X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Info PENTING Bila Bayi Masuk 6 Bulan, Panduan Penyediaan & Jenis Makanan Yang Selamat

4 min bacaan
Info PENTING Bila Bayi Masuk 6 Bulan, Panduan Penyediaan & Jenis Makanan Yang Selamat

Bayi masuk 6 bulan membuatkan ramai ibu berasa sangat teruja. Ketika ini si manja anda sudah bersedia untuk menikmati makanan pejal

Ibu-ibu terutama yang pertama kali memiliki cahaya mata sulung, pernahkah anda tertanya-tanya tak tahu nak beri makan apa jika usia bayi masuk 6 bulan.

Ada yang bimbang cukupkah atau adakah terlebih kuantiti makanan yang diberi? Bagaimana pula kekerapan pemberian makanan? Bolehkah beri bayi merasa pelbagai jenis makanan?

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Panduan 4 days wait rule
  • Jumlah kuantiti dan kekerapan
  • Penyediaan makanan bayi
  • Contoh makanan sesuai untuk bayi

Panduan 4 days wait rule bila bayi masuk 6 bulan

Menerusi perkongsian seorang ibu, Mastura Aziz pada Facebook, wanita ini menegaskan bayi yang sudah mempunyai tanda-tanda minat terhadap makanan seeloknya bermula dengan bubur kosong dan bukan puree.

Hal ini kerana dikhuatiri rasa puree yang manis akan menyebabkan anak cenderung mahukan makanan dengan rasa manis walaupun tiada tambahan gula pada puree.

bayi masuk 6 bulan

 

Menerusi kaedah ini, bayi akan diberi satu jenis makanan sahaja dalam tempoh 4 hari dan ini adalah guide yang paling mudah dan teratur untuk kita kesan anak sesuai atau tidak terhadap satu-satu makanan.

Sebagai contoh:

Hari pertama: bubur kosong
Hari 2 hingga 5 : bubur + lobak merah
Hari 6 hingga 9 : bubur + brokoli
Hari 10 hingga 13: bubur + sawi

Kuantiti

Untuk permulaan, bayi hanya makan 2 hingga 3 sudu besar makan sahaja. Ada bayi yang makan banyak dan ada juga sebaliknya. Sekiranya bayi tersebut makan banyak, berhenti setakat 6 hingga 7 sudu kerana dibimbangi jika terlebih makan, bayi akan mudah sembelit. Selain itu, perlu beri minum banyak air apabila sudah mula makan.

Jumlah kekerapan

Bayi yang baru mula makan seelok-eloknya 1 kali sehari sahaja bubur iaitu pagi (susu), tengah hari (bubur) manakala, petang atau malam (snek buah/susu).

Apabila masuk minggu kedua, makanan bayi boleh ditambah bijirin oat atau barli sebagai sarapan pagi atau malam. Ibu boleh juga memberi bubur 2 kali sehari mengikut kemampuan anak makan.

Cara penyediaan makanan bayi yang betul

bayi masuk 6 bulan

  • Bubur bayi

Sama seperti bubur lain di rumah. Basuh beras dengan bersih serta rebus beras dengan air yang banyak.

  • Tempoh memasak

Kebiasaannya hampir 1 jam namun cara mudah dan cepat, ibu boleh sangai beras sehingga kering menggunakan api yang perlahan dan elakkan hangit.

Kemudian dikisar serta sangai sekali lagi dengan api yang perlahan. Apabila sudah masak, boleh disejukkan dan disimpan di dalam bekas kedap udara.

Untuk memberi bayi makan, ibu boleh memasaknya dengan mengambil 2 hingga 3 sudu makan dan masak bubur tersebut hanya 10 minit.

Kaedah lain, ibu boleh memasak bubur bayi untuk tiga hari dan disimpan di dalam chiller dan tidak digalakkan di dalam sejuk beku bagi mengelakkan tekstur seperti berpasir atau berketul.

  • Sayuran dan buahan

Boleh secara puree sejuk beku namun, elakkan sayuran berdaun kerana kandungan nitrate dalam sayur hijau lebih tinggi daripada sayuran biasa dan tidak sesuai untuk sejuk beku.

Puree sejuk beku ini mudah disediakan dengan hanya membasuh bersih buah dan sayuran serta buang kulitnya.

Potong dadu dan kukus dalam 10-15 minit dan apabila sudah sejuk, boleh dikisar menggunakan pengisar basah serta dimasukkan ke dalam acuan ais.

Apabila sudah beku, ibu boleh mengeluarkannya dan simpan di dalam bekas atau plastic ziplock serta diletakkan di dalam sejuk beku. Jika mahu memasaknya dan beri bayi makan, ambik 1 hingga 2 kiub sahaja.

  • Protein ayam atau ikan

Kedua-duanya boleh disejuk beku, ibu bersihkan ayam atau ikan dan dipotong dadu serta disimpan mengikut portion 1 atau 2 kali makan.

Makanan yang sesuai untuk bayi 6 bulan

makanan bayi 6 bulan

Stories Rakan Kongsi
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy

Kebiasaannya jururawat akan menasihati supaya makanan tersebut mempunyai nutrisi lengkap seperti karbo, protein dan serat.

Namun jika mempunyai sejarah keluarga seperti alahan dan ekzema, anda perlu berhati-hati dan paling penting, beri dengan kadar yang sangat sedikit.

Dalam tempoh permulaaan usia 6 hingga 7 bulan ini, bayi lebih kepada proses mengenali makanan.

Contoh sayuran
-lobak merah
-brokoli
-labu
-sawi
-bayam
-kubis bunga
-kacang pis
-tomato
-timun

Contoh buahan
-pisang (pisang apa pun ok asalkan tak masam, tak manis sangat)
-naga (ungu atau putih )
-mangga (jangan masam)
-epal
-pear
-avacado
-betik

Ikan yang sesuai seperti isi banyak dan kurang tulang
-salmon
-bilis
-kembung
-tenggiri
-siakap
-selar
-merah
-senangin

Ayam dan daging boleh sebagai permulaan, namun sikit-sikit untuk permulaan. Jika ada alahan, anda boleh nampak selepas makan ataupun dalam masa 4 jam.

Untuk bayi yang ada alahan protein, anda boleh amik daripada sumber sayuran dan kekacang seperti:
-brokoli
-bayam
-tomato
-kubis bunga
-cili benggala
-kobis
-almond
-tofu
-biji labu

Facebook Mastura Aziz

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 7 Jenis Masakan Mesti Ajar Pada Anak Perempuan, Lelaki Kalau Nak Mereka Pandai Berdikari

Baca juga: Suka Tarik & Gigit, Ini 10 Karenah Comel Bayi Waktu Menyusu Yang Buat Ibu Rasa Geram

Baca juga: Resepi Bubur Ayam Ala McD Yang Sedap & Penuh Khasiat, Bantu Anak Menjadi Bijak!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aisyah Sukaimi

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Info PENTING Bila Bayi Masuk 6 Bulan, Panduan Penyediaan & Jenis Makanan Yang Selamat
Kongsikan:
  • Jantung Bayi Berbunyi 'Murmur': Ini Punca, Gejala & Rawatan

    Jantung Bayi Berbunyi 'Murmur': Ini Punca, Gejala & Rawatan

  • Jenis Permainan Bola Yang Meningkatkan Perkembangan Bayi, Ibu Pun Boleh Join Sekali!

    Jenis Permainan Bola Yang Meningkatkan Perkembangan Bayi, Ibu Pun Boleh Join Sekali!

  • Kepala Bayi Baru Lahir Rata, Tidak Bulat Dan Berbentuk Pelik? Ini Sebabnya

    Kepala Bayi Baru Lahir Rata, Tidak Bulat Dan Berbentuk Pelik? Ini Sebabnya

  • Jantung Bayi Berbunyi 'Murmur': Ini Punca, Gejala & Rawatan

    Jantung Bayi Berbunyi 'Murmur': Ini Punca, Gejala & Rawatan

  • Jenis Permainan Bola Yang Meningkatkan Perkembangan Bayi, Ibu Pun Boleh Join Sekali!

    Jenis Permainan Bola Yang Meningkatkan Perkembangan Bayi, Ibu Pun Boleh Join Sekali!

  • Kepala Bayi Baru Lahir Rata, Tidak Bulat Dan Berbentuk Pelik? Ini Sebabnya

    Kepala Bayi Baru Lahir Rata, Tidak Bulat Dan Berbentuk Pelik? Ini Sebabnya

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.