasa tidak sihat), sakit tekak dan juga hidung berair. Ia boleh menyebabkan penyakit yang teruk atau kematian terutamanya kepada orang yang berisiko tinggi2.
Rotavirus adalah virus yang menyebabkan keradangan dalam perut dan usus, yang mengakibatkan cirit-birit, muntah dan demam. Rotavirus berjangkit pada bayi, kanak-kanak kecil dan mereka yang terdekat. Tetapi gejala lebih teruk untuk kumpulan umur yang lebih muda. Rotavirus sering ditemui dalam najis dan boleh merebak apabila anda menukar lampin bayi dan ia sampai ke tangan anda atau ke mana-mana permukaan. Jika seseorang dalam keluarga dijangkiti rotavirus, gejala mungkin tidak muncul selama kira-kira 2 hari, kemudian mereka akan mengalami demam, muntah dan sakit perut. Cirit-birit akan menyusul selepas gejala ini mula berunsur baik3.
Walaupun Hepatitis A tidak begitu lazim di Malaysia sekarang, 50% rakyat Malaysia di bawah 30 tahun dianggarkan tidak mempunyai sebarang antibodi terhadapnya. Manakala Hepatitis B dianggarkan mampu menjejaskan 1 juta rakyat Malaysia4. Seseorang yang menghidap Hepatitis A akan mengalami radang hati yang boleh menyebabkan penyakit ringan hingga teruk dan berkemungkinan dijangkiti melalui pengambilan makanan dan air yang tercemar, melalui hubungan rapat dengan orang yang dijangkiti, kebersihan diri yang tidak baik atau seks oral-dubur5.
Hepatitis B pula ialah jangkitan virus yang menyerang hati. Ia boleh menyebabkan penyakit akut dan kronik. Lazimnya, ia berjangkit daripada ibu kepada anak semasa kelahiran, atau melalui sentuhan dengan darah atau cecair badan lain semasa hubungan seks dengan pasangan yang dijangkiti. Ia juga boleh disebarkan melalui suntikan yang tidak selamat atau pendedahan kepada objek tajam6.
Bagaimana Untuk Lindungi Anak dan Keluarga Daripada Penyakit Berbahaya?
Terdapat beberapa cara untuk melindungi keluarga anda daripada dijangkiti penyakit-penyakit ini.
Penyakit seperti rotavirus boleh ditemui pada permukaan (jika najis anak anda mempunyai rotavirus dan anda lap najis, virus boleh sampai ke tangan dan apabila anda menyentuh permukaan lain, ia mungkin merebak)3, manakala influenza2, campak, beguk dan rubella boleh merebak melalui titisan atau hubungan rapat dengan individu yang dijangkiti (apabila mereka batuk atau bersin)7, jadi menjaga kebersihan rumah, mencuci tangan, menggunakan pensanitasi tangan dan memakai topeng penting untuk melindungi keluarga daripada penyakit ini.
Jika pusat jagaan anak anda mengalami wabak cacar air, sebaiknya elak terus menghantar mereka ke sana. Memandangkan kita tidak tahu status perubatan setiap orang yang kita jumpa, jadi kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan keluarga daripada dijangkiti penyakit ini.
Itulah sebabnya ibu bapa harus berbincang dengan doktor tentang vaksin terhadap penyakit ini sama ada ia sesuai untuk diambil. Memandangkan terdapat vaksin yang tersedia untuk semua penyakit ini, ibu bapa akan rasa lebih tenang apabila seluruh keluarga mereka dilindungi.
Perkara yang Perlu Dipertimbangkan Apabila Berkaitan dengan Vaksinasi
Kredit: Shutterstock
Pada masa ini terdapat banyak vaksinasi yang disenaraikan dalam Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) di Malaysia dan vaksin-vaksin ini ditawarkan di klinik kerajaan tempatan, namun, ini tidak meliputi senarai penuh vaksinasi.
Yang tidak terdapat dalam NIP sebagai contoh termasuk, influenza dan rotavirus.
Tetapi vaksin ini juga penting untuk anda pertimbangkan agar anda dapat melindungi keluarga daripada penyakit ini.
Ia agak memeningkan untuk fikir tentang vaksin yang anda perlukan buat peringkat umur berbeza. Sebagai contoh, anda wajib mengambil vaksin Meningokokal jika anda bercadang untuk melakukan Haji & Umrah seperti yang dikehendaki oleh Kerajaan Arab Saudi8.
Atau jika anda banyak menghabiskan masa di ruang tertutup, seperti di pejabat atau sekolah, anda akan mendapat manfaat daripada vaksin terhadap penyakit difteria, tetanus dan pertusis9.
Ia juga sangat penting bagi ibu hamil untuk mengambil vaksin ini semasa trimester ketiga untuk melindungi bayi daripada penyakit difteria, tetanus dan pertusis.
Jika anda menjalankan perniagaan di rumah di mana anda mengendalikan makanan dengan kerap, mungkin anda boleh pertimbangkan untuk mengambil vaksin terhadap kepialu untuk mengelakkan dijangkiti virus Salmonella typhi10.
Jika ini terlalu banyak informasi untuk anda terima, jangan risau.
Gunakan Alat Ini Untuk Membantu Melindungi Keluarga Anda
Memandangkan ibu bapa sentiasa sibuk, kita memerlukan bantuan sebanyak mungkin dalam mengumpul maklumat yang betul pada masa yang sesuai. Kita bukan sahaja penjaga utama anak-anak, malah kita juga penjagaan utama ibu bapa kita yang kian berusia dan yang paling penting, diri sendiri!
H.A.L.O. (Health Age Lifestyle Occupation) iaitu satu kuiz pantas akan membantu anda mengenal pasti beberapa penyakit untuk divaksin, dan berunding dengan doktor untuk diri sendiri dan keluarga anda*.
Sebagai contoh, ini membantu untuk mengesyorkan vaksinasi jika anda menjaga kanak-kanak kecil atau remaja, atau jika anda hamil, atau jika anda mempunyai ibu bapa yang lebih tua untuk dijaga dan juga untuk diri anda sendiri.
Ia mengambil kira sama ada anda sedang cuba untuk hamil dan jika anda mengalami gangguan imun. Ia juga secara ringkas bertanya sama ada anda pernah menghidap sebarang penyakit kronik, kemudian pergi ke usia anda dan jika anda kerap mengembara.
Ia juga menanyakan beberapa soalan gaya hidup lain, seperti keadaan pekerjaan anda, yang boleh membantu membentuk keputusan sama ada jika anda perlukan vaksinasi tersebut.
Kemudian dengan semua maklumat yang anda masukkan (yang sepatutnya tidak mengambil masa lebih daripada 5 minit!), anda akan mempunyai senarai yang agak komprehensif untuk diperiksa untuk kesihatan anda dan keluarga anda melalui alat autoritatif ini.
Jika anda ingin mencuba alat ini sendiri, anda boleh melawati tapak web INI atau mengimbas kod QR di sini!
*Penafian: H.A.L.O. senarai semak bertindak sebagai alat panduan, tetapi bukan pembuat keputusan yang muktamad dalam keperluan vaksinasi peribadi anda atau keluarga anda. Sentiasa berunding dengan doktor untuk memuktamadkan senarai vaksin yang diperlukan untuk diri sendiri dan keluarga.
NP-MY-VX-JRNA-220001 05/22
GlaxoSmithKline Pharmaceutical Sdn Bhd (3277-U)
Bahan pendidikan ini dibawakan kepada anda oleh GSK
©2022 kumpulan syarikat GSK atau pemberi lesennya
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi doktor anda
Rujukan:
- World Health Organization. (n.d.). Pertussis. World Health Organization. Retrieved December 9, 2021, from www.who.int/health-topics/pertussis#tab=tab_1.
- World Health Organization. (n.d.). Influenza (seasonal). World Health Organization. Retrieved December 10, 2021, fromwww.who.int/news-room/fact-sheets/detail/influenza-(seasonal)
- WebMD. (n.d.). What Is Rotavirus? Causes, Treatment, and Prevention. WebMD. www.webmd.com/children/guide/what-is-rotavirus.
- Raihan R. Hepatitis in Malaysia: Past, Present, and Future. Euroasian J Hepato-Gastroenterol 2016;6(1):52-55. pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/29201726/#:~:text=Malaysia%20is%20a%20country%20of,with%20hepatitis%20B%20in%20Malaysia.
- World Health Organization. (27 July 2021). Hepatitis A. World Health Organization. Retrieved December 10, 2021, from www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/hepatitis-a
- World Health Organization. (27 July 2021). Hepatitis B. World Health Organization. Retrieved December 10, 2021, from www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/hepatitis-b
- Measles, mumps, and rubella (MMR) vaccine. Measles, Mumps, and Rubella (MMR) – Health Encyclopedia – University of Rochester Medical Center. (n.d.). Retrieved February 22, 2022, from www.urmc.rochester.edu/encyclopedia/content.aspx?contenttypeid=90&contentid=P02250#:~:text=The%20measles%2C%20mumps%2C%20and%20rubella,of%20persons%20with%20the%20viruses.
- The Royal Embassy of Saudi Arabia. Hajj and Umrah Health Requirements | The Embassy of The Kingdom of Saudi Arabia. (n.d.). Retrieved February 22, 2022, from www.saudiembassy.net/hajj-and-umrah-health-requirements
- Centers for Disease Control and Prevention. (2017, August 10). Tdap (pertussis) vaccine and pregnancy. Centers for Disease Control and Prevention. Retrieved December 10, 2021, from www.cdc.gov/vaccines/pregnancy/hcp-toolkit/tdap-vaccine-pregnancy.html.
- World Health Organization. (n.d.). Typhoid. World Health Organization. Retrieved December 9, 2021, from www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/typhoid.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!