X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Si Manja Tolak Botol Susu? Ini 12 Jenama Yang Terbaik & Bagus, Pasti Anak Terima!

Botol susu terbaik adalah penting agar si comel anda tidak keliru antara puting ibu dan botol susu yang mana boleh didapati di rencana ini.

Buat para ibu yang runsing dalam mencari botol susu bayi terbaik untuk si comel, anda boleh ketahuinya dengan hanya perlu menjawab kuiz di sini.

Botol susu merupakan salah satu keperluan yang paling penting dalam kehidupan bayi terutamanya pada 2 tahun pertama kelahirannya. Malah sebahagian besar ibu bapa gemar membeli botol lebih awal sebelum si manja lahir lagi di samping keperluan lain seperti pakaian dan barangan berpantang untuk si ibu.

Namun pemilihan botol  juga ada caranya ya. Ini kerana tidak semua botol susu diperbuat daripada material yang sama, malah setiap puting baby juga direka khas mengikut usia bayi. Yang paling penting sekali, ibu bapa perlu memilih botol yang bebas BPA untuk keselamatan anak.

Kenapa Perlu Menyusu Dengan Botol Susu

botol susu

Proses penyusuan dengan botol adalah sebahagian rutin penting bagi si ibu yang sibuk tidak kira si ibu menyusu badan atau pun menggunakan kaedah penyusuan susu formula.

Anda mungkin tidak berkesempatan untuk melalukan penyusuan badan berikutan kekangan masa di dalam kehidupan harian anda sebagai seorang ibu bekerja, atau senang kata tidak sihat secukupnya untuk memberikan penyusuan badan. 

Di dalam kes ini, penyusuan botol akan dapat membantu di dalam menggantikan masa-masa yang di mana anda tidak dapat secara terus memberikan penyusuan badan, berikutan susu yang dipam masih boleh diambil oleh bayi anda dengan menggunakan botol bayi adalah pilihan terbaik. 

Ia juga memberikan si comel anda mendapat satu peluang untuk bayi anda mempunyai jalinan dalam proses penyusuan dengan anda.

Jika sekarang ini anda sedang melakukan proses penyusuan badan tetapi berharap untuk membuat perubahan kepada pemberian susu menerusi susu botol, anda boleh memilih untuk menunggu sehingga bayi anda telah dapat berganjak daripada proses disusukan dengan penyusuan badan sebelum memperkenalkan kepada botol, biasanya di antara 3 ke 6 minggu.

Cara Memilih Botol Susu Terbaik

[caption id="attachment_412411" align="aligncenter" width="670"]botol susu Kredit gambar: Freepik[/caption]

Buat pengetahuan ibu bapa, ada sesetengah bayi akan menolak untuk minum menggunakan botol susu. Ini kerana si manja anda sudah terbiasa dengan susu badan.

Berikut merupakan beberapa perkara yang perlu dipertimbang dan diambil kira sebelum membuat pembelian:

1. Material botol 

  1. Milk bottle kaca biasanya diperbuat daripada plastik, gelas, atau silikon. Gelas tempered adalah lebih tahan lama dan boleh kuat pabila ia terhentak tidak kira bila atau malah jika ia jatuh sekalipun. Botol gelas adalah tahan kejutan haba dan tidak merosakkan warna atau bau. Walaubagaimanapun, ia adalah agak lebih mahal dan biasanya agak berat.
  2. Botol plastik pula diperbuat daripada polypropylene, sejenis plastik yang kuat, dan yang paling berbaloi dan ringan di pasaran. Namun, ia tidak boleh digunakan di dalam mesin ketuhar mikro atau diletakkan di dalam mesin pencuci pinggan mangkuk. 
  3. Botol silikon adalah satu jenis yang paling terkini di pasaran sekarang, dan ia diperbuat daripada silikon: sejens material yang lembut dan fleksibel bebas daripada bahan kimia seperti BPA, PVC, dan Phthalate. Walaupun ia slamat untuk digunakan di dalam mesin pencuci pinggan mangkuk, ia mungkin boleh menyerap bau lama kelamaan. 

2. Saiz Botol

Kebanyakkan botol datang di dalam dua saiz, sama ada 4 auns atau 8 auns. Botol bersaiz 4 auns adalah biasanya sesuai untuk bayi baru lahir yang kurang makan pada setiap sesi penyusuan berbanding bayi yang lebih besar.

Sementara itu, botol bersaiz 8 auns adalah lebih sesuai untuk bayi yang lebih besar yang perlu makan lebih lagi.

Bayi yang baru lahir hanya boleh minum satu auns atau dua pada setiap hidangan, sementara bayi pada usia 6 bulan mungkin boleh minum sekitar 6-8 auns pada setiap hidangan.

Bergantung pada pilihan anda, anda pastinya mahu mempunyai campuran botol kecil dan besar, atau mendapatkan botol besar dari mula dan isinya hanya separuh botol sewaktu beberapa bulan pertama proses menyusu.

3. Bentuk Botol

Botol yang direka mengikut rekaan standard dan tradisional berfungsi baik untuk majoriti bayi. Botol dengan sudut leher adalah membengkok pada leher untuk melindungi udara daripada memenuhi ruangan puting, menjadikannya lebih mudah untuk penyusuan, mengelakkan bayi anda daripada mendapat masalah gas perut. 

Botol pelapik pakai buang mengandungi tempurung keras plastik yang memegang sebungkus susu individu. Ketika bayi sedang minum, beg tersebut akan jatuh, mengurangkan masalah gas.

Botol dengan leher yang lebih luas mempunyai pembukaan luas pada bahagian atas dan putingnya, menjadi seakan pengalaman penyusuan badan paling dekat, dan membuatkannya sesuai untuk bayi suka menukar payudara sama ada kiri atau kanan.

Sementara, botol berventilasi mempunyai tiub yang direka siap sedia di dalamnya untuk mengelak poket udara daripada membentuk di dalam botol atau puting, yang mana bermakna untuk membantu mencegah gas tetapi mungkin menjadikannya lebih sukar untuk dicuci.

4. Saiz Puting Botol

Jenama botol kebanyakkannya akan menawarkan saiz puting yang berbeza, setiapnya dengan kadar saluran susu yang berbeza.

Puting untuk bayi yang baru lahir dan saluran yang perlahan adalah direka untuk bayi baru lahir dan bayi muda. Ia menyediakan saluran susu lebih perlahan jadi bayi anda akan tidak sedawa terlalu awal. 

Untuk puting dengan saluran yang lebih laju pula ia direka untuk bayi yang lebih tua yang boleh menelan lebih banyak susu dan kemudian boleh mengawal aliran cecair dengan lebih pantas.

Puting untuk botol bayi adalah dikelaskan ke dalam beberapa tahap berdasarkan pada aliran mereka - aliran merujuk kepada bagaimana cepat atau lambat susu itu keluar, yang mana dikendali oleh saiz lubang puting.

Puting adalah secara tipikal ditanda dengan tahap atau level pada bahagian kanan sisi rimnya, serta juga saiz bayi yang disarankan dan rangkaian usia untuk setiap tahap. Gunakan penanda ini sebagai pandan, dan perhatikan pada habit penyusuan bayi untuk melihat bila anda perlu melaraskannya.

  • Puting tahap 1 - Kebanyak bayi baru lahi bermuda dengan puting aliran perlahan tahap 1, yang mana direka untuk secara lembut menyalurkan susu pabila mulut bayi mula menyentuh puting tersebut. 
  • Puting tahap 2 - Selepas beberapa bulan, kebanyakkan bayi baru lahir menunjukkan progres dengan puting pada tahap 2 (atau lebih tinggi) kerana mereka boleh mengendalikannya lebih cepat dan aliran susunya lebih besar. 
  • Puting tahap 3 - Sesetengah bayi boleh hidup dengan puting tahap 2 selamanya, tetapi jika bayi anda seakan sukar dengan puting tahap 2 selama 6 bulan penggunaannya, dia mungkin sudah siap sedia untuk berganjak kepada tahap seterusnya yang mana puting tahap 3. 

5. Jenis Puting

Puting tradisional adalah berbentuk seakan loceng dari jenis lateks yang hadir dengan hampir semua botol bayi. Puting ortodontik mempunyai top seakan mentol dan dasar yang lebih flat direka untuk melindungi lelangit bayi. 

Sementara itu, puting top yang flat mempunyai dasar mentol yang lebih besar dan top yang flat jadi ia direka dengan bentuk seakan payudara. Puting anti-vakum adalah direka untuk mencegah kolik dan masalah gas perut.

Terdapat juga puting senis multi-flow, yang mana membolehkan anda untuk melaraskan posisi puting untuk mengawal aliran susu. Terakhir sekali, puting pakai bang adalah steril, puting yang dibalut secara individual yang membolehkan anda untuk membersihkannya dengan lebih mudah, tetapi ia tidak boleh digunakan semula.

5. Material Puting Bayi

Lateks tradisional mempunyai rasa yang lembut dan lentur tetapi ia perlu digantikan dengan lebih kerap dek kerana ia akan mudah rosak. Biarpun sesetengah bayi boleh jadi alergik kepada lateks. Selain itu, puting dengan silikon gred-makanan adalah lebih anjal dan lebih bertahan lama dengan rasa yang lembut. Ia mencetus beberapa alergi dan bertahan lebih lama berbanding puting jenis lateks.

6. Keserasian Dengan Pengepam Payudara

Jika anda melakukan proses penyusuan payudara dan menggunakan pengepam susu, anda perlu memilih sejenis botol yang sesuai dengan pengepam susu, sama ada secara terus atau melalui penyesuai. Ia berguna sejak anda boleh menggunakannya pengepam susu secara terus ke dalam botol untuk penyimpanan.

7. Keserasian Dengan Pensteril

Jika anda menggunakan pensteril UV, pastikan yang botol anda beli adalah serasi untuk digunakan di dalam jenis pensterilan. Ia akan membantu anda untuk mengelakkan isu masalah ketoksikan yang berhubung dengan pencairan material.

8. Pilihan Bayi Anda

Selepas beberapa percubaan dan kegagalan, anda akan belajar yang mana botol dan stail puting yang bayi anda sukakan. Ia boleh menjadi satu idea baik untuk bereksperimentasi dengan beberapa jenis botol di dalam senarai ini untuk mengenal pasti yang mana pilihan bayi anda.

Walau apa pun, pastikan anda memilih botol dan puting bayi yang selamat untuk mereka gunakan serta mudah untuk dipegang oleh si comel bagi mengelakkan ia terjatuh ke atasnya. 

12 Pilihan Botol Susu Terbaik di Malaysia

Bagi membantu anda membuat pilihan, jom lihat senarai di bawah!

[product-comparison-table title="Botol Susu Terbaik"]

Philips Avent Natural

Terbaik pilihan ramai

botol susu

Kenapa produk ini bagus?

Philips Avent merupakan jenama yang sangat dipercayai di Malaysia dan produk keluarannya sentiasa menjadi pilihan para ibu. Botol susu Avent ini direka khusus buat ibu yang mahu menyusu badan dan menggunakannya pada masa yang sama. Bentuk puting yang menyerupai payudara ibu, dengan material yang lembut sememangnya memudahkan transisi daripada payudara ke botol.

Apa yang kami suka:

  • Botol susu Avent menggunakan material plastik bebas BPA.
  • Bentuk ergonomik yang memudahkan bayi untuk pegang.
  • Puting lembut yang mudah dilentur mirip payudara ibu menyusu.
  • Rekaan bagi mengelakkan botol masuk angin penyebab colic.
  • Botol susu Avent lebar memudahkan cucian.

Philips Avent Natural - RM34.90

dari Phillips Avent

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Pigeon PP Wide Neck

Terbaik seakan puting ibu

botol susu Pigeon

Kenapa produk ini bagus?

Botol susu Pigeon memudahkan ibu yang berjauhan dengan si manja, dengan memudahkan penerimaan si manja untuk minum susu ibu dengan penggunaan botol. Bayi dapat minum susu dengan semulajadi mirip seperti cara hisapan susu pada payudara ibu. Botol susu Pigeon mempunyai pelbagai saiz mengikut usia bayi dan mempunyai pelbagai corak yang menarik. Botol susu Pigeon ini boleh disteril sehingga tahap suhu 120 bagi memastikan kuman dimatikan dengan baik.

Apa yang kami suka:

  • SofTouch ™ Peristaltic PLUS Nipple adalah 100% silikon 
  • Puting sangat lembut dan fleksibel untuk membolehkan pergerakan lidah semula jadi dan lancar
  • Sistem Pengudaraan Udara (AVS ™) mengurangkan angin masuk,yang merupakan penyebab kolik.
  • Bentuk botol senang dipegang
  • Botol diperbuat daripada bahan Polyphenylsulfone (PPSU) dengan ketahanan panas yang tinggi dan tahan lasak.
  • Bebas BPA

Pigeon PP Wide Neck - RM60.90

dari PIGEON

product imageBeli di Shopee
product imageBeli de Lazada

Tommee Tippee

Terbaik pilihan nombor satu di UK

Botol susu terbaik

Kenapa produk ini bagus?

Tommee Tippee merupakan jenama aksesori penyusuan bayi nombor satu di UK dan kekal sebagai salah satu jenama bayi yang paling dipercayai dan dikenali di dunia, disukai oleh bayi malah disyorkan oleh generasi ibu bapa.

Botol susu Tommee Tippee Closer To Nature direka secara intuitif untuk menjadi yang paling dekat dengan payudara ibu, menjadikannya lebih mudah untuk menggabungkan payudara dan botol. Semua botol Tommee Tippee bebas BPA dan phthalate.

Apa yang kami suka:

  • Botol susu Tommee Tippee menggunakan material bebas BPA
  • Rekabentuk botol susu Tommee Tippee memudahkan bayi memegang botol dengan baik.
  • Teknologi anti-kolik 3 yang unik menarik keluar udara dari susu
  • Straw pengesan haba terbina dalam memberi anda jaminan tambahan bahawa susu anda adalah suhu yang tepat
  • Botol susu Tommee Tippee menggunakan puting yang lembut mimik puting pada payudara ibu yang menyusu.
  • Boleh memilih puting susu dengan kadar aliran yang paling sesuai dengan keperluan bayi di setiap peringkat.

Tommee Tippee - RM29.99

dari Tommee Tippee

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

MAM Easy Start Anti-Colic Bottle

Terbaik anti-kolik

botol susu anti-kolik

Kenapa produk ini bagus?

Tahukah anda, 80% ibu mengesahkan si manja yang menggunakan botol susu MAM ini  kurang mengalami kolik dan masalah angin. Itu sahaja sudah cukup untuk membuktikan yang botol susu MAM Easy Start Anti-Colic ini sememangnya antara yang terbaik.

Tambahan lagi, majoriti bayi mudah untuk menerima botol susu MAM ini disebabkan puting SkinSoft selain bentuk puting yang memudahkan bayi untuk minum dengan selesa mengikut kadar sendiri.

Apa yang kami suka:

  • Pangkalan berventilasi MAM yang inovatif membolehkan bayi minum dengan selesa mengikut kadar mereka sendiri
  • Fungsi sterilisasi diri adalah selamat dan sesuai untuk ibu dan bayi yang sentiasa dalam perjalanan.
  • MAM Teat tersedia dalam enam kadar aliran yang berbeza - Aliran Lambat Tambahan (0+ bulan), Aliran perlahan (0+ bulan), Aliran sederhana (2+ bulan), Aliran pantas (4+ bulan), Aliran cepat bebas tumpahan (4 + bulan) dan aliran yang sangat pantas untuk cecair yang lebih tebal (6+ bulan)

MAM Easy Start Anti-Colic Bottle - RM45.90

dari MAM

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Medela Calma

Terbaik berkualiti

Kenapa produk ini bagus?

Botol susu Medela Calma adalah penyelesaian penyusuan inovatif yang dicipta untuk bayi yang menyusu dari payudara. Ia direka untuk tidak mengganggu penyusuan, dengan memberikan si manja keadaan yang sama seperti menyusu badan.

Botol susu Medela diperbuat di New Zealand dan bebas dari material BPA. Ibu-ibu di Malaysia ramai yang memilih milk bottle untuk penggunaan si manja bukan sahaja kerana jenamanya, tetapi kerana produk yang berkualiti.

Apa yang kami suka:

  • Botol susu Medela mempunyai puting berventilasi: Membantu mengelakkan kegatalan
  • Meniru tingkah laku makan semula jadi yang menyokong peralihan mudah dari botol ke payudara.
  • Injap kawalan aliran: Membolehkan bayi mengawal aliran susu.
  • Calma tidak mudah tumpah dan menitis.
  • Dot Calma membantu bayi untuk mengelakkan menelan udara semasa penyusuan
  • Satu saiz dan bentuk sesuai untuk semua

Medela Calma - RM119

dari Medela

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

ComoTomo Natural Feel

Terbaik ventilasi udara berganda

Kenapa produk ini bagus?

Botol susu ComoTomo merupakan salah satu botol minuman bayi pilihan ramai ibu ayah di Malaysia. Jenama ini meletakkan ventilasi udara berganda yang pintar dan tidak bocor untuk mengelakkan kolik.

Reka bentuk leher lebar memudahkan pembersihan selain menggunakan bahan silikon yang bersih maka ibu tidak perlu bimbang tentang bahan kimia toksik.

Yang paling penting, botol ini  direka untuk meniru penyusuan susu ibu untuk membantu bayi dengan mudah beralih dari menyusui ke penyusuan botol jadi pastinya tiada masalah ‘keliru puting’ lagi!

Apa yang kami suka:

  • Puting yang lembut sesuai untuk kegunaan bayi.
  • Material botol susu ComoTomo - Silikon + PPSU, Puting - Silikon.
  • Botol susu Comotomo direka untuk meniru penyusuan bayi dan mengurangkan penolakan botol.
  • Ventilasi udara yang tidak bocor untuk mengelakkan kolik.
  • Direka dengan bentuk lebar dan puting berbentuk semula jadi untuk membantu si manja beralih dari payudara ke botol dengan lancar.
  • Reka bentuk leher yang sangat lebar membolehkan pembersihan mudah dilakukan dengan tangan tanpa berus
  • Selamat digunakan dalam ketuhar gelombang mikro, air mendidih, mesin basuh pinggan mangkuk dan pensteril
  • Sistem anti kolik menghalang pengambilan udara yang tidak diingini dan mengurangkan kolik

ComoTomo Natural Feel - RM19.50

dari Comotomo

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

NUK Smooth Flow

Terbaik mengawal kadar aliran penyusuan bayi

botol susu NUK

Kenapa produk ini bagus?

Botol susu NUK Smooth Flow Bottles adalah penyelesaian anti-kolik dengan reka bentuk puting yang unik yang membolehkan bayi mengawal kadar aliran untuk penyusuan bebas kolik.

Puting Smooth Flow ini menyesuaikan aliran berdasarkan bagaimana bayi minum, mengikut kekuatan hisapan bayi untuk memastikan si manja akan sentiasa mempunyai kadar aliran yang betul. Petunjuk suhu SafeTemp akan memberitahu jika susu terlalu panas.

Apa yang kami suka:

  • Puting susu NUK Smooth Flow ™ membolehkan bayi mengawal kadar aliran
  • Botol susu NUK mempunyai petunjuk SafeTemp ™ menunjukkan ketika susu terlalu panas
  • Petunjuk termometer biru memudar apabila susu terlalu panas dan muncul semula apabila susu telah sejuk dan selamat diminum.
  • Puting meniru bentuk puting penyusuan ibu semasa menyusu
  • Botol susu NUK mempunyai leher lebar senang dibersihkan
  • Bebas BPA

NUK Smooth Flow - RM34.90

dari NUK

product imageBuy from Lazada

Hegen PCTO Feeding Bottle

Terbaik mudah dikendalikan

Kenapa produk ini bagus?

Botol susu Hegen ini direka dengan bentuk petak dan cara pengendalian sebelah tangan di mana aanda tidak perlu memusingkan penutup dengan dua belah tangan. Hanya menggunakan konsep Press-to-Close dan Twist-to-Open. Mudah kan? 

Menariknya lagi, botol susu Hegen ini boleh digunakan dalam jangka masa yang panjang kerana bahagian tudung botol boleh ditukarkan menjadi penutup bekas ataupun puting botol. Jika anak tidak lagi menyusu botol, anda boleh menyimpan bahan lain seperti bijirin, biskut, serbuk makanan atau air minuman. 

Apa yang kami suka:

  • Botol susu Hegen mudah dikendalikan
  • Puting seakan puting ibu
  • Jika tidak digunakan, ia boleh digunakan sebagai bekas makanan
  • Mempunyai puting botol yang lembut untuk bayi dan berbentuk seakan-akan puting payudara

Hegen PCTO Feeding Bottle - RM82.90

dari Hegen

product imageBeli di Shopee

Tupperware Baby Bottle

Terbaik elak masalah sedu

Kenapa produk ini bagus?

Kalau sebut tentang barangan plastik, memang ramai yang suka dengan jenama Tupperware kerana harga dan kualitinya setara. Tahukah anda, jenama ini juga mengeluarkan produk botol mereka sendiri.

Botol susu Tupperware mempunyai bentuk botol yang memudahkan jari-jari kecil memegang dengan pilihan warna cerah dan cantik. Bagi ibu yang bekerja, botol susu Tupperware ini sangat sesuai digunakan untuk dihantar kepada pengasuh.

Apa yang kami suka:

  • Botol susu Tupperware mempunyai bentuk yang ergonomik
  • Jenama popular untuk barangan plastik, kualitinya sangat dipercayai
  • Paling penting, botol minuman untuk bayi ini dijamin bebas BPA dimana bayi selamat menggunakannya tanpa perlu risau bahan kimia yang berbahaya.

Tupperware Baby Bottle - RM39.99

dari Tupperware

product imageBeli di Shopee

Pureen Premium Wide Neck Bottle

Terbaik mudah dicuci

Kenapa produk ini bagus?

Botol susu Pureen diperbuat daripada bahan 100% Polypropylene (PP) berkualiti tinggi dan ia juga bebas daripada bahan BPA dimana selamat digunakan untuk bayi tanpa bahan kimia yang berbahaya.

Rekaan yang ergonomik menjadikannya mudah dipegang ketika bayi menyusu dan tahan lasak. Selain itu, puting botol juga jenis wide neck dan memudahkan cucian botol serta membuat susu. Jangan risau, terdapat pelbagai saiz puting dan botol mengikut usia si kecil anda iaitu 0 hingga 6 bulan. 

Apa yang kami suka:

  • Harganya yang murah
  • Botol susu Pureen mempunyai pilihan pelbagai warna menarik
  • Puting diperbuat daripada 100% silikon

Pureen Premium Wide Neck Bottle - RM9.50

dari Pureen

product imageBeli di Shopee

ANAKKU Baby Feeding Bottle

Terbaik tidak berbau

Kenapa produk ini bagus?

Botol susu Anakku mempunyai ciri yang berlainan daripada botol susu lain kerana material botol yang digunakan tidak meninggalkan bau tidak enak selepas menggunakannya berkali-kali.

Rekaan botol susu Anakku tahan lasak, tidak mudah calar cuma tahap kepanasan tahan sehingga 100℃ jadi anda tidak perlu risau untuk steril dan memanaskan botol kerana bahan pembuatan botol ini tahan lasak.

Apa yang kami suka:

  • Aliran susu puting seperti payudara si ibu bagi membantu mengelakkan dari bayi tersedak dan mengelakkan kembung perut
  • Botol susu Anakku dengan rekaan ergonomik, mudah dipegang
  • Terdapat pelbagai saiz puting dan botol dari usia bayi 0 hingga 18 bulan

ANAKKU Baby Feeding Bottle - RM14.90

dari Anakku

product imageBeli di Shopee

Fiffy Baby Feeding Bottle

Terbaik harga bajet

Kenapa produk ini bagus?

Botol susu Fiffy ini dijamin bebas BPA dimana bayi selamat menggunakannya tanpa perlu risau bahan kimia yang berbahaya. 

Puting botol susu Fiffy ini dapat memudahkan lekapan pada mulut bayi untuk setiap sesi penyusuan dan mengelakkan bayi keliru puting. Selain itu, aliran susu yang perlahan pada puting dengan injap yang sensitif dapat menyekat aliran udara luar yang berlebihan sekaligus mengelakkan bayi kembung perut.

Apa yang kami suka:

  • Harganya yang murah tetapi berkualiti tinggi
  • Botol susu Fiffy ringan dan mudah dipegang
  • Terdapat tanda ukuran dalam unit milimeter dan ounces bagi memudahkan pengiraan jumlah susu yang diperlukan.

Fiffy Baby Feeding Bottle - RM7.90

dari Fiffy

product imageBeli di Shopee

Perbandingan Harga Botol Susu Terbaik di Malaysia

Produk Saiz Isipadu Harga Pasaran
Philips Avent Natural 125ml RM34.90
Pigeon PP Wide Neck 160ml, 240ml & 330ml RM60.90
Tommee Tippee 260ml RM29.99
MAM Easy Start Anti-Colic Bottle 130ml RM45.90
Medela Calma 150ml RM119.00
ComoTomo Natural Feel 150ml & 250ml RM59.00 - RM69.00
NUK Smooth Flow 150ml RM34.90
Hegen PCTO Feeding Bottle 150ml RM82.90
Tupperware Baby Bottle 266ml RM39.99
Pureen Premium Wide Neck Bottle 177ml RM9.50
ANAKKU Baby Feeding Bottle 237ml RM14.90
Fiffy Baby Feeding Bottle 150ml RM7.90

Tips Memberi Botol Susu Kepada Bayi Anda

Pabila anda memperkenalkan botol susu, sesetengah bayi akan memberi respon seakan akan di atas permukaan air, sementara sesetengahnya akan mengambil sedikit masa untuk dipraktik (dipujuk) untuk mula menyedut keluar kepada sains.

Tip penyusuan botol susu ini dapat membantu anda memulakan proses ini.

1. Sediakan botol susu

Jika anda menyediakan susu formula, baca langkah penyediaan pada tin susu dan secara berhati-hati kekal dengannya.

Formula yang berbeza memerlukan ratio serbuk susu yang berbeza atau konsentrasi cecair kepada air jika anda tidak menggunakan formula yang sedia siap. Menambah terlalu banyak atau terlalu sedikit air boleh jadi merbahaya kepada kesihatan bayi anda yang baru lahir.

Untuk memanaskan botol, lalukannya di bawah air suam ke panas untuk beberapa minit, letakkannya di dalam satu mangkuk yang dipenuhi air panas atau gunakan pemanas botol. Anda juga boleh berganjak dari proses pemanasan ini semuanya jika bayi anda lebih menggemari susu sejuk.

Jangan sekali memanaskan botol susu di dalam mesin gelombang mikro - ia boleh menghasilkan spot panas tidak jelas yang mana mungkin boleh menyebabkan bibir bayi anda kelecuran.

Susu ibu yang dipam segar tidak perlu dipanaskan. Tetapi ia keluar dari peti sejuk atau baru sahaja dibekukan di dalam bahagian pembeku peti ais, anda boleh panaskannya semula seakan kaedah susu formula.

Tidak kira susu apa di dalam menunya, jangan sekali menambah bijirin bayi ke dalam sebotol susu formula atau susu ibu yang dipam dari payudara.

Bijirin tidak akan membantu bayi anda tidur sepanjang malam, dan bayi boleh jadi terpaksa berjual untuk menelannya atau malah juga menyebabkan tercekik.

Tambah lagi, si kecil anda mungkin akan meningkat berat badan dengan terlebih-lebih jika dia minum lebih daripada apa yang dia perlukan.

 2. Uji Botol Susu Bayi

Sebelum anda memulakan proses penyusuan, berikan botol berisi susu formula satu goncangan yang baik dan dengan lembut putar botol yang berisi susu ibu, kemudian semak suhunya - beberapa titis pada bahagian dalam pergelangan tangan akan memberitahu anda jika ia terlalu panas.

Jika cecairnya dirasakan suam, anda boleh meneruskan sesi pemberian susu kepada bayi.

3. Duduk pada posisi penyusuan botol yang selesa

Anda pastinya akan duduk dengan bayi anda sekurang-kurangnya 20 minit atau lebih, jadi cuba relaks dan cari posisi yang selesa untuk anda dan bayi.

Sokong kepala bayi dengan lengan anda, memberikannya posisi pada 45-darjah dengan kepala serta lehernya selari. Letakkan bantal di sisi anda untuk lengan anda berehat jadi ia tidak akan cepat merasa penat.

Ketika anda menyusukan bayi anda, pastikan botol pada satu sudut berbanding tegak ke atas atau ke bawah.

Memegang botol pada sisi mengiring sedikit ke tepi membantu aliran keluar susu lebih perlahan untuk memberikan bayi anda lebih kawalan akan berapa banyak yang dia mahukan, yang mana boleh membantu mencegah batuk atau tercekik. Ia juga membantunya mengelak daripada mengambil masuk terlalu banyak udara, mengurangkan risiko untuk ketidakselesaan gas perut.

Sekitar separuh botol, berhenti seketika untuk menukar arah. Ia akan memberikan bayi anda sesuatu yang baru untuk dilihat dan sama penting dalam memberikan tangan anda yang penat sedikit kelegaan.

4. Lakukan pemeriksaan puting

Sewaktu pemberian susu, beri perhatian akan bagaimana rupa bayi anda dan bunyinya ketika dia menghirup susu. Jika bayi anda membuat bunyi meneguk dan berkecak sewaktu penyusuan dan susu seakan mudah untuk menggelecek keluar mulutnya, ini menunjukkan yang aliran puting botol adalah mungkin terlalu pantas. 

Jika dia seakan bekerja keras untuk menyedut dan seakan kecewa, aliran keluar susu mungkin terlalu perlahan. Jika kes ini berlaku, longgarkan penutup botol sedikit (jika penutup botol terlalu ketat ia boleh menyebabkan satu masalah vakum), atau cuba dengan puting yang baru.

Dengan ini, kami di TheAsianparent berharap agar artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mencari botol susu terbaik buat si manja agar proses penyusuannya berjalan lancar dan memuaskan.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Menceraikan Anak Daripada Susu Botol, Pandan Untuk Ibu Bapa

Baca juga: Bahaya Guna Botol Susu Bayi Lebih 3 Bulan, Kandungan BPA Menjejaskan Otak Si Manja

Baca juga: Ibu, JANGAN Basuh Botol Susu Dengan Pencuci Pinggan, Ia Boleh Bahayakan Si Kecil!

Nota Editor: Pautan produk yang disediakan di sini bertujuan untuk membantu memudahkan carian produk untuk pembaca kami. Beli barang adalah mengikut budi bicara anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pertikaian dan masalah transaksi. Sekiranya anda membeli item dari post ini, theAsianparent mungkin menerima potongan kecil. Setiap item dan harga adalah terkini pada masa pengeluaran; namun, item mungkin habis terjual atau harganya sedikit berbeza pada hari berikutnya.
img

Penulis

Contributor

Kongsi artikel ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community diiOS danAndroid sekarang!

  • Pening Nak Pilih Suplemen Sesuai Untuk Anak? Ini Antara Jenis Vitamin Yang Bagus Untuk Perkembangan Si Manja!

    Pening Nak Pilih Suplemen Sesuai Untuk Anak? Ini Antara Jenis Vitamin Yang Bagus Untuk Perkembangan Si Manja!

  • Stroller Bag Terbaik di Pasaran, Barang Baby Senang Dicari Dan Mudah Dibawa Ketika Beriadah!

    Stroller Bag Terbaik di Pasaran, Barang Baby Senang Dicari Dan Mudah Dibawa Ketika Beriadah!

  • Baby Rompers Paling Cute Untuk Anak, Bukan Sahaja Selesa Malah Nak Tukar Lampin Pun Senang & Cepat!

    Baby Rompers Paling Cute Untuk Anak, Bukan Sahaja Selesa Malah Nak Tukar Lampin Pun Senang & Cepat!

  • Pening Nak Pilih Suplemen Sesuai Untuk Anak? Ini Antara Jenis Vitamin Yang Bagus Untuk Perkembangan Si Manja!

    Pening Nak Pilih Suplemen Sesuai Untuk Anak? Ini Antara Jenis Vitamin Yang Bagus Untuk Perkembangan Si Manja!

  • Stroller Bag Terbaik di Pasaran, Barang Baby Senang Dicari Dan Mudah Dibawa Ketika Beriadah!

    Stroller Bag Terbaik di Pasaran, Barang Baby Senang Dicari Dan Mudah Dibawa Ketika Beriadah!

  • Baby Rompers Paling Cute Untuk Anak, Bukan Sahaja Selesa Malah Nak Tukar Lampin Pun Senang & Cepat!

    Baby Rompers Paling Cute Untuk Anak, Bukan Sahaja Selesa Malah Nak Tukar Lampin Pun Senang & Cepat!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.