4 Perkara Anda Wajar Tahu Masa Pemeriksaan 12 Bulan Anak Anda

Jom sediakan diri anda dengan 4 perkara ini sebelum pergi berjumpa doktor untuk pemeriksaan anak selepas berusia 12 bulan. Ia amat berguna!
Pemeriksaan anak selepas 12 bulan
Setelah ada anak, antara rutin bulanan baru buat para ibu bapa ialah pemeriksaan anak dengan doktor.
Bermula dari bulan pertama hinggalah ke bulan 12.
Sekarang apabila anak anda sudah berusia setahun, dari hanya datang dan menadah telinga mendengar apa yang bakal disampaikan doktor, apa kata sediakan diri anda dengan 4 perkara berikut untuk ditanya pada doktor.

Kredit: Parenthub
1. Vaksin
Tanya pada doktor jika dia boleh beri sesuatu bagi mengurangkan rasa sakit anak anda selepas suntikan vaksin seperti krim sapuan anestetik atau EMLA.
Ini kerana bagi pemeriksaan 12 bulan, jika anak anda mengambil suntikan vaksin mengikut jadual, ada beberapa suntikan vaksin yang mungkin akan diberikan kepada anak anda, iaitu;
Dos terakhir:
- Haemophilus influenza type B (Hib)
- Hepatitis B (HepB) vaccine
- Inactivated polio vaccine (IPV)
Suntikan tambahan:
- Pneumococcal conjugate vaccine (PCV)
Dos pertama:
- Measles, mumps, rubella (MMR) vaccine
- Varicella (chicken pox)
- Hepatitis A (HepA)
Bonus:
- Influenza (flu)
2. Tumbesaran si kecil
Anda pasti ingin tahu rekod tumbesaran anak anda. Ia bukanlah perkara baru, tetapi carta 12 bulan adalah cukup menarik untuk anda lihat perkembangan tumbesaran anak anda.
Carta 12 bulan adalah cukup menarik untuk anda lihat perkembangan tumbesaran anak anda.
Bagi anak lelaki, doktor akan melihat berat sekitar 7.8 kg hingga 11.8 kg, dan ketinggian 71.3 cm hingga 81.2 cm.
Bagi perempuan pula, sedikit kecil berbanding lelaki, jadi doktor akan melihat berat sekitar 7.1 kg hingga 11.3 kg dan ketinggian, 69.2 cm hingga 78.9 cm. Ukur lilit kepala juga diukur bagi memastikan saiz kepala mereka di dalam julat yang sihat.
Ukur lilit kepala juga diukur bagi memastikan saiz kepala mereka di dalam julat yang sihat.
Anda boleh rujuk carta seperti di bawah:

Jadual perkembangan bayi lelaki. Foto ehsan: Hello Sehat

Jadual perkembangan bayi perempuan. Foto ehsan: Hello Sehat
Seiringan dengan ini, doktor akan memeriksa anggota badan yang lain bagi memastikan semuanya dalam keadaan normal dan sihat.
3. Pemeriksaan perkembangan
Doktor juga akan menyoal tentang perkembangan anak anda.
Namun harus diingat, perkembangan seseorang bayi adalah berbeza.
Jadi jangan terlalu risau dengan hal ini. Secara amnya, seorang kanak-kanak berusia 12 bulan harus sudah boleh:
- meniti, bertatih atau berjalan
- makan makanan pejal
- ada lebih kurang 8 batang gigi
- tahu sekurang-kurangnya satu perkataan selain mama dan papa
- menunjuk ke arah apa yang mereka mahukan
- memberi respon sekiranya nama mereka dipanggil
- mengutip benda menggunakan jari
- bermain ‘cak cak’
4. Buat persediaan untuk berjumpa doktor
Berikan semua maklumat yang diperlukan pada doktor.
Contohnya beri buku rekod rawatan yang merekod semua senarai suntikan yang pernah diterima.
Dan pastikan anda bersedia untuk bercakap tentang masalah kesihatan anak anda, jika ada.
Jika anda menghantar anak anda ke pusat jagaan atau taska, dapatkan maklumat yang anda perlu tahu daripada cikgu/penjaga terlebih dahulu.
Mungkin perkembangan atau masalah mereka di waktu anda berada di pejabat. Dan anda boleh dapatkan pendapat doktor mengenainya.
Senaraikan soalan yang anda ingin tanya kepada doktor supaya mudah unntuk anda ingat soalan-soalan yang perlu ditanya.
Termasuklah bagaimana membantu meningkatkan berat badan anak atau sekiranya jika anak anda terjatuh dan lebam dikepala contohnya.
Bersedia adalah lebih baik dari tiada apa-apa bukan. Kongsikan bagaimana cara anda pula.
Sumber: Fatherly dan Hello Sehat
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: Tahap Perkembangan (Milestone) Bayi 0-12 Bulan Dalam Jadual
Panduan Lengkap: Tumbesaran Dan Milestone Anak Anda Yang Berusia 12 Bulan
5 pemeriksaan yang perlu anda buat sepanjang proses mengandung, jangan tertinggal ya!
Ayah Kongsi 7 Tanda Yang Buat Dia Sedar Anaknya Ada Autisme, Parents Lain Pun Kena Peka!
Luka Bersalin Bernanah Teruk, Ibu Jangan Cuba Petua MENGARUT Ketika Dalam Pantang!