TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Saat Bayi Dalam NICU, Setiap Ibu Ayah Perlu 19 Tip Berguna Ini, Kongsikan Dengan Mereka Ya!

6 min bacaan
Saat Bayi Dalam NICU, Setiap Ibu Ayah Perlu 19 Tip Berguna Ini, Kongsikan Dengan Mereka Ya!

Ibu bapa mana yang tak sedih melihat bayi kecil mereka terlantar di NICU? Sebab itu kami sediakan 19 tip berguna ini untuk kalian. Bertabahlah! Anda kena kuat.

Ibu bapa yang menanti anak dalam NICU…

Kepada semua ibu bapa yang sedang menunggu anak dalam NICU, satu perkataan penting yang harus anda faham – bertabahlah.

Ada yang teruja anak mereka akan keluar dari wad tidak lama lagi, tapi ada yang masih menaruh harapan dengan air mata yang mengalir.

Saat kita bergelar ibu bapa sepatutnya menjadi sebuah pengalaman yang paling manis.

Tapi untuk ibu bapa dengan bayi yang sedang berjuang dalam unit rawatan rapi, mereka perlu sentiasa bersedia dari segi emosi dan mental.

Semoga 19 tip di bawah ini boleh membantu dan memberi dorongan yang positif buat anda, ibu bapa semua.

#1 JANGAN putus asa

Saat Bayi Dalam NICU, Setiap Ibu Ayah Perlu 19 Tip Berguna Ini, Kongsikan Dengan Mereka Ya!

Sumber gambar: Wikimedia

Walau apa pun yang terjadi, walau berapa lama anda kena tunggu di wad kecemasan itu… Tidak kira apa keputusan yang akan diberi oleh doktor, terus menaruh harapan. 

Jangan berputus asa. Ini kerana anak anda juga tidak akan berputus asa. Anda juga perlu kuat begitu.

#2 Berbuat baik pada diri sendiri

Tidak kiralah betapa anda tertekan dan ingin berputus asa, jangan lupa untuk berbuat baik pada diri sendiri. 

Ini semua bukan salah anda. Jangan asyik menyalahkan diri sendiri hingga anda benci diri anda sendiri. 

Semua ini hanya tekanan yang akan buat anda lebih mudah berputus asa, terutamanya pada hari-hari yang mencabar.

#3 Bergantung antara satu sama lain

Saat Bayi Dalam NICU, Setiap Ibu Ayah Perlu 19 Tip Berguna Ini, Kongsikan Dengan Mereka Ya!

Sumber gambar: GoodTherapy.org

Apalah guna pasangan yang anda ada, jika kalian tidak boleh menyokong dan memberi dorongan di antara satu sama lain?

Suami isteri mesti saling bergantung antara satu sama lain kerana setiap orang mempunyai cara tertentu apabila mengharungi cabaran.

Sokongan antara suami isteri amatlah penting ketika ini.

#4 Ketawa bersama

Ini mungkin perkara yang paling sukar, tapi bunyi ketawa anda mungkin boleh memberi semangat dan menyumbang kepada perkembangan bayi anda.

Dia akan tahu betapa pentingnya perjuangan ini. Dia akan tahu betapa ibu bapanya mengharapkan yang terbaik dari dia, dan dia akan berjuang demi melihat ibu bapa kandungnya.

#5 Jadi penasihat bayi anda

Pada waktu inilah, anda sepatutnya tanya seberapa banyak soalan yang anda perlukan pada doktor pakar.

Libatkan diri dalam setiap perbualan dan keputusan yang perlu dibuat. Ia untuk mengajar anda tentang sesuatu yang anda tidak sedar atau tahu sebelum ini. 

#6 Kenal jururawat

Saat Bayi Dalam NICU, Setiap Ibu Ayah Perlu 19 Tip Berguna Ini, Kongsikan Dengan Mereka Ya!

Sumber gambar: Health.mil

Ibu bapa mungkin akan mengambil sedikit masa untuk mengenali semua jururawat di wad NICU.

Tetapi apabila anda sudah kenal antara jururawat utama yang menjaga anak anda, ibu bapa boleh rasa lega anak dalam jagaan yang terbaik.

#7 Percaya naluri hati 

.Jika anda fikir ada sesuatu yang tidak kena, beritahu doktor dengan segera. Tidak salah mempercayai naluri hati, lebih-lebih lagi naluri hati seorang ibu.

Anda mungkin adalah insan yang paling dekat dengan bayi sekarang, jadi, segala-galanya di tangan anda kini. 

#8 Jangan selalu berfikiran negatif

Tiada faedah anda kerap berfikiran negatif ketika bayi anda terlantar di dalam NICU. Pemikiran negatif itu hanya akan memakan diri anda sendiri dan membuatkan anda gelisah.

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Sentiasa menaruh harapan dan mempunyai fokus yang positif untuk membina semangat.

Anda makin positif, anak makin sihat!

#9 Pastikan anda ada orang untuk berkongsi pendapat

Saat Bayi Dalam NICU, Setiap Ibu Ayah Perlu 19 Tip Berguna Ini, Kongsikan Dengan Mereka Ya!

Sumber gambar: Total News Wire

Biarpun suami, ahli keluarga atau rakan anda. Pasti anda ada tempat untuk meluahkan perasaan dan pendapat.

Ini penting untuk membantu menurunkan tekanan yang dirasai oleh anda.

#10 Ambil masa untuk bertenang dan bersendirian

Anda tidak semestinya perlu pergi NICU bersama dengan pasangan.

Adalah tidak salah jika anda ingin berseorangan dengan bayi anda, tanpa orang lain.

Ketenangan ini adalah baik kerana penggera dan bunyi bising mesin tidak akan berhenti, jadi kadang-kadang keheningan sangat menenangkan.

Ambil masa anda untuk bertenang dan bersendirian dengan anak yang anda cintai itu. Sentiasa ada dekat dengan mereka.

#11 Jaga kesihatan diri anda

Dalam sibuk menjaga dan risau dengan anak dalam NICU, anda jangan lupa untuk tidur, makan dan menjaga diri sendiri juga.

Jadikannya sebagai keutamaan. Ingatlah – bayi anda memerlukan ibu bapa yang sihat. Kalau anda tidak sihat, siapa yang akan menjaganya?

Ibu menyusu juga perlu menjaga diri supaya dapat menghasilkan susu terbaik untuk anak.

#12 Percaya dengan keupayaan NICU

Saat Bayi Dalam NICU, Setiap Ibu Ayah Perlu 19 Tip Berguna Ini, Kongsikan Dengan Mereka Ya!

Sumber gambar: Flickr| Brad Greenlee

Percayalah bahawa apabila anda terpaksa meninggalkan anak anda, dia berada dalam jagaan yang terbaik.

Percaya dengan kebolehan doktor pakar dan wad NICU yang menempatkan anak anda. Semoga mereka berjaya pulih dan keluar dari wad dengan segera!

#13 Bersyukur

Percayalah, ini cuma sekadar ujian yang Tuhan sengaja turunkan untuk anda. Anda dan si manja yang terlantar lemah itu boleh mengatasinya.

Bersyukurlah kerana anak anda masih ada harapan untuk hidup. Bersyukurlah kerana anda masih boleh melihatnya kini…

#14 Jalan lupa anak setiap saat

Libatkan diri dalam penjagaan anak. Ramai jururawat sedia membantu supaya ibu bapa boleh menukar lampin, mengambil suhu dan memeriksa tekanan darah bayi mereka.

Anda juga boleh mendukung dan menyusukan mereka.

Nikmati detik-detik yang berharga ini, dan berikan bayi anda kasih sayang sepenuhnya dan dorongan yang dia perlukan untuk terus berjuang.

Saat Bayi Dalam NICU, Setiap Ibu Ayah Perlu 19 Tip Berguna Ini, Kongsikan Dengan Mereka Ya!

Sumber gambar: Global News

#15 Kerap baca buku cerita pada bayi 

Tahukah anda yang bayi suka mendengar suara ibu bapa mereka?

Kalau dibenarkan, ibu bapa boleh membaca buku cerita malah juga boleh memainkan muzik dengan perlahan untuk si manja anda itu. Ini akan melegakan mereka.

#16 Rakam dan ambil foto/video dengan banyak

Jangan kesal nanti kalau kita tidak mempunyai gambar atau video yang mencukupi tentang anak-anak.

Anda pasti akan gembira melihat kembali video dan gambar mereka nanti.

#17 Tahu anda boleh mengharungi cabaran ini

Saat Bayi Dalam NICU, Setiap Ibu Ayah Perlu 19 Tip Berguna Ini, Kongsikan Dengan Mereka Ya!

Menjalin ikatan di dalam NICU. Sumber gambar: Mother & Baby

Walaupun anda rasa sakit hati, kecewa dan kasihan melihat keadaan anak setiap hari, jangan putus asa.

Bersikap positif dan bertabahlah, anda akan mengatasi cabaran ini tidak lama lagi!

#18 Jangan bandingkan

Anda boleh berkongsi pengalaman dengan keluarga lain yang juga berada di NICU tapi jangan sesekali membuat perbandingan.

Setiap bayi adalah berbeza dan mempunyai cabaran dan harapannya yang tersendiri.

#19 Minta bantuan

Mintalah apa yang anda perlukan dari rakan, keluarga, jururawat dan lain-lain. Doakan penyembuhan, mintalah kekuatan.

Kami di theAsianparent mengirimkan doa kepada anda, ibu bapa dengan anak di NICU agar kalian kekal kuat, positif dan direstui oleh Tuhan.

Semoga segala perjuangan dan cabaran ini akan berakhir kelak dan kalian boleh membawa keluar si manja tercinta dari wad NICU itu.

Sumber: The Analytical Mommy, Sumber gambar: RAF Mildenhall

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: 

Salah Ke Kalau Ibu Baru Bersalin Tidak Mahu Menerima Pelawat?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Saat Bayi Dalam NICU, Setiap Ibu Ayah Perlu 19 Tip Berguna Ini, Kongsikan Dengan Mereka Ya!
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham