X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Anak Mudah Penat & Demam Bila Bermain, Doktor Pesan Ibu Waspada Tanda Kekurangan Zat Besi

3 min bacaan
Anak Mudah Penat & Demam Bila Bermain, Doktor Pesan Ibu Waspada Tanda Kekurangan Zat Besi

Kekurangan zat besi boleh menyebabkan anak menjadi kerap demam, sakit dan cepat penat. Ibu sila perhatikan jika berlaku perubahan mengejut

Anda mungkin tertanya-tanya adakah normal jika anak yang sebelum ini aktif tiba-tiba seperti lesu malah bermain pun cepat penat. Jika berlaku sebarang perubahan mendadak pada si manja, segeralah berjumpa doktor kerana dikhuatiri dia mungkin mengalami masalah kekurangan zat besi.

Apa maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini?

  • Kekurangan zat besi boleh buat anak cepat penat & kerap demam
  • Makanan tinggi kandungan zat bes

Sebagai ibu ayah rasa sudah cukup beri anak makan, namun kadang kala terlepas pandang makanan yang diberikan itu tidak cukup nutrisi bagi menyokong perkembangan si manja ke tahap optimum.

Kekurangan zat besi boleh buat anak cepat penat & kerap demam

kekurangan zat besi

Perkongsian Dr Redza Zainol mengenai seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang kekurangan zat besi mungkin boleh dijadikan iktibar kepada semua ibu ayah mengenai pentingnya makanan nutrisi tinggi pada anak.

“Pucat habis muka budak ni. Tapak tangan dan tapak kaki pun hampir putih semuanya. 

“Kes severe anemia ni,” kata kawan saya.

“Hb (hemoglobin) tinggal 5 je,”

“Budak perempuan umur 3 tahun ini dah 2 minggu nampak penat. Main sekejap-sekejap, lepas itu duduk. Dulunya aktif berlari, sekarang banyak masa hanya bermain lesu. 

“Bila ditanya, dia kata penat sikit je. Lepas berehat dia bangun dan sambung bermain. 

“Jujurnya anak kecil ini pun tak faham apa yang berlaku pada diri dia dan paling merisaukan, sekarang dia makin kerap demam dan tak sihat.

“Dulu dalam setahun cuma demam batuk sekali. Beruntung sungguh. Sekarang setiap bulan mesti ada demam 2 kali,” sedih suara ibunya.

Selesai memeriksa adik itu, saya cuba tenangkan ibu ini. Anak puan stabil, cuma kami nak siasat kenapa jadi begini. Kami akan hantar sampel darah ke makmal untuk dapatkan lebih banyak maklumat.

“Hari ini kami akan masukkan darah dalam badan anak ya. 

“Ibu mengangguk tanda setuju dengan rawatan kami.”

Hasil ujian anak kekurangan zat besi

kekurangan zat besi

Menurut Dr Redza hasil ujian mendapati kanak-kanak berkenaan kekurangan zat besi. Ini adalah contoh kes iron deficiency anemia (IDA) atau kekurangan sel darah merah disebabkn kurangnya zat besi dalam badan. 

Kurangnya zat besi ini maksudnya anak itu kurang nutrisi. Walaupun dia diberi makan setiap hari seperti kata ibunya, rupa-rupanya anak itu suka makan mee segera, keropok, jajan, gula-gula dan minum air gas yang mana ia tiada nilai nutrisi untuk anak-anak.

Zat besi adalah bahan mentah untuk membina sel darah merah. Apabila ia sangat sedikit dalam badan, sel darah yang terhasil adalah pucat dan kecil saiznya. 

Patutnya sel darah merah ini boleh hidup sehingga 120 hari namun disebabkan ia kecil dan pucat, akan hidup sekejap saja.

Sel darah merah ini akan membawa oksigen ke seluruh badan, tetapi jika ia kecil dan pucat, ia tidak berfungsi 100 peratus seperti yang kita harapkan. 

Makanan tinggi kandungan zat besi

kekurangan zat besi

Antara makanan yang tinggi kandungan zat besi adalah:

Stories Rakan Kongsi
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
  • daging merah
  • daging ayam
  • kuning telur
  • kekacang
  • sayur berdaun hijau (sayur bayam/brokoli)
  • kismis, apricot
  • bijirin yang diperkaya dengan zat besi termasuk roti dan pasta

Kurang zat besi juga membuatkan anak kurang selera makan dan menjadi sangat memilih. Semoga bermanfaat!

Dr Redza Zainol

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kulit Kentang Antara 20 Makanan Mengandungi Zat Besi Tinggi, Baik Untuk Wanita Hamil!

Baca juga: 5 Resepi Berasaskan Ikan Tenggiri Untuk Bayi 1 Tahun Ke Atas, Tinggi Vitamin & Zat Besi

Baca juga:  5 Resepi Masakan Udang, Sumber Protein, Zat Besi Yang Baik Untuk Ibu Mengandung!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Anak Mudah Penat & Demam Bila Bermain, Doktor Pesan Ibu Waspada Tanda Kekurangan Zat Besi
Kongsikan:
  • Mata Kiri Berkedip, Ada Maksud Kurang Baik? Ini Yang Anda Patut Tahu!

    Mata Kiri Berkedip, Ada Maksud Kurang Baik? Ini Yang Anda Patut Tahu!

  • Piramid Makanan, Ini Sebabnya Mengapa Ia Penting Untuk Diamalkan Ibu Hamil

    Piramid Makanan, Ini Sebabnya Mengapa Ia Penting Untuk Diamalkan Ibu Hamil

  • Keputihan Berdarah, Adakah Ia Bahaya? Jumpa Doktor Jika Anda Alami 5 Perkara Ini

    Keputihan Berdarah, Adakah Ia Bahaya? Jumpa Doktor Jika Anda Alami 5 Perkara Ini

  • Mata Kiri Berkedip, Ada Maksud Kurang Baik? Ini Yang Anda Patut Tahu!

    Mata Kiri Berkedip, Ada Maksud Kurang Baik? Ini Yang Anda Patut Tahu!

  • Piramid Makanan, Ini Sebabnya Mengapa Ia Penting Untuk Diamalkan Ibu Hamil

    Piramid Makanan, Ini Sebabnya Mengapa Ia Penting Untuk Diamalkan Ibu Hamil

  • Keputihan Berdarah, Adakah Ia Bahaya? Jumpa Doktor Jika Anda Alami 5 Perkara Ini

    Keputihan Berdarah, Adakah Ia Bahaya? Jumpa Doktor Jika Anda Alami 5 Perkara Ini

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.