X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

"Bolehkah Saya Campur Susu Ibu & Susu Formula Dalam Satu Botol?" Ini Jawapannya

4 min bacaan
"Bolehkah Saya Campur Susu Ibu & Susu Formula Dalam Satu Botol?" Ini Jawapannya"Bolehkah Saya Campur Susu Ibu & Susu Formula Dalam Satu Botol?" Ini Jawapannya

Pasti ada ibu yang pernah terfikir untuk campur susu badan dan susu formula dalam satu botol. Pastikan anda ikut cara ini untuk elak mudarat pada bayi.

Semua tahu susu ibu adalah susu yang terbaik untuk bayi. Tetapi bukan semua ibu bernasib baik untuk memberi penyusuan ekslusif kepada anaknya. Jadi bolehkan campur susu ibu dan susu formula dalam satu botol?

Mungkin ada ibu-ibu yang pernah terfikir untuk menggunakan cara ini kerana tidak mahu anak kekurangan nutrisi jika hanya bergantung kepada susu fomula saja.

Amat penting untuk ibu-ibu mendapatkan maklumat mengenai peyusuan sebelum ke peringkat seterusnya supaya ibu-ibu faham pengendalian susu dengan cara yang terbaik.

Campur susu ibu dan susu formula dalam satu botol, bahayakah?

Campur Susu

Kredit: pa&ma

Tiada masalah sebenarnya untuk anda mencampurkan susu ibu dan susu formula dalam satu botol dan berikannya kepada bayi anda. Tetapi perlu patuh kepada beberapa perkara supaya ia tidak menyebabkan bahaya pada bayi anda.

Menggabungkan kedua-duanya dalam satu botol memang tiada masalah tetapi anda perlu berhati-hati dan mengikut langkah yang betul sebelum mencampurkan susu formula dan susu ibu.

Kegagalan anda untuk mencampurkan dengan betuk akan menyebabkan kedua-duanya nutrien kedua-duanya yang akan membahayakan bayi anda pada akhirnya.

Bagaimana cara terbaik untuk anda campur susu ibu dan susu formula dalam satu botol?

Campur Susu

Kredit: verywellparenting

Anda perlu mencampurkan dengan cara yang betul jika mahu nutrisi bagi kedua-duanya kekal memanfaatkan bayi anda yang amat memerlukan nutrisi dari susu terutama pada enam bulan pertama usianya.

Kami kongsikan cara untuk anda campurkan kedua-dua susu ini:

  1. Jika anda susu formula yang anda gunakan sudah dibancuh dan berbentuk cecair, anda boleh campurkan terus ke dalam susu ibu dalam satu botol
  2. Jika susu formula yang anda gunakan dalam bentuk serbuk atau tekstur pekat, anda perlu campurkannya terlebih dulu dengan air mengikut kepada sukatan di kotak atau tin susu sebelum mencampurkannya dengan susu ibu

Sebab campur susu ibu dan susu formula

Ada beberapa sebab yang menyebabkan ibu mencampurkan susu formula dan susu badan, Antaranya termasuklah:

#1. Dapat tidur yang cukup

Campur Susu

Kredit: pa&ma

Mengepam susu terlebih dulu adalah salah satu cara ibu boleh mendapatkan tidur yang mencukupi. Dengan cara ini, suami boleh bangun dan mengambil giliran menyusukan bayi pada waktu malam dan memberi peluang kepada ib untuk rehat.

#2. Kurang susu

Ini antara sebab paling biasa kita dengar. Susu yang kurang menyebabkan ibu tiada pilihan lain dan terpaksa mencampurkan susu ibu dengan susu formula. 

Menambah dengan susu formula bagi memastikan bayi mendapat nutrien dan khasiat yang secukupnya bagi menggantikan susu ibu yang kurang.

#3. Kembali bekerja

Apabila kembali bekerja, masa si ibu agak terhad. Jadi mereka memilih untuk mencampurkan kedua-duanya. Masa yang terhad selain perlu melakukan urusan lain ketika di rumah membuatkan ada yang memilih cara ini. 

Walau apa pun caranya, yang pasti ibu-ibu ada alasan mereka tersendiri dan mahu pastikan anak tetap cukup nutrien untuk membesar dengan sihat. 

Tanda bayi anda kenyang

Ada ibu yang kadang kala tidak tahu sama ada bayi mereka sudah kenyang atau sebaliknya. Lebih-lebih lagi ibu yang baru saja menimang cahaya mata pertama.

Jadi mereka agak keliru untuk membezakan tangisan bayi yang lapar atau ada perkara lain yang bayi mereka mahukan. Jadi bagaimana untuk seseorang ibu tahu bahawa bayi mereka sebenarnya sudah pun kekenyangan. 

#1. Melepas puting, memalingkan muka

Bayi sekiranya sudah kekenyangan mereka akan melepaskan putih dan memalingkan muka. Ini adalah tanda awal yang anda boleh lihat jika mereka sudah rasa kekenyangan. 

Tetapi ada juga yang mereka mahu berhenti sebentar mungkin lenguh mulut agaknya.

#2. Tertidur

Ini juga antara tanda bayi anda sudah kenyang. Mereka akan tertidur dengan sendirinya. Perut sudah kenyang kan? Jadi apa lagi, tidurlah. 

#3. Dia nampak relaks

Bayi anda nampak santai dan tenang. Itu antara tanda dia kekenyangan dan boleh berhenti berikannya susu.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Sumber: verywellfamily

Baca juga: Susu Untuk Bayi Baru Lahir Tentunya Susu Ibu, Tapi Tak Semua Ibu Mampu Menyusu Badan!

Stories Rakan Kongsi
Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!
Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!
“Eidress Jarang Sangat Sakit Dan Cerdas!” Ini Rupanya Tips Anzalna Amalkan Bagi Memastikan Anaknya Membesar Dengan Baik!
“Eidress Jarang Sangat Sakit Dan Cerdas!” Ini Rupanya Tips Anzalna Amalkan Bagi Memastikan Anaknya Membesar Dengan Baik!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Penyusuan & Pemakanan
  • /
  • "Bolehkah Saya Campur Susu Ibu & Susu Formula Dalam Satu Botol?" Ini Jawapannya
Kongsikan:
  • Susu Untuk Bayi Baru Lahir Tentunya Susu Ibu, Tapi Tak Semua Ibu Mampu Menyusu Badan!

    Susu Untuk Bayi Baru Lahir Tentunya Susu Ibu, Tapi Tak Semua Ibu Mampu Menyusu Badan!

  • Mengapa Susu Ibu Terbaik Buat Bayi? Ini Sebab & Perbezaan Antara Susu Ibu & Susu Formula!

    Mengapa Susu Ibu Terbaik Buat Bayi? Ini Sebab & Perbezaan Antara Susu Ibu & Susu Formula!

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

  • Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

    Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

app info
get app banner
  • Susu Untuk Bayi Baru Lahir Tentunya Susu Ibu, Tapi Tak Semua Ibu Mampu Menyusu Badan!

    Susu Untuk Bayi Baru Lahir Tentunya Susu Ibu, Tapi Tak Semua Ibu Mampu Menyusu Badan!

  • Mengapa Susu Ibu Terbaik Buat Bayi? Ini Sebab & Perbezaan Antara Susu Ibu & Susu Formula!

    Mengapa Susu Ibu Terbaik Buat Bayi? Ini Sebab & Perbezaan Antara Susu Ibu & Susu Formula!

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

  • Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

    Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.