X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

6 masalah penglihatan dengan kesan jangka panjang yang penting ibu bapa perlu tahu

4 min bacaan
6 masalah penglihatan dengan kesan jangka panjang yang penting ibu bapa perlu tahu

Ini antara 6 masalah penglihatan kanak-kanak yang boleh memberi kesan jangka panjang pada kesihatan anak. Ibu bapa perlu ambil lebih perhatian tentangnya.

Semua ibu bapa akan cuba memastikan anak mereka tidak menghadapi sebarang masalah penglihatan kanak-kanak kerana ini boleh memberi kesan pada hidup mereka.

Walaupun masalah seperti rabun jauh (miopia) dan rabun dekat (hipermetropia) boleh dikesan dengan mudah, terdapat beberapa masalah penglihatan lain yang kurang diketahui.

Mari kita ketahui antara 6 masalah penglihatan kanak-kanak yang boleh memberi kesan jangka panjang pada anak anda.

1. Ambliopia atau mata malas

masalah penglihatan kanak-kanak

Jika masalah penglihatan kanak-kanak ini dikesan lambat, ketika anak berumur 9-10 tahun, ia akan lebih susah untuk dirawat. Sumber gambar : Explore Biotech

Ambliopia juga dikenali sebagai mata malas. Ia disebabkan oleh strabismus (mata juling), rabun dekat atau rabun jauh, ataupun sesuatu yang menghalang cahaya dari menembusi mata, contohnya katarak.

Menurut University of Oklahoma Eye Institute, ambliopia boleh dirawat jika dikesan awal, apabila anak masih dalam lingkungan usia prasekolah. Jika masalah penglihatan kanak-kanak ini dikesan lambat, ia akan lebih susah untuk dirawat.

Apa ibu bapa perlu tahu: Jika ada mata anak yang lebih kecil dari mata yang lain atau mata yang lebih lemah, penglihatan berganda, serta masalah untuk mengagak jarak, anak mungkin mempunyai ambliopia. Rawatan termasuk cermin mata preskripsi, titisan mata, penampalan, atau pembedahan.

2. Epifora atau air mata asyik keluar

masalah penglihatan kanak-kanak

Pengaliran air mata berlebihan adalah salah satu tanda masalah penglihatan kanak-kanak. Sumber gambar: Flickr |Yafüt™

Epifora atau pengaliran air mata berlebihan yang tidak normal boleh dikesan sejurus anak lahir. Semasa bayi, ia akan nampak seperti saluran air mata yang tersekat.

Menurut American Academy of Ophthalmology, tanda-tanda saluran air mata yang tersekat ialah mata yang berair atau pengaliran air mata yang berterusan dari mata bayi.

Apa ibu bapa perlu tahu: Saluran air mata yang tersekat biasanya akan pulih sendiri apabila anak berusia 1 tahun.

Doktor boleh menunjukkan cara mengurut kawasan mata anak untuk melancarkan saluran air mata yang tersekat. Masalah penglihatan kanak-kanak ini akan semakin pulih apabila anak berusia 6-12 bulan dan rawatan biasa ialah dengan menggunakan titisan mata.

3. Masalah penglihatan kanak-kanak akibat perkembangan tidak normal

6 masalah penglihatan dengan kesan jangka panjang yang penting ibu bapa perlu tahu

Mikroftalmia (saiz mata yang lebih kecil dari biasa). Sumber gambar: Esthetic Eyes

Terdapat masalah penglihatan yang boleh berlaku pada bayi dalam kandungan seperti koloboma (lubang dalam mata), mikroftalmia (saiz mata yang lebih kecil dari biasa) dan hipoplasia saraf optik (saraf optik yang kurang berkembang).

Apa ibu bapa perlu tahu: Masalah penglihatan kanak-kanak akibat perkembangan yang tidak normal ini boleh menyebabkan anak hilang penglihatan. Contohnya, penglihatan bayi dengan masalah koloboma bergantung kepada lokasi dan saiz lubang dalam mata.

Jika lubang itu berada di bahagian iris, lubang berbentuk lubang kunci akan kelihatan dalam mata anak. Kanak-kanak dengan masalah mikroftalmia pula akan mempunyai mata yang lebih kecil dari biasa.

4. Katarak pada mata kanak-kanak

masalah penglihatan kanak-kanak

Rupa katarak kanak-kanak. Sumber gambar: advancedeyehospital.com

Sama dengan masalah katarak pada orang dewasa, katarak kanak-kanak boleh dikesan dengan bentuk kabur dalam mata atau kanta mata yang nampak kabur. Kanta mata normal biasanya jelas dan tidak nampak kabur.

Walapun katarak biasa melanda orang dewasa, ia juga boleh berlaku kepada bayi dan kanak-kanak.

Apa ibu bapa perlu tahu: Untuk mengelakkan kerosakan visual yang berkekalan, ibu bapa harus membawa anak berjumpa doktor untuk pengesanan awal dan rawatan sebaik saja keadaan itu disyaki.

Mata yang salah jajaran atau menunjukkan kawasan kabur keputihan mungkin tanda awal katarak. Rawatan melalui cermin mata, kanta sentuh, atau penutup mata mungkin disyorkan.

Tapi untuk kes-kes yang teruk, pembedahan mungkin diperlukan supaya penglihatan kanak-kanak tidak semakin teruk.

5. Glaukoma kanak-kanak

masalah penglihatan kanak-kanak

Sumber gambar: Stanford Medicine – Stanford University

Glaukoma adalah hasil tekanan tinggi pada mata yang boleh mengakibatkan kerosakan saraf optik. Saraf optik adalah bahagian penting dalam mata yang mengawal penglihatan.

Masalah penglihatan kanak-kanak ini sangat serius dan boleh mengakibatkan anak kehilangan penglihatan sepenuhnya dan ini adalah keadaan yang kekal.

Apa ibu bapa perlu tahu: Ini adalah masalah penglihatan kanak-kanak yang jarang berlaku tapi bawa anak berjumpa doktor jika anda perasan anak selalu mengerlipkan mata, tidak suka cahaya terang, bermata merah, mempunyai kanta mata yang kabur dan mata yang sering berair..

Stories Rakan Kongsi
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca

6. Retinopati pramatang (ROP)

masalah penglihatan kanak-kanak

Sumber gambar: The JAMA Network

Masalah penglihatan kanak-kanak ini berlaku apabila saluran darah dalam retina tidak berkembang dengan normal. Ini biasanya berlaku kepada anak pramatang.

Walaupun tanda-tandanya kelihatan ringan, ia boleh berkembang menjadi lebih serius dan meningkatkan risiko anak kehilangan penglihatan.

Apa ibu bapa perlu tahu: Walaupun ROP boleh pulih sendiri, ada juga kes di mana rawatan laser telah diperlukan. Komplikasi lain masalah penglihatan kanak-kanak ini termasuk mata juling, katarak, rabun jauh dan dalam kes teruk, kehilangan penglihatan akibat retina yang tertanggal.

Bayi pramatang yang mempunyai risiko keadaan ini akan dipantau oleh pihak hospital sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

 

 

 

 

 

Artikel ini diterbitkan semula dari theAsianparent Philippines.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Selain Lobak Merah, Ini 10 Jenis Makanan Untuk Mata Yang Sihat Ikut Saranan Pakar

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • 6 masalah penglihatan dengan kesan jangka panjang yang penting ibu bapa perlu tahu
Kongsikan:
  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

  • Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

    Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

  • Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

    Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham