Panduan Menceraikan Anak Daripada Susu Botol

Panduan Menceraikan Anak Daripada Susu Botol

Menceraikan anak-anak daripada susu botol memang mencabar dan memerlukan kesabaran serta kecekalan hati pada pihak ibubapa. Ikuti diskusi tentang perkara ini dan dapatkan panduan berkaitan dalam artikel kali ini.

American Academy of Pediatrics mengesyorkan umur setahun sebagai umur ideal untuk mengasingkan susu botol.

Kebiasaan meminum susu botolmelangkau usia 18 bulan akan meningkatkan risiko kerosakan gigi, jangkitan telinga, anemia dan obesiti.

Menurut sumber lain, kebanyakan para doktor mengesyorkan untuk mula memperkenalkan susu dalam cawan seawal bayi berumur 6 bulan.

Bagi bayi yang menyusu badan, susukan seperti biasa. Hanya biasakan juga untuk memberi minum air kosong dengan cawan.

BERKAIT : Jikalau anak saya alergik dengan susu formula...

Panduan membuang tabiat susu botol

Beberapa panduan berikut dikongsi oleh American Academy of Pediatrics dan pakar pediatrik dari Atlanta, Dr Jennifer Shu.

1. Tukarkan

Jika anak-anak masih lagi melekat dengan susu botolterutama yang telah mula bersekolah, botol susu tersebut sebenarnya menjadi sumber ketenangan pada mereka.

Jadi, tukarkan botol dengan sesuatu yang lebih sihat seperti stuffed animal.

2. Tetapkan tarikh

Bincangkan bersama anak untuk menetapkan tarikh atau hari untuk berhenti daripada minum susu botol.

Apabila tiba masanya, bawa dia ke kedai dan minta dia tukar botolnya dengan sesuatu yang menceriakan.

BERKAIT : Hapuskan masalah tumbuh gigi!

3. Cawan biasa

Jika anak-anak lebih menyukai untuk minum dalam cawan biasa berbanding sippy cup, berikan galakan. Carilah cawan yang cantik dan berwarna-warni untuk menarik perhatiannya.

4. Cekalkan hati

Jika anak mula merengek atau menangis meminta botol susunya, cekalkan hati anda.

Berikan dia pelukan dan pujuklah dia dengan peringatan bahawa dia telah besar dan tidak lagi sesuai dengan susu botol. Alih perhatiannya kepada sesuatu benda lain yang dia gemari.

susu botol

Panduan memperkenalkan Sippy Cup

Dr Shu memberikan panduan berikut:

• Mulakan proses membuang tabiat minum susu dalam botol dengan melangkau memberi susu dengan botol setiap lima atau tujuh hari.

• Berikan cecair yang biasa diminumnya, sama ada susu atau minuman lain, dalam sippy cup.

• Jika anak-anak cukup besar, ajak dia untuk memilih sippy cupnya sendiri. Dia akan lebih cenderung untuk menggunakannya.

• Berikan minuman paling digemarinya dalam sippy cup dan minuman paling tidak digemarinya dalam botol.

Proses membiasakan anak-anak menggunakan sippy cup mengambil masa antara beberapa minggu kepada beberapa bulan, bergantung kepada umur dan tumbesaran anak serta konsistensi ibubapa dalam usaha ini.

 Peringatan untuk ibubapa

Beberapa perkara yang harus ibubapa ingat:

• Elakkan memulakan proses ini jika anda sibuk atau dalam keadaan tertekan seperti memulakan kerja baru atau baru berpindah rumah. Tunggu sebulan dua sebelum memulakannya.

• Jika anak sakit, susukan dengan botolnya walaupun anda sedang dalam proses pengasingan. Ia memberikan ketenangan dan membuatkan dia rasa sihat dengan lebih cepat.

• Tawarkan sumber kalsium lain seperti dadih atau keju jika dia tidak mendapat susu yang mencukupi dalam tempoh pengasingan.

• Jika anak mula memakan makanan pejal, mereka akan mendapat cecair melalui makanan. Bermakna keperluan mereka akan menurun dan tidak akan meminum kadar susu yang sama melalui sippy cup seperti ketika dia minum susu botol.

Lakukan secara berperingkat. Jadikan waktu tidur sebagai masa menyusu botol terakhir untuk diceraikan. Cuba berikan susu dalam cawan ketika mengambil makan malam. Kemudian teruskan dengan aktiviti sebelum tidur lain seperti mandi, membaca buku cerita atau menggosok gigi.

• Berikan galakan dengan memuji anak apabila dia mula minum dengan sippy cup atau cawan biasa, walaupun belum sepenuhnya. Berikan pelukan jika dia selesa dan jika dia merasa bosan untuk minum dalam cawan, duduklah bersamanya dan bermain.

• Hilangkan terus botol susu daripada pandangannya.

BERKAIT : Bolehkah saya menyusu dengan puting leper atau termasuk? 

susu botol

Pengalaman ibu bapa dan petua orang tua

Jika ditanya kepada orang tua-tua, ada yang menggunakan kaedah yang lebih drastik seperti mencalitkan getah bakawali yang sangat pahit atau sesuatu yang sangat masam seperti lemon pada puting botol susu.

Sementara itu, terdapat beberapa ibu yang turut menggunakan kaedah lain seperti membuang terus botol susu atau membiarkan lebihan susu supaya basi dan menunjukkanya pada anak bila dia meminta susu botol.

Memberi peringatan bahawa dia sudah besar dan tidak lagi memerlukan susu botolsecara berterusan juga ternyata berkesan terutama jika datang daripada seorang bapa.

Rujukan:

Getting rid of the baby bottles
Stopping the bottles
Weaning baby from bottle to cup

Kongsikan petua-petua dan pengalaman anda sendiri menceraikan anak-anak daripada botol susu di ruangan komen di bawah :)

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner