Seiring memulakan perjalanan membesarkan anak, salah satu aspek yang paling penting dalam perkembangan awal bayi anda adalah memastikan kenaikan berat badan yang sihat. Sebenarnya ada beberapa cara tambah berat bayi yang boleh ibu cuba di rumah.
Menyaksikan si kecil berkembang adalah pengalaman yang menggembirakan hati, namun kami memahami bahawa mungkin timbul pertanyaan tentang cara tambah ebrat bayi dan kesejahteraan secara keseluruhan.
Bagaimana cara memahami apakah berat badan bayi sudah mencapai kriteria yang sihat dan sesuai dengan perkembangan mereka? Apakah jenis makanan pelengkap yang sebaiknya diperkenalkan pada bayi yang sudah bersedia mencuba makanan selain susu ibu?
Cara Tambah Berat Bayi
Selain itu, apakah tanda-tanda bahaya yang harus diwaspadai oleh ibu bapa jika berat badan bayi tidak naik sesuai yang diharapkan, dan bila perlu mendapatkan bantuan dari doktor atau pakar kesihatan?
Sesi Tanya Pakar kali ini bersama Ms. Faznim Binti Fazil, Pakar Pemakanan di Pantai Ampang Hospital membincangkan tentang cara menambah berat badan bayi di laman komuniti theAsianparent Malaysia.
Anak Umur 1 Tahun 1 Bulan, Berat 7.8kg dan Tinggi 73cm. Apakah Contoh Jadual Pemakanan dan Penyusuan Bayi?
Jawapan: Untuk anak berusia 1-2tahun, puan boleh 5 hidangan makanan setiap hari iaitu 3 hidangan utama (sarapan, makan tengahari, makan malam) dan 2 hidangan snek (snek pagi, snek petang). Teruskan pemberian susu 3 kali sehari.
Saya Ada Beri Anak Minum Susu Tinggi Kalori, Namun Bayi Kurang Menyusu Berbanding Jenama Sebelum Ini, Biasanya Kurang 1oz. Adakah Boleh Jika Saya Beri Dua-Dua Jenis Susu Atau Tukar Kepada Susu Tinggi Kalori Walaupun Bayi Minum Kurang 1oz? Berapa Banyak Susu Bayi 1 Tahun 1 Bulan Perlu Minum?
Jawapan: Kita tidak dapat lihat perubahan berat badan yang signifikan jika anak hanya minum susu formula khas kurang 1 oz. Puan boleh beri susu yang lebih digemari kepada anak puan.
Berikan anak minum susu setiap hari, tetapi sebagai snek dan bukan sebagai hidangan utama. Susu tidak seharusnya menggantikn seluruh hidangan utama kerana ia tidak dapat membekalkan tenaga dan nutrien secukupnya bagi memenuhi keperluan harian anak.
Saya Selalu Nak Makan Dan Minum Apa Yang Saya Makan. Saya Perasan Bayi Lebih Berselera Kalau Makanan Ada Garam. Bolehkah Saya Bagi Bayi Makanan Bergaram Sedikit? Atau Ia Boleh Merosakkan Buah Pinggang Bayi?
Jawapan: Ya, selepas setahun bayi boleh makan sedikit garam. Sebaiknya galak anak menikmati rasa semulajadi makanan tanpa menambah terlalu banyak garam. Selain garam, kurangkan pengunaan sos dalam masakan.
Kurangkan juga pengambilan makanan berproses kerana kandungan garam tersembunyi yang tinggi.
Ada Apa-Apa Tips Naikkan Berat Bayi? Yang Saya Tahu Hanya Titiskan Minyak Zaitun Dan Tambah Usalted Butter Dalam Makanan Bayi.
Jawapan: untuk menambah kalori makanan, puan boleh menambah minyak (sebarang minyak) atau lemak (marjerin, mentega) dalam makanan anak.
Anak Saya Umur 3 Tahun Mula Enggan Makan Hingga Berat Jadi Turun. Ada Tak Cara Untuk Tambah Berat Anak Yang Sesuai?
Jawapan: Anak 3 tahun berada pada fasa membesar dan sedang sibuk belajar mengenali perkara baharu sehingga makanan tidak menjadi tumpuan mereka. Puan cuba pantau pertumbuhan berat badan anak.
Jika berat badan anak puan berada dlm julat yg normal, maka puan tidak perlu risau. Teruskan beri sajian makanan yang pelbagai dan seimbang daripada setiap kumpulan makanan dalam Piramid Makanan Malaysia.
Anak Saya Lelaki, Berusia 4 Bulan. Kenaikan Berat Hanya Sedikit Sahaja. Dia Menyusu Badan Campur Susu Formula. Boleh Doktor Kongsikan Tips Apa Perlu Saya Buat Agar Berat Anak Mengikut Tahap Umurnya?
Jawapan: Setiap bayi membesar pada kadarnya sendiri. Puan tidak perlu risau jika trend pertumbuhan berat badan bayi puan berada dalam trend menaik dan normal.
Teruskan menyusu seperti biasa. Untuk bayi berumur 4-6bulan, saranan bilangan penyusuan sehari ialah 6 kali. Jumlah susu untuk setiap kali penyusuan ialah 150ml.
Anak Saya Kerap Cirit Dalam Sehari Hampir 7-8 Kali. Apa Perlu Saya Buat? Sudah Pergi Klinik, Hanya Dapat Smecta, Bayi Baru Masuk 1 Tahun.
Jawapan: Cirit birit boleh sembuh dalam masa beberapa hari. Jika masih berlanjutan, sila dapatkan nasihat doktor. Sentiasa jaga kebersihan dan amalkan cara yg betul apabila mengendalikan dan menyediakan makanan anak.
Adakah Berat Bayi Akan Naik Walaupun Hanya Menyusu Formula Sepenuhnya? Sejak Usia 1 Bulan Kerana Susu Ibu Sedikit, Membuatnya Menjadi Lapar Bila Tidak Cukup. Adakah Bahaya Jika Bayi Hanya Minum Susu Formula?
Jawapan:
1. Susu formula bayi adalah selamat untuk bayi.
2. Seiring dengan pertambahan usia, berat badan bayi akan turut meningkat walaupun hanya diberi susu ibu sepenuhnya mahupun susu formula sepenuhnya sejak lahir hingga 6 bulan. Selepas 6 bulan, teruskan penyusuan dan bayi perlu diberi makanan pelengkap agar dpt memenuhi keperluan nutrien bayi yg semakin meningkat.
Anak Saya Bermula Usia 1 Tahun Sudah Mula Kurang Makan. Makan Sedikit Dalam Berapa Suap Sahaja. Makan Di Baby Chair, Disuap Dan BLW. Boleh Doktor Kongsikan Tips Dan Punca Ini Berlaku?
Jawapan: Apabila anak berumur setahun, puan boleh cuba kenalkan makanan keluarga kepadanya. Pada mula, anak mungkin mengambil sedikit shj, tapi ni normal. Dudukkan anak di meja makan supaya dia membiasakan diri untuk makan bersama ahli keluarga yang lain.
Ada Tak Cara Paling Mudah Untuk Pikat Selera Anak Yang Cerewet Makan? Saya Buntu Nak Bagi Makan Apa Sampai Badan Nampak Kurus Dan Kecil Sahaja
Jawapan: Antara panduan yang boleh puan lakukan ialah:
1. Kenalpasti makanan kegemaran dan bukan kegemaran anak
2. Beri anak peluang utk pilih makanan sendiri
3. Tunjukkn amalan pemakanan yang sihat utk diikuti oleh anak
4. Kekalkn suasana yg relaks dan ceria semasa makan
5. Jangan bputus asa. Anak perlu dikenalkn makanan baharu berulang kali. Kajian menunjukkn kanak-kanak perlu dihidangkan 10-15 kali mknn baharu sebelum mereka menyukainya.
Bolehkah Bagi Anak Supplemen Tambah Berat Badan? Atau Lebih Baik Bagi Makan Macam Biasa
Jawapan: Ya puan, lebih baik bagi anak makan makanan biasa. Anak akan dapat semua nutrien yang diperlukan untuk membesar dengan sihat jika makan secara seimbang. Pastikan anak mengambil semua kumpulan zat makanan seperti karbohidrat, protein, sayur-sayuran dan buah-buahan.
Bagaimana nak tambah selera anak 8 bln? Adakah sesuai beri makanan goreng selain bubur?
Jawapan: Tekstur makanan goreng biasanya keras maka tidak sesuai diberi kepada bayi berusia 8 bulan. Puan boleh cuba variasikan atau pelbagaikan menu bubur nasi setiap hari. Puan juga boleh cuba kenalkan ubi keledek atau ubi kentang lenyek kepada bayi sebagai cara tambah berat bayi.
Semoga artikel ini bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!